omniture

OANDA lancar dagangan CFD Saham AS dan UK dalam bahagian Pasaran Globalnya

OANDA
2023-03-22 02:55 56

OANDA melancarkan dagangan CFD bagi membolehkan pelanggan runcit dalam pasaran baru muncul menggunakan CFD untuk melabur dalam saham AS.

LONDON, 22 Mac 2023 /PRNewswire/ -- Sebagai peneraju global dalam perkhidmatan dagangan berbilang-aset dalam talian, OANDA telah meluaskan tawaran kontrak-untuk-perbezaan dalam bahagian Pasaran Global* dengan menambah CFD saham pada ekuiti-ekuiti yang disenaraikan di AS dan UK.

Penambahan kepada penawaran OANDA ini, yang telahpun termasuk CFD saham pada ekuiti Eropah, meningkatkan pilihan perdagangan yang tersedia untuk pelanggan, yang kini boleh menggunakan CFD untuk mendapatkan pendedahan kepada saham AS dan UK yang popular. Menerusi pengumuman ini, OANDA menyempurnakan matlamatnya untuk membolehkan pedagang runcit memperdagangkan CFD pada saham syarikat individu seperti BP dan Vodafone di UK serta Tesla, Amazon dan juga Apple di AS.

Mengulas tentang perkembangan ini, Phil Waters, Ketua APAC & Pasaran Baru Muncul, berkata: "Minat terhadap CFD telahpun melonjak di peringkat global kerana ia menawarkan peluang kepada pedagang dan pelabur dengan peluang meraih keuntungan daripada perubahan harga tanpa memiliki aset-aset pendasar. CFD memberi pendedahan kepada pasaran yang menunjukkan arah aliran menurun dan juga menaik, bagi membolehkan pedagang mengambil kedudukan meskipun turun naik adalah tinggi.

Membolehkan pelanggan membina pendedahan berleveraj terhadap syarikat-syarikat tersenarai yang paling popular, termasuk banyak syarikat AS yang dikenali dalam pelbagai sektor, memberi peluang pempelbagaian yang berharga kepada mereka."

Di bawah pelancaran tersebut, pelanggan OANDA dalam pasaran baru muncul kini boleh memperdagangkan CFD saham pada platform intuitif bersama-sama CFD dalam pelbagai jenis kelas aset, seperti indeks, forex, komoditi, logam dan bon.

Ketahui lebih lanjut: https://www.oanda.com/bvi-en/cfds/share-cfds/

Latar Belakang OANDA

Ditubuhkan pada tahun 1996, OANDA merupakan syarikat pertama yang berkongsi data kadar pertukaran secara percuma di Internet, melancarkan platform dagangan FX yang membantu mempelopori pembangunan perdagangan mata wang berasaskan web lima tahun kemudian. Hari ini, kumpulan OANDA - yang melibatkan OANDA Global Markets dan subsidiari-subsidiari OANDA Global Corporation yang lain - menyediakan perdagangan berbilang aset dalam talian, data mata wang dan analitik untuk pelanggan runcit dan korporat di serata dunia, bagi menunjukkan kepakaran yang tiada tandingan dalam bursa asing. 

Dengan entiti dikawal selia dalam banyak pasaran kewangan yang paling aktif di dunia, OANDA tetap berdedikasi untuk mengubah bagaimana dunia berinteraksi dengan perdagangan, membolehkan pelanggan untuk memperdagangkan indeks pasaran global, komoditi, perbendaharaan, logam berharga dan mata wang pada salah satu platform dagangan yang paling pantas dalam pasaran. Untuk maklumat lanjut kunjungi https://www.oanda.com/group/ atau ikuti OANDA di LinkedIn.

 

 

 

 

Source: OANDA
Keywords: Banking/Financial Service Computer/Electronics New products/services Financial Technology