MONACO, 21 Mac 2023 /PRNewswire/ -- Suruhanjaya Minderoo-Monaco bagi Plastik dan Kesihatan Manusia menampilkan analisis yang tidak pernah dilihat sebelum ini yang direalisasikan dengan para penyelidik terkemuka di dunia daripada bidang penjagaan kesihatan, lautan dan alam sekitar untuk mengukur risiko plastik yang besar kepada semua kehidupan di Bumi:
Untuk melihat Siaran Berita Multimedia ini, sila klik:
https://www.multivu.com/players/uk/9150051-plastic-threatens-human-and-planetary-health/
Suruhanjaya ini merumuskan bahawa corak pengeluaran, penggunaan dan pelupusan plastik semasa adalah tidak lestari dan bertanggungjawab ke atas kemudaratan yang signifikan terhadap kesihatan manusia, alam sekitar dan ekonomi. Ia mengesyorkan untuk mewujudkan piawaian perlindungan kesihatan untuk bahan kimia plastik di bawah Perjanjian Plastik Global yang mewajibkan ujian ke atas semua polimer dan bahan kimia plastik untuk ketoksikan sebelum memasuki pasaran serta melakukan pengawasan pascapasaran.
Profesor Sarah Dunlop, Ketua Plastik dan Kesihatan Manusia Minderoo Foundation menerangkan: "Penemuan ini meletakkan kami pada laluan yang jelas untuk menuntut pengharaman atau sekatan keras bagi barangan plastik yang tidak diperlukan, boleh dielakkan dan bermasalah di mana kebanyakannya mengandungi bahan kimia berbahaya yang dikaitkan dengan kemudaratan yang mengerikan kepada manusia dan planet ini.»
Dr. Philip Landrigan, Pengarah Balai Cerap Global Terhadap Kesihatan Planet di Boston College amat mengambil berat tentang kekurangan kemajuan yang dibuat oleh badan kawal selia. "Hanya sedikit sahaja butiran tentang identiti, komposisi kimia dan potensi ketoksikan bahan kimia plastik yang didedahkan oleh pengeluar plastik. Di kebanyakan negara, mereka tidak perlu bertanggungjawab dari segi undang-undang untuk berbuat demikian."
Berkenaan dengan biologi marin, penemuan oleh Suruhanjaya ini mendedahkan keperluan yang lebih besar untuk pengukuran kesan plastik ke atas spesies hidupan marin, terutamanya mengenai pengingesan zarah mikro dan nano.
Dr. Hervé Raps, Pakar Perubatan di Centre Scientifique de Monaco menjelaskan, "Sisa plastik membahayakan ekosistem lautan yang menjadi tempat bergantung bagi umat manusia. Selain kesan intrinsiknya, plastik juga boleh menjadi vektor untuk mikroorganisma yang berpotensi sebagai patogen."
Berita positifnya ialah Suruhanjaya ini melaporkan bahawa kebanyakan daripada kemudaratan plastik boleh dielakkan melalui amalan pengeluaran yang lebih baik, reka bentuk alternatif, bahan kimia yang kurang toksik dan mengurangkan penggunaan.
Centre Scientifique de Monaco
Thierry Apparu
E-mel: thierry@tapcommunication.com
Foto - https://mma.prnasia.com/media2/2034711/Plastic_Life_Cycle.jpg?p=medium600