omniture

Patung Liberty Menatar kepada Sistem Pengawasan Video Digital Canggih Baharu daripada Total Recall

Total Recall Corporation
2014-03-04 21:09 183

SUFFERN, N.Y., 4 Mac 2014 /PRNewswire/ --

Total Recall Corp. mengumpulkan "Pasukan Impian" yang terdiri daripada sembilan penyedia teknologi terbaik bagi mencipta penyelesaian video IP inovatif bagi menambah baik keselamatan, perlindungan serta pengendalian untuk jutaan pelawat tahunan Patung Lady Liberty

Total Recall Corporation (http://www.totalrecallcorp.com), penyedia teknologi keselamatan berpusatkan video yang mengkhusus dalam penyelesaian pengawasan, telah mengumpulkan sembilan vendor teknologi canggih bagi menghasilkan penyelesaian pengawasan video digital berasaskan IP yang memenangi anugerah seperti yang digunakan oleh Polis Taman AS, Perkhidmatan Taman Negara (NPS) serta Jabatan Dalam Negeri (DOI) bagi meningkatkan keselamatan awam serta menambah baik kecekapan pengendalian di Monumen Kebangsaan Patung Liberty yang baru diubah suai dan Pulau Liberty.

Bagi melihat Siaran Berita Multimedia, sila klik:
http://www.multivu.com/mnr/65017-statue-of-liberty-upgrades-system-total-recall

Projek berprofil tinggi ini bermula pada tahun 2014 dengan anugerah Pencapaian Luar Biasa dalam Keselamatan dan Perlindungan Awam Jabatan Keselamatan Dalam Negeri Berita Keselamatan Kerajaan (http://bit.ly/1aRWGj7) setelah menerima Anugerah Inovasi Keselamatan STE Gangsa 2013 daripada Persatuan Industri Keselamatan (SIA) (http://bit.ly/LSqD6A).

Patung Liberty dibuka semula kepada orang awam pada Hari Kemerdekaan, 4 Julai 2013 setelah kerja pengubahsuaian dan pembaikan selama lapan bulan akibat kemusnahan yang disebabkan oleh Hurikan Sandy. Sebagai sebahagian daripada penambahbaikan itu, Total Recall menghubungi Polis Taman AS, NPS serta DOI dengan usul sistem pengawasan canggih yang akan direka, dipasang dan diselenggarakan sebagai derma oleh syarikat itu.

Sebagai persiapan untuk pembukaan semula itu, Total Recall mereka semula sistem pengawasan dan keselamatan Patung itu dari atas hingga ke bawah, termasuk berhijrah daripada CCTV analog lapuk kepada teknologi video digital berasaskan IP terkini, membina pusat arahan pintar dan ultra moden bagi membantu NPS serta Polis Taman AS untuk menjalankan tugas mereka dengan lebih berkesan dan turut membolehkan pihak taman untuk meliputi kawasan dengan pengawasan video yang mereka tidak dapat perhatikan sebelum ini, seperti kemudahan pemeriksaan keselamatan.

"Perkhidmatan Taman Negara dan Monumen Kebangsaan Patung Liberty sangat menghargai sistem keselamatan menyeluruh yang didermakan oleh Total Recall ini," kata Kapten Gregory Norman, Komander Daerah Liberty, Polis Taman AS.

"Kami sangat berbesar hati kerana sekali lagi kami menjadi sebahagian daripada proses rekaan dan pemasangan sistem pengawasan di Patung Liberty," kata Jordan Heilweil, presiden Total Recall Corporation. "Kami telah mengumpulkan Pasukan Impian yang terdiri daripada penyedia teknologi keselamatan canggih bagi memberikan perlindungan sebaik mungkin kepada Patung Liberty sementara membantu Polis Taman, Jabatan Dalam Negeri serta Perkhidmatan Taman Negara memberikan pengalaman penuh indah kepada jutaan keluarga yang melawat Patung itu setiap tahun."

Teknologi berasaskan IP dan rekaan inovatif sistem itu membolehkannya meliputi keseluruhan perimeter Pulau Liberty, serta kemudahan pemeriksaan keselamatan taman itu dan juga kesemua 393 anak tangga dari lobi utama menuju mahkota Lady Liberty. Teknologi ini akan digunakan untuk keselamatan dan perlindungan sehari-harian pelawat taman itu sambil turut membantu Polis Taman AS serta NPS memantau aliran lalu lintas dan turut memperluas pengurusan orang ramai agar memastikan tiada barisan panjang, membantu pengendalian perkhidmatan feri, menemukan semula ibu bapa dengan anak-anak hilang serta memberi respon berkesan terhadap sebarang kes kecemasan perubatan di pulau itu atau di dalam Patung itu.

"Semua rakan kongsi kami berbangga dapat menjadi sebahagian daripada misi ini," Heilweil berkata lagi. Rakan kongsi yang dipilih oleh Total Recall untuk sistem pengawasan baharu Patung Liberty termasuklah:

  • Axis Communications menyediakan campuran hampir 160 kamera IP dengan kualiti HDTV, prestasi waktu malam luar biasa, zum berkuasa, keandalan dan juga rupa yang tidak menonjol;
  • BriefCam untuk penyelesaian perisian Sinopsis Video tersendiri mereka yang membolehkan pihak penguat kuasa undang-undang dan kakitangan keselamatan untuk menonton rakaman pengawasan selama berjam-jam dalam masa beberapa minit sahaja;
  • DragonWave akan membekalkan radio gelombang mikro paket berbilang gigabit, menyediakan pengangkutan berkelas pembawa untuk komunikasi keselamatan awam kritikal;
  • Milestone Systems untuk perisian pengurusan video IP platform terbuka yang menyepadukan semua komponen, membolehkan pihak maklum balas pantas untuk menonton video langsung atau rakaman, dan turut menggunakan peranti mudah alih;
  • Pivot3 untuk simpanan digital dan peranti pengiraan andal yang direka khusus untuk industri video IP;
  • Proxim Wireless akan memberikan jalur lebar wayarles kawasan luas, berkapasiti tinggi yang menggunakan teknologi WORP®  bagi menghubungkan kamera IP di dalam kawasan yang sistem sebelum ini tidak dapat mencapainya;
  • RGB Spectrum untuk membolehkan suapan video berbilang dipaparkan di dinding video besar dalam pusat arahan baharu menggunakan Pemproses Paparan MediaWall 2900;
  • Scallop Imaging untuk keselamatan perimeter melalui kamera IP M6-200 keadaan pepejal dengan enam megapiksel, video cahaya sangat suram dan juga pandangan panoramik tidak herot 200° FOV;
  • Winsted Corporation untuk konsol pusat arahan yang direka secara ergonomik yang membenarkan para pengendali menjadi secekap dan seselesa yang mungkin dalam persekitaran bertekanan tinggi.

Pemasangan penggunaan pengawasan semasa ini menandakan kali pertama sistem pengawasan digital sepenuhnya telah dipasang di monumen itu, yang akan membenarkan NPS untuk meliputi kawasan pulau itu yang sebelum ini tidak dapat diperhatikan dengan menggunakan sistem analog lama, hasil campuran hubungan gentian dan wayarles. Total Recall mereka dan turut menyelia pembaikpulihan sistem keselamatan besar-besaran terakhir untuk Patung Liberty dan Pulau Liberty pada tahun 1999, manakala penataran terakhir dibuat pada tahun 2004.

Keadaan bagi pemasangan sistem baharu itu tidak mudah, menurut Heilweil lagi, seraya menyatakan persekitarannya mewujudkan cabaran tersendiri walaupun tanpa kerosakan yang diakibatkan Hurikan Sandy. "Ketiadaan bekalan elektrik, banjir dan juga kerosakan yang disebabkan oleh Sandy tidak dapat menghalang pasukan hebat ini daripada memastikan Lady Liberty dapat terus mengalu-alukan para pengunjung – seperti yang telah dilakukan sebelum ini."

Menurut Badan Pemuliharaan Pelabuhan Taman Negara New York, kira-kira 4 juta orang melawat Monumen Kebangsaan Patung Liberty dan Pulau Ellis setiap tahun. Bagi maklumat lanjut lihat http://www.nps.gov/stli/index.htm.

Total Recall bakal membentangkan projek Patung Liberty ini semasa Persidangan dan Ekspo Keselamatan Kota New York ASIS yang bakal diadakan pada 13 dan 14 Mac 2014 di Pusat Jacob K. Javits di New York. Pertanyaan media dialu-alukan. Butiran perhubungan adalah seperti di bawah.

Latar belakang Total Recall

Total Recall Corp. ialah penyedia teknologi keselamatan berpusat video yang mengkhusus dalam penyelesaian pengawasan, termasuk pusat arahan dan kawalan, keterhubungan wayarles dan juga rekaan serta pengurusan rangkaian video. Setelah ditubuhkan pada tahun 1985, Total Recall telah pun menyediakan penyelesaian pengawasan selama lebih 25 tahun kepada kerajaan perbandaran, perniagaan serta organisasi, sama ada kecil mahupun besar. Daripada peringkat konsep sehingga kepada pelaksanaan, Total Recall membina, menyokong dan turut menyelenggarakan penyelesaian tersuai khusus yang menyepadukan produk "terbaik dalam kategori", termasuk unit lapangan CrimeEye® eksklusif mereka, dengan standard perangkaian terbuka bagi menyediakan pemasangan pantas dan boleh skala serta penyelenggaraan berkesan kos. Bagi maklumat lanjut: http://www.totalrecallcorp.com

Sumber: Total Recall Corporation

Source: Total Recall Corporation
Keywords: Computer Hardware Computer Software Computer/Electronics High Tech Security Internet Technology Contracts Trade show news