omniture

iPoint dan IHS Menandatangani Perjanjian Perkongsian

iPoint-systems gmbh
2014-03-04 17:18 168

REUTLINGEN, Jerman, 4 Mac 2014 /PRNewswire/ --

  • Pakar Analisis dan Maklumat AS IHS akan Menjual Platform Mineral Konflik iPoint dan turut Menyediakan Maklumat Pematuhan untuk Penyelesaian iPoint

IHS, pakar analisis dan maklumat yang beroperasi secara global dari AS telah menjadi rakan kongsi jualan dan perkhidmatan yang penting untuk iPoint-systems bagi Platform Mineral Konflik iPoint (iPCMP). Tambahan lagi, iPoint telah mendapat akses kepada pangkalan data produk IHS yang menyeluruh bagi penyelesaian perisian mereka sendiri. Pada bulan Februari, kedua-dua rakan kongsi menandatangani kontrak yang sepadan.

IHS menggajikan lebih 8,000 orang di 31 negara dan turut menerbitkan maklumat tentang garis panduan kawal selia seperti Arahan Pengehadan Bahan Berbahaya (RoHS) serta Arahan Sisa Peralatan Elektrik dan Elektronik (WEEE). Pangkalan data IHS yang menyeluruh mempunyai maklumat tentang lebih 400 juta komponen yang digunakan dalam produk komersil dan ketenteraan. Pada tahun 2012, syarikat maklumat itu mempunyai kadar pusing ganti sebanyak kira-kira USD 1.5 bilion.

Dengan IHS, iPoint, rakan kongsi perisian dan rundingan yang menerajui di dunia untuk kemampanan dan pematuhan produk alam sekitar, memperluas kehadiran pasarannya di AS dan turut menembusi industri lain, termasuk sektor aeroangkasa, ketenteraan dan keselamatan serta farmaseutikal. Pelanggan iPoint sedia ada akan mendapat manfaat serta-merta daripada kerjasama ini: iPoint akan memasukkan maklumat tentang data alat ganti serta produk yang berkait dengan pelanggan yang terkandung dalam pangkalan data produk IHS terus ke dalam penyelesaian perisiannya. Data ini memberikan maklumat tentang bahan mentah yang digunakan untuk menghasilkan komponen itu. Bagi syarikat pengeluaran, maklumat ini penting bagi mengelak daripada melanggar garis panduan dan spesifikasi negara dan antarabangsa seperti undang-undang Mineral Konflik, RoHS dan juga REACH, di samping memenuhi tanggungjawab untuk pelaporan.

Gabungan bahan dan maklumat pematuhan IHS yang menyeluruh bersama penyelesaian perisian iPoint bagi pengutipan, pengurusan, pengumpulan dan juga pelaporan data produk sepanjang rantaian bekalan menawarkan nilai tambah yang tiada tandingan kepada para pelanggan bagi pematuhan bersama tanggungjawab pelaporan. "Kerjasama ini membenarkan IHS dan iPoint untuk menggabungkan kekuatan persendirian mereka sekali gus memanfaatkan kesan sinergi ini bagi para pelanggan kami," kata Jorg Walden, Ketua Pegawai Eksekutif iPoint-systems. "Tambahan lagi, dengan perkongsian ini, kami boleh menembusi potensi pasaran di AS dan turut menaikkan lagi kedudukan kami berbanding para pesaing kami, terutamanya dalam bidang Mineral Konflik."

Latar belakang iPoint-systems:

iPoint ialah pakar yang menerajui dunia daripada segi pematuhan dan kemampanan produk alam sekitar, dengan memberi tumpuan terhadap perisian, khidmat nasihat, latihan dan juga perkhidmatan bagi menguruskan, menjejak dan turut melaporkan data merentasi seluruh rantaian bekalan. Penyelesaian perisian iPoint yang boleh suai dan menyeluruh memberikan ketampakan serta kawalan yang diingini pelanggan semasa menguruskan pematuhan dan juga kemampanan.

Bagi perhubungan dan maklumat lanjut:
iPoint-systems gmbh
Katie Bohme
Ludwig-Erhard-Str. 52-56
D-72760 Reutlingen
Telefon +49-7121-144-89-60
Faks +49-7121-144-89-89
katie.boehme(at)ipoint-systems(dot)de
info(at)ipointinc.com

http://www.ipoint-systems.com

Sumber: iPoint-systems gmbh

Source: iPoint-systems gmbh
Keywords: Chemical Computer Software Computer/Electronics Environmental Products & Services Green Technology Contracts Joint ventures Licensing/marketing agreements