omniture

Ekuinoks Musim Bunga Tiba dengan Permulaan Baharu Bayu Hangat: Pameran Canton ke-133 Menjemput Pembeli Global Meneroka Musim Bunga dengan Produk Berkualiti Tinggi

Canton Fair
2023-03-23 21:22 60

GUANGZHOU, China, 23 Mac 2023 /PRNewswire/ -- Ekuinoks musim bunga ialah salah satu daripada dua puluh empat istilah solar dalam kalendar tradisional Cina yang bermaksud hemisfera utara, sejak hari itu, akan melangkah ke musim bunga yang hangat, memberi nafas baharu selepas musim sejuk yang teruk dan panjang. Di Pameran Import dan Eksport China ("Pameran Canton" atau "Pameran") ke-133, semua jenis barang pameran berkualiti tinggi yang melengkapkan musim bunga yang ceria, memberi idea baharu kepada pengguna di hemisfera utara untuk menghargai musim bunga dan menikmati kehidupan yang berkualiti.

Pada hari musim bunga yang indah, melancong bersama keluarga, rakan-rakan dan haiwan kesayangan merupakan pilihan yang bagus untuk masa lapang. Beg perjalanan haiwan kesayangan VOOCOO yang dibawakan oleh Shenzhen Zou Design Industrial Design Co. Ltd. menggabungkan inspirasi reka bentuk beg fesyen wanita dan beg galas lelaki yang bergaya, yang memberi pilihan yang lebih baik untuk pencinta haiwan membawa haiwan kesayangan mereka bersiar-siar.


Beg perjalanan haiwan kesayangan ini memenangi Anugerah Perak daripada CF Award 2022 atas reka bentuknya yang bijak dan indah, kualiti berkekalan dan konsep perlindungan terhadap alam sekitar. Beg perjalanan haiwan kesayangan ini menggunakan bahan-bahan boleh kitar semula dan guna semula seperti kulit gentian mikro, fabrik OXFORD, aloi zink dan nilon bagi menggabungkan ciri perlindungan terhadap alam sekitar dan fesyen.

Dengan bukaan membulat yang inovatif dan reka bentuk buka dan tutup seperti poket, beg perjalanan haiwan kesayangan ini dapat memaksimumkan ruang. Pencinta haiwan boleh membawa haiwan kesayangan mereka bersiar-siar pada musim bunga yang menyeronokkan dengan beg haiwan kesayangan yang diperbuat dengan jejaring nilon diperkuat, yang benar-benar meningkatkan keselamatan haiwan kesayangan.

Bobby Chair yang dipamerkan oleh Guangzhou BKAI Imp&Exp Corp.Ltd. di Pameran Canton merupakan pilihan terbaik untuk riadah luar pada musim bunga. Produk ini, juga pemenang Anugerah Perak daripada CF Award 2022, mengikuti konsep reka bentuk perlindungan terhadap alam sekitar dan diaplikasikan dengan rotan PE perlindungan alam sekitar luar dan teknologi anyaman rotan rusuk, lalu memberi ciri kalis air, rintangan kakisan dan fungsi yang pelbagai. Ruang membulat yang unik di bawah tempat duduk boleh digunakan sebagai rumah haiwan kesayangan, serta ruang simpanan mengikut keperluan pengguna sendiri, yang akan menjadikan kehidupan rumah dan riadah luar lebih selesa.

Pelbagai barang pameran canggih dengan kedua-dua ciri inovasi dan kebijaksanaan dihimpunkan di Pameran Canton bagi memenuhi keperluan penggunaan orang ramai di negara-negara dan wilayah-wilayah yang berbeza. Pameran Canton ke-133 akan diadakan baik secara dalam talian mahupun luar talian pada April, bagi membolehkan pedagang global merasai pengalaman lebih banyak sorotan dan ciri baharu daripada sesi ini.

Untuk berita terkini berhubung Pameran Canton ke-133 yang akan datang, sila daftar di https://invitation.cantonfair.org.cn/BuyerUser/RegisterUser?MediaType=16 atau hubungi: Cik Cai, caiyiyi@cantonfair.org.cn.

Source: Canton Fair
Keywords: Household Products Household/Consumer/Cosmetics Retail Animals/Pets New products/services Trade show news Future Events