omniture

Organisasi Kerjasama Digital mengalu-alukan Enam Pemerhati Baharu

The Digital Cooperation Organization (DCO)
2023-03-23 16:22

RIYADH, Arab Saudi, 23 Mac 2023 /PRNewswire/ -- Organisasi Kerjasama Digital (DCO) hari ini mengalu-alukan penyertaan enam Pemerhati baharu: BTECH, Deloitte, Bank Pembangunan Islam, Mobily, OneWeb dan Visa.

Para Pemerhati DCO yang mewakili semua sektor ekonomi digital daripada organisasi antarabangsa, institusi akademik, NGO dan sektor swasta ini bekerjasama rapat dengan DCO melalui program dan inisiatif yang dijalankannya untuk mendayakan kerjasama antarabangsa yang lebih besar di seluruh ekosistem digital.

Pemerhati baharu ini akan memanfaatkan kepakaran mereka bagi menyokong objektif DCO dalam menghapuskan jurang digital dan memperkasakan negara-negara untuk membina ekonomi digital yang kukuh, inklusif dan lestari.

  • BTECH atau Persatuan Syarikat-syarikat Teknologi Bahrain, merupakan sebuah entiti bukan berasaskan keuntungan yang ditubuhkan pada tahun 2012 dengan matlamat untuk membina jejak yang kukuh dalam sektor ICT di Bahrain dan membawa industri ICT ke peringkat persaingan global.
  • Deloitte ialah sebuah firma perundingan global yang fokus terhadap inovasi digital yang menyokong organisasi daripada pelbagai bentuk dan saiz untuk berkembang maju dalam dunia digital dengan mengubah operasi dan mengoptimumkan penggunaan teknologi mereka.
  • Bank Pembangunan Islam ialah sebuah institusi pembiayaan pembangunan multilateral yang menggunakan inovasi digital untuk menggalakkan pembangunan ekonomi dan perkembangan sosial di negara-negara anggotanya, dengan fokus terhadap kewangan Islam dan pembangunan lestari.
  • Mobily merupakan salah sebuah syarikat telekomunikasi terbesar di Timur Tengah yang fokus untuk menyampaikan perkhidmatan dan penyelesaian digital yang inovatif dalam pelbagai sektor.
  • OneWeb ialah sebuah rangkaian telekomunikasi global yang dikuasakan oleh satu gugusan 648 satelit orbit Bumi rendah (LEO) yang mendayakan kesalinghubungan kependaman rendah dan berkelajuan tinggi untuk kerajaan, perniagaan serta komuniti di mana-mana sahaja di seluruh dunia.
  • Visa ialah sebuah syarikat teknologi pembayaran global terkemuka yang memacu penerimagunaan teknologi pembayaran dan kaedah pembayaran digital baharu.

Hassan Nasser, Naib Presiden Keanggotaan dan Hal Ehwal Antarabangsa DCO berkata: "Kerjasama dengan enam Pemerhati baharu ini merupakan kemajuan terkini DCO sambil kami terus menjalin kerjasama strategik yang memainkan peranan aktif dalam memanfaatkan kuasa ekonomi digital. Setiap organisasi membawa kepakaran yang unik dan pengetahuan yang penting ke dalam DCO yang akan membantu kami melaksanakan misi untuk mendayakan kemakmuran digital buat semua dan mendorong kemajuan ke arah pelaksanaan Matlamat Pembangunan Lestari PBB."

DCO berusaha untuk mempercepat pertumbuhan ekonomi digital yang inklusif melalui program-program yang dijalankan untuk memanfaatkan kuasa ekonomi digital di tiga belas buah Negara Anggotanya.

Logo - https://mma.prnasia.com/media2/1867632/DCO_Logo.jpg?p=medium600

Source: The Digital Cooperation Organization (DCO)
Keywords: Banking/Financial Service Computer/Electronics Not for profit Financial Technology