omniture

CGTN: Visi komuniti China dengan masa depan bersama untuk umat manusia membina kesepakatan global

CGTN
2023-03-20 20:40 72

BEIJING, 20 Mac 2023 /PRNewswire/ -- Sejak ia mula beroperasi pada Disember 2021, China-Laos Railway, sebuah projek kerjasama Jalur dan Jalan utama, membawa faedah yang besar kepada penduduk Laos dan membuka laluan baharu untuk pembangunan dan kemakmuran negara.

"Laos dan China berganding bahu untuk membina landasan kereta api tersebut, membangunkan dan mempererat persahabatan kami dan turut memajukan ekonomi kami di Laos, terutamanya pengangkutan kargo," kata Pansay Yiayengva, seorang konduktor di stesen kereta api di ibu kota Lao, Vientiane.

Perlu sentiasa ingat bahawa "tiada seorang atau negara pun yang dapat berkembang maju secara bersendirian," China memperjuangkan ekonomi terbuka dan menggalakkan pertumbuhan yang seimbang, inklusif dan mampan bagi membolehkan dunia berkongsi peluang pembangunan.

Menjanjikan usaha untuk menggalakkan pembinaan sebuah komuniti dengan masa depan yang dikongsi bersama untuk umat manusia, Presiden Cina Xi Jinping berkata pembangunan China membawa manfaat kepada dunia dan China tidak boleh membangun secara bersendirian terasing daripada seluruh pelosok dunia, semasa berucap di mesyuarat penutup sesi pertama Kongres Rakyat Kebangsaan ke-14 pada 13 Mac.

Kerjasama saling menguntungkan

Inisiatif Jalur dan Jalan (BRI) yang dicadangkan oleh Xi pada tahun 2013 telah menjadi salah satu platform antarabangsa yang paling popular untuk kerjasama global.

Dalam rangka kerja BRI, Kereta Api Berkelajuan Tinggi Jakarta-Bandung antara bandar Indonesia, yang pertama seumpamanya di rantau ASEAN, telah memulakan operasi percubaan.

Di samping itu, Jalan Raya Ekspres Phnom Penh-Sihanoukville Kemboja yang pertama seumpamanya, Jambatan Peljesac Croatia dan projek Hidrokuasa Karot Pakistan sedang beroperasi.

"Saya berharap akan ada lebih banyak peluang untuk bekerjasama dengan China," kata bekas Presiden Croatia Ivo Josipovic.

Selain itu, China telah mewujudkan pelbagai platform untuk mendekati syarikat-syarikat luar negara seperti Ekspo Import Antarabangsa China (CIIE), Ekspo Produk Pengguna Antarabangsa China dan Pameran Perdagangan Perkhidmatan Antarabangsa China

Data daripada Kementerian Perdagangan menunjukkan bahawa di CIIE November lalu, tawaran tentatif bernilai $73.52 bilion dicapai untuk pembelian barangan dan perkhidmatan selama setahun, meningkat 3.9 peratus berbanding tahun sebelumnya.

CIIE kelima menarik minat perusahaan dari 127 negara dan wilayah serta 69 kerajaan negara dan pertubuhan antarabangsa.

Di CIIE, Xi mengumumkan beberapa langkah termasuk memajukan pembinaan zon perdagangan bebas perintis dan Pelabuhan Perdagangan Bebas Hainan, yang mengurangkan lagi senarai negatif untuk pelaburan asing dan memperluaskan pembebasan sektor telekomunikasi, penjagaan kesihatan dan sektor-sektor lain.

"Pada hari ini, CIIE menjadi sebuah wadah paradigma pembangunan baharu China, sebuah platform untuk pembukaan standard tinggi dan kemaslahatan awam untuk seluruh dunia," kata Xi di majlis pembukaan CIIE kelima.

Demi dunia yang lebih baik

Dalam pelbagai kesempatan pada dekad yang lalu, presiden Cina telah menekankan usaha bersama untuk membentuk sebuah model baharu perhubungan antarabangsa, yang menampilkan sikap saling hormat-menghormati, kesaksamaan dan keadilan serta kerjasama yang saling menguntungkan dan membina sebuah komuniti dengan masa depan yang dikongsi bersama untuk umat manusia.

China telahpun bekerjasama dengan seluruh pelosok dunia untuk melindungi multilateralisme sebenar, mengekalkan rantaian bekalan global yang stabil, mempermudah perdagangan bebas dan pelaburan serta mengusahakan pembangunan hijau dan karbon rendah.

Visi China adalah "berasaskan kepada keinginanan untuk kerjasama antarabangsa yang luas, inklusif," kata Oleg Timofeev, profesor madya di Peoples' Friendship University of Russia.

China ialah penyumbang askar yang utama dan penyumbang kewangan kedua terbesar untuk operasi pengamanan PBB dan telah menubuhkan 8,000 pasukan tunggu sedia pengaman yang kuat.

Tambahan pula, China membantu banyak negara Afrika seperti Mozambique membangunkan pertanian moden dengan bantuan daripada Sistem Satelit Navigasi BeiDou yang dibangunkan oleh China dan peralatan tanpa pemandu.

Di majlis pembukaan CPC dalam Dialog dengan Mesyuarat Peringkat Tinggi Parti-parti Politik Dunia pada 15 Mac, Xi mencadangkan Inisiatif Tamadun Global, menyeru untuk menghormati kepelbagaian tamadun, memperjuangkan nilai-nilai kemanusiaan yang sama, benar-benar menghargai warisan dan inovasi tamadun serta memperjuangkan secara bersama pertukaran dan kerjasama sesama rakyat antarabangsa yang mantap.

Seperti yang disebut oleh Xi di majlis pembukaan Sidang Kemuncak B20 pada tahun 2016, "Semua negara, besar atau kecil, kuat atau lemah, kaya atau miskin, harus memperlakukan satu sama lain secara setara. Kita perlu membantu satu sama lain mencapai pembangunan yang kukuh sambil kita berusaha untuk memastikan pembangunan kita sendiri. Dunia akan menjadi tempat yang lebih baik hanya apabila semua orang berada dalam keadaan yang lebih baik."

https://news.cgtn.com/news/2023-03-19/China-s-community-with-shared-future-vision-builds-global-consensus-1ii73Gd590Q/index.html 

Source: CGTN
Keywords: Banking/Financial Service Computer/Electronics Multimedia/Online/Internet Publishing/Information Service Trade show news