TOKYO, 23 Mac 2023 /PRNewswire/ -- Nissan Motor Co., Ltd. mengumumkan pada hari ini sedan prototaip yang dilengkapi dengan kira-kira 30 peranti yang terhasil daripada idea bebas dan kebijaksanaan. Kenderaan Gaya Hidup Kontemporari, dicipta melalui pendekatan bricolage, akan dipamerkan di Galeri Ibu Pejabat Global Nissan di sini mulai 24 Mac hingga 2 April dan juga boleh ditonton di saluran YouTube Nissan bermula hari ini.
Prototaip ini adalah berdasarkan kepada Skyline ikonik dan padat dengan peranti yang dapat membantu pengguna untuk makan, tidur dan bermain dalam kereta dengan selesa. Bagi mencipta ciri kebolehgunaan ini tanpa menjejaskan fungsian kenderaan serta reka bentuk yang bergaya. Nissan memperkenalkan peranti melalui proses cuba-cuba, menggabungkannya dengan AI bagi mencapai fungsi mengejutkan yang tidak dapat dibayangkan daripada penampilan luar. Dengan cara ini, kenderaan ini dapat mengupayakan pengalaman harian yang sesuai dengan gaya hidup moden. Dengan menerima pakai pendekatan bricolage dan bukannya pendekatan kejuruteraan konvensional, pasukan ini dapat menetapkan matlamat dan mencapainya secara optimum dan cekap, seterusnya mencipta sesuatu di luar jangkaan.
Tetsuro Ueda, seorang pemimpin pakar di Makmal Mobiliti & AI Nissan berkata: "Inovasi untuk memperkayakan kehidupan orang ramai merupakan tujuan korporat kami. Namun begitu, inovasi tidak terhad kepada teknologi canggih yang belum pernah berlaku sebelum ini seperti pengelektrikan dan kecerdasan. Inovasi juga adalah tentang mencari kemungkinan baharu dalam apa yang telahpun wujud dan mencari jalan untuk menjadikan pengalaman lebih menyenangkan. Bricolage amat sesuai untuk inovasi seperti ini. Paling utama, ia sesuatu yang sangat menyeronokkan untuk kami membuat prototaip. Kenderaan Gaya Hidup Kontemporari ini merupakan interpretasi moden terhadap idea untuk makan, tidur dan bermain dalam sedan. Kami percaya inovasi daripada bricolage juga berkesan dalam menangani isu-isu kemampanan. Kenderaan Gaya Hidup Kontemporari ini hanyalah langkah pertama dalam menunjukkan impak bricolage ke atas pembuatan. Kami akan terus meneroka inovasi dan membawakan keterujaan."