omniture

Xinhua Silk Road: Daerah Yubei, Chongqing China tingkatkan usaha untuk lengkapkan rantaian perindustrian dan rangsang pelaburan

Xinhua Silk Road
2023-03-21 21:56 60

BEIJING, 21 Mac 2023 /PRNewswire/ -- Daerah Yubei, Perbandaran Chongqing, barat daya China telah menggiatkan usaha untuk mengoptimumkan lagi rantaian perindustrian dan mempermudah lebih banyak pelaburan ke dalam daerah ini.

Foto dari udara menunjukkan pemandangan Daerah Yubei di Perbandaran Chongqing, barat daya China.
Foto dari udara menunjukkan pemandangan Daerah Yubei di Perbandaran Chongqing, barat daya China.

Memfokuskan kepada industri-industri kompetitif daerah ini, Yubei melancarkan skim promosi pelaburan awal tahun ini dalam usaha untuk menarik minat beberapa perusahaan teras dan projek-projek penting untuk bertapak di sini.

Seorang pegawai Daerah Yubei berkata bahawa usaha daerah ini untuk mempromosikan dan mempermudah pelaburan sedang giat dijalankan pada tahun ini.

Daerah ini melancarkan kempen khas dengan menubuhkan enam kumpulan kerja khas untuk promosi pelaburan yang bertumpukan pada enam rantaian perindustrian utamanya, termasuk kenderaan tenaga baharu terhubung-rangkaian pintar, pembuatan maklumat elektronik, perkhidmatan perisian dan maklumat, kewangan inovatif, logistik perdagangan dan pertanian moden, budaya dan pelancongan, sebagai usaha untuk mencapai kejayaan penting yang baharu dalam pelaburan rantaian perindustrian.

Di samping itu, daerah berkenaan mempertingkatkan usaha untuk merangsang pelaburan domestik dan asing dalam industri-industri utamanya dan melaksanakan beberapa aktiviti promosi pelaburan yang menyasarkan syarikat Fortune Global 500, perusahaan milik negara, institusi terkemuka dan sebagainya.

Selain itu, Yubei bersedia untuk mengoptimumkan lagi dan menambah baik mekanisme promosi pelaburannya dalam usaha untuk memberi jaminan kukuh bagi penandatanganan dan pelaksanaan projek-projek besar.

Dalam masa yang sama, daerah tersebut merancang untuk mengemas kini pustaka projek pelaburannya pada waktu sebenar. Daripada projek-projek pelaburan yang sedang dirundingkan dengan pelaburan terancang mencecah lebih 100 bilion yuan, lebih daripada 30 peratus daripadanya akan ditandatangani dalam enam bulan manakala lebih 60 peratus akan ditandatangani dalam tempoh setahun.

Usaha akan dilakukan untuk menggalakkan pembinaan platform pelaburan promosi kecerdasan digital yang bertumpukan pada analisis industri, tarikan produk, perkhidmatan pendaratan dan proses-proses penting yang lain.

Selain itu, Yubei akan melaksanakan sistem pengurusan gelung-tertutup dan meningkatkan kepentingan penunjuk kualiti serta penilaian pelaburan untuk projek-projek besar.

Lihat pautan asal: https://en.imsilkroad.com/p/333283.html

Source: Xinhua Silk Road
Keywords: Banking/Financial Service Computer/Electronics Publishing/Information Service