omniture

Platform Wialon Telematics Mencapai 3.5 Juta Kenderaan Terhubung di Seluruh Dunia

Wialon
2023-03-20 09:00 0

Wialon , platform telematik dan IoT global yang dihasilkan oleh pembangun perisian dari Eropah, Gurtam, telah mencatat rekod dengan mencapai 3.5 juta unit kenderaan terhubung di lebih 150 buah negara. Wialon ialah platform pengurusan armada terbesar di dunia dari segi bilangan kenderaan terhubung dan aset-aset lain.

VILNIUS, Lithuania, 20 Mac 2023 /PRNewswire/ -- Beroperasi di seluruh dunia melalui sebuah rangkaian yang terdiri daripada lebih 2,400 rakan kongsi yang termasuk penyedia perkhidmatan telematik dan pembangun penyelesaian, Wialon menghubungkan dan menjejaki kenderaan serta aset yang merangkumi armada kenderaan penumpang dan kargo, jentera khas serta unit pegun termasuk generator dan unit penyimpanan bahan api.

Wialon: the ultimate GPS tracking and IoT platform.
Wialon: the ultimate GPS tracking and IoT platform.

 

Kenderaan ke-3,500,000 yang dihubungkan melalui platform Wialon ini merupakan salah sebuah armada ambulans di Afrika Barat, di mana rakan kongsi Wialon, Geoloc Conseil memastikan penghantaran ambulans dan pengurusan bahan api yang cekap. Syarikat ini yang sebahagian besarnya beroperasi di Perancis dan Afrika Barat, memberikan perkhidmatan kepada syarikat pengangkutan, pembinaan, kurier ekspres dan perkhidmatan.

"Kami telah menggunakan Wialon sejak tahun 2016 apabila carian Internet yang mudah membawa kami kepada penyelesaian pengesanan bahan api dan pemantauan jam mesin. Tujuh tahun kemudian, kami berbangga kerana telah menghubungkan kenderaan ke-3,500,000 pada platform tersebut. Penyelesaian teknologi yang inovatif, boleh dipercayai dan mesra pengguna pada pangkalan Wialon memainkan peranan yang penting dalam mendayakan dan mempercepat pertumbuhan perniagaan di Afrika," kata Francois Traoré, Pengarah Urusan Geoloc Conseils.

Platform Wialon dan penyelesaian perisian pengurusan armadanya serta lebih 2,400 rakan kongsi Wialon – penyedia perkhidmatan telematik dan pembangun penyelesaian – telah melancarkan penggunaannya pada pelbagai pasaran dan sektor: pengangkutan dan mobiliti, logistik, perkhidmatan penghantaran, pembinaan, perniagaan pertanian, pengurusan air dan sisa, utiliti awam, kereta api, perlombongan dan pemprosesan serta keselamatan. Mereka beroperasi di Eropah, Amerika Syarikat, Kanada, Amerika Latin, Timur Tengah, Afrika, Australia dan Asia Tengah.

"Penggunaan telematik dan IoT kini diguna pakai dengan meluas dalam pengurusan armada dan kami amat berbangga dengan sumbangan Wialon terhadap pertumbuhan ekosistem rakan kongsi, pembangun dan pelanggan global. Menghubungkan 3.5 juta unit merupakan suatu pencapaian penting bagi kami, sekali gus menjadikan Wialon sebagai platform telematik dan IoT global terbesar dari segi bilangan kenderaan terhubung dan aset-aset lain di seluruh dunia," kata Aliaksandr Kuushynau, Ketua Wialon, Gurtam.

Foto - https://mma.prnasia.com/media2/2034561/Wialon.jpg?p=medium600

Source: Wialon
Keywords: Auto Computer Software Computer/Electronics Transportation