omniture

Ziehm Imaging: Pemenang di ANUGERAH GLOBAL IAIR 2014

Ziehm Imaging
2014-03-04 18:00 157

NUREMBERG, Jerman, 4 Mac 2014 /PRNewswire/ --

Pengeluar C-arm Jerman raih anugerah Syarikat Terbaik bagi Inovasi & Kepimpinan dalam majlis anugerah di Hong Kong

Ziehm Imaging telah diumumkan sebagai pemenang bagi kategori "Syarikat Terbaik bagi Inovasi & Kepimpinan" di ANUGERAH GLOBAL IAIR tahun ini. Lebih 500 peserta telah menghadiri majlis anugerah tersebut yang diadakan di Sheraton Tower, Hong Kong pada Jumaat lalu.

ANUGERAH IAR sentiasa meraikan kecemerlangan syarikat kecil dan besar di serata dunia. Para calon bagi kategori berlainan ANUGERAH IAIR tahunan ke-4 tersebut dihakimi menerusi kaji selidik yang dijalankan secara dalam talian dengan lebih 50,000 peserta. Para pemenang kemudiannya dinilai oleh panel penghakiman IAIR, berdasarkan pelbagai kriteria pemilihan termasuk kemampanan, hasil perniagaan dan juga kepimpinan dalam bidang syarikat tersebut. Bagi kategori inovasi, juri mengenal pasti syarikat yang membangunkan penambahbaikan teknologi yang bertujuan untuk memenuhi permintaan pelanggan dalam persekitaran yang kian berubah ini.

"Kami amat berbesar hati kerana dinobatkan sebagai pemenang di ANUGERAH IAIR," ujar Martin Herzmann, Pengarah Pemasaran Global, Ziehm Imaging. "Anugerah inovasi & kepimpinan tersebut membuktikan tumpuan kami terhadap kepimpinan inovasi bagi segmen pasaran yang jelas ditakrifkan merupakan strategi terbaik."

Pengeluar bersaiz pertengahan itu terus setia menerajui pengimejan mudah alih berasaskan sinar X selama 40 tahun dan turut mendapat pengiktirafan sebagai peneraju teknologi daripada segi C-arm mudah alih. Menerusi penyelesaian inovatifnya, syarikat ini telah memainkan peranan penting dalam pembangunan teknologi mudah alih sinar X yang pantas berlaku dalam beberapa tahun kebelakangan ini. Sejak penubuhan syarikat ini pada tahun 1972, lebih 10,000 C-arm Ziehm Imaging telah dipasang di hospital serta kemudahan perubatan di serata dunia.

Maklumat Perhubungan Akhbar:

Ziehm Imaging
Martin Herzmann
Pengarah Pemasaran Global

Martin.Herzmann@ziehm-eu.com
Tel: +49-911-2172-0
http://www.ziehm.com

Source: Ziehm Imaging
Related Links:
Keywords: Health Care/Hospital Medical Equipment Awards