omniture

CGTN: Lawatan Xi ke Rusia lancar 'visi baharu' untuk hubungan dua hala

CGTN
2023-03-21 20:47 32

BEIJING, 21 Mac 2023 /PRNewswire/ -- Presiden Cina Xi Jinping berkata beliau berharap dapat bekerjasama dengan Presiden Rusia Vladimir Putin untuk bersama-sama menerima visi baharu, pelan tindakan baharu dan langkah-langkah baharu untuk pertumbuhan perkongsian penyelarasan strategik komprehensif China-Rusia dalam beberapa tahun akan datang dalam artikel yang ditandatangani oleh beliau yang disiarkan dalam media Rusia pada hari Isnin.

Artikel tersebut, bertajuk "Forging Ahead to Open a New Chapter of China-Russia Friendship, Cooperation and Common Development" ("Mara Ke Hadapan demi Membuka Lembaran Baharu Persahabatan, Kerjasama dan Pembangunan Bersama China-Rusia"), diterbitkan dalam akhbar Russian Gazette Rusia dan laman sesawang berita RIA Novosti sebelum lawatan negara beliau ke Rusia.

Mengimbau kembali bahawa Rusia merupakan negara pertama yang dikunjungi oleh beliau setelah beliau dipilih menjadi presiden 10 tahun yang lalu, Xi berkata beliau telah mengadakan lapan lawatan ke Rusia sepanjang dekad yang lalu dan beliau berkunjung setiap kali dengan harapan yang tinggi dan pulang dengan hasil yang menguntungkan.

Peranan interaksi peringkat tinggi antara kedua-dua pemimpin dalam menerajui hubungan China-Rusia ditonjolkan dalam artikel Xi. Mereka telah bertemu 40 kali pada majlis dua hala dan antarabangsa yang mana mereka telah merangka pelan tindakan untuk jalinan kerjasama dan berkomunikasi tepat pada masanya berhubung isu-isu antarabangsa dan serantau yang utama dengan kepentingan bersama.

China dan Rusia telah mengukuhkan kepercayaan politik bersama dan membina model baharu hubungan negara-utama berdasarkan komitmen kedua-dua pihak untuk tidak bersekutu, tidak berkonfrontasi dan tidak menyasarkan mana-mana pihak ketiga, ujar Xi.

Dalam tempoh 10 tahun yang lalu, rangsangan besar dalam kerjasama berbilang peringkat oleh kedua-dua negara ini jelas terlihat. Perdagangan antara China dan Rusia pada tahun lalu melebihi $190 bilion, meningkat 116 peratus daripada sedekad yang lalu. Kedua-dua pihak turut berkolaborasi dalam pelbagai projek termasuk inovasi saintifik dan teknologi, e-dagang rentas-sempadan dan bidang-bidang baru muncul yang lain.

Dalam artikel berkenaan, presiden Cina mengimbau kembali sumber inspirasi beliau untuk mencadangkan Inisiatif Jalur dan Jalan, Inisiatif Pembangunan Global, Inisiatif Sekuriti Global dan Inisiatif Tamadun Global. Ia berlaku apabila beliau berucap di Moscow State Institute of International Relations pada Mac 2013, yang mana beliau memerhatikan bahawa "negara-negara berhubung dan bergantung antara satu sama lain pada tahap yang tidak pernah dilihat sebelum ini."

"Kepentingan bersama semua umat manusia adalah dalam dunia yang bersatu dan aman, bukannya berpecah-pelah dan tidak menentu," kata Xi.

Semasa berucap tentang krisis Ukraine, Xi mengulangi pendirian China yang "objektif dan tidak berat sebelah" yang disertai oleh cadangan beliau seperti menyokong semua usaha yang kondusif untuk penyelesaian krisis secara aman dan memastikan kestabilan rantaian perindustrian dan bekalan global.

Beliau menyatakan bahawa Kedudukan China mengenai Penyelesaian Politik Krisis Ukraine, sebuah dokumen yang dikeluarkan bulan lalu, bersifat "konstruktif dalam mengurangkan limpahan krisis dan memudahkan penyelesaian politiknya."

Mengakui bahawa tiada penyelesaian yang mudah untuk isu yang rumit, Xi percaya bahawa selagi mana semua pihak menerima visi keselamatan bersama, komprehensif, koperatif dan mampan serta meneruskan dialog dan perundingan yang sama rata, rasional dan berorientasikan keputusan, mereka akan menemui jalan yang munasabah untuk menyelesaikan krisis serta laluan yang luas menuju dunia dengan keamanan yang berkekalan dan keselamatan bersama.

https://news.cgtn.com/news/2023-03-20/Xi-s-Russia-visit-to-adopt-new-vision-for-bilateral-ties-1iknim761mE/index.html  

Source: CGTN
Keywords: Computer/Electronics Multimedia/Online/Internet Publishing/Information Service Advocacy Group Opinion