omniture

Global Heart Hub dan Global Coalition on Aging melancarkan Kertas Pendirian Global mengenai Penyakit Injap Jantung (HVD) dan Agenda Penuaan Sihat

Global Heart Hub and Global Coalition on Aging
2023-03-23 20:00

NEW YORK, 23 Mac 2023 /PRNewswire/ -- Global Coalition on Aging (GCOA) dan Global Heart Hub (GHH) telah mengeluarkan kertas pendirian global bertajuk "Penyakit Injap Jantung: Memanfaatkan Inovasi untuk Menyelamatkan Nyawa, Mengurangkan Kos dan Memajukan Agenda Penuaan Sihat", yang dibentuk selepas perbincangan meja bulat pakar rentas sektor pada bulan Disember 2022 yang mengkaji bagaimana perubahan tingkah laku dan dasar boleh menangani Penyakit Injap Jantung (HVD) dengan terbaik.

"Kesan HVD menjadi lebih tragis oleh kerana sebahagian besar daripadanya boleh dielakkan," kata Michael Hodin, Ketua Pegawai Eksekutif GCOA. "Prevalens dan insiden ini semakin meningkat dengan penuaan masyarakat kita. Sudah tiba masanya untuk masyarakat dan sistem kesihatan memanfaatkan inovasi perubatan yang kini tersedia dan yang akan terhasil pada masa hadapan. Dengan berbuat demikian, kita akan membantu mencapai penuaan yang lebih sihat dan sejajar dengan manfaat ekonomi untuk semua."

Apabila penuaan populasi semakin meningkat, HVD berkembang sebagai cabaran kesihatan yang mengancam nyawa dan memakan belanja yang tinggi terhadap sistem kesihatan dan belanjawan awam. Namun, penyakit ini masih kurang dikenali secara meluas yang mana sebahagiannya disebabkan oleh kecenderungan usia.

"HVD boleh dikesan melalui pemeriksaan stetoskop yang mudah, serta diagnosis dan rawatan awal adalah penting kepada penuaan yang positif," kata Neil Johnson, Pengarah Eksekutif GHH; Ketua Eksekutif Croí, West of Ireland Cardiac & Stroke Foundation & National Institute for Prevention and Cardiovascular Health. "Walaupun terdapat garis panduan amalan terbaik antarabangsa, peningkatan yang signifikan dan kemajuan teknologi yang pesat dalam rawatan, namun terdapat variasi, ketidaksamaan dan defisit yang besar dalam laluan penjagaan rawatan daripada diagnosis kepada rawatan di seluruh dunia."

Sejajar dengan Dekad Penuaan Sihat PBB, pakar di persidangan meja bulat ini menyeru kerjasama antara pemimpin dan organisasi pelbagai sektor untuk mengutamakan dan mengukuhkan tindak balas terhadap HVD dan memerangi stereotaip usia yang mengekang penjagaan, meningkatkan pengesanan awal dan diagnosis serta memastikan peningkatan akses yang meluas terhadap campur tangan yang menyelamatkan nyawa. Kesegeraan yang lebih besar adalah diperlukan untuk memastikan pesakit dan keluarga, sistem kesihatan dan masyarakat mendapat manfaat daripada inovasi terkini yang menyelamatkan nyawa.

"Kita perlu mengubah hubungan antara individu yang mempunyai HVD dan pasukan penjagaan mereka," kata Susan Strong, Presiden Pengasas merangkap Pengarah Penglibatan Pesakit Heart Valve Voice US dan juga pesakit HVD. "Ini seharusnya menjadi suatu kerjasama yang sebenar, memperkasakan orang ramai untuk memahami penyakit ini, pilihan rawatan dan rancangan penjagaan jangka panjang mereka."

Untuk maklumat lanjut, sila layari https://globalhearthub.org/ and https://globalcoalitiononaging.com/

Source: Global Heart Hub and Global Coalition on Aging
Keywords: Health Care/Hospital Medical/Pharmaceuticals Survey, Polls & Research Public Interest