PORTIMÃO, Portugal, 23 Mac 2023 /PRNewswire/ -- Zendure, salah satu syarikat pemula teknologi tenaga global yang berkembang paling pantas, mengumumkan perkongsiannya dengan pasukan lumba BOÉ Motorsports MotoGP™ sebagai penaja utama untuk Kejohanan Dunia Moto3 2023.
Perkongsian ini menandakan permulaan kolaborasi jangka panjang antara Zendure dan BOÉ Motorsports dengan semangat untuk menjadi "yang pertama dengan pendikit dan terakhir dengan brek," kedua-duanya mempunyai peminat yang bersemangat dan sentiasa aktif.
BOÉ Motorsports ialah salah satu pasukan Kejohanan Dunia Moto3 terkemuka dalam ujian pramusim. Semasa perlumbaan, Zendure akan menyokong pelumba David Muñoz dan Ana Carrasco yang menamatkan ujian pramusim rasmi di Portimão dengan keputusan yang mengagumkan. José Ángel Gutiérrez Boé, Ketua Pegawai Eksekutif BOÉ menyatakan, "Zendure mempunyai reputasi membuat produk yang berkualiti tinggi yang dapat bertahan terhadap sebarang cabaran. Kami bersyukur atas kepercayaan dan sokongan mereka dan kami berharap dapat bekerjasama dengan mereka secara erat sepanjang musim ini."
Zendure berusaha ke arah menyokong keperluan tenaga bebas komuniti melalui stesen janakuasa mudah alihnya SuperBase V dan penjana solar balkoni SolarFlow. SuperBase V ialah stesen janakuasa mudah alih pertama dengan bateri keadaan separa pepejal untuk menyediakan tenaga yang lebih andal, lebih selamat dan lebih bersih untuk semuanya bermula daripada RV dan kehidupan luar-grid hingga pengecasan EV, kuasa seluruh rumah dan sandaran kecemasan.
"Kami berkongsi minat Muñoz dan Carrasco untuk prestasi dan kecemerlangan. Zendure menyediakan penyelesaian storan tenaga inovatif untuk membantu menjadikan tenaga tersedia dan boleh diakses apabila dan di mana pengguna kami paling memerlukannya," kata Jolene Shang, Ketua Pegawai Pemasaran Zendure.
Permulaan Kejohanan Dunia Moto3 sudahpun hampir. Litar Portimão akan mengehoskan perlumbaan pertama kejohanan ini pada hujung minggu ini, 24-26 Mac.
Untuk maklumat lanjut tentang Zendure dan barisan sistem storan tenaga bersihnya, sila kunjungi www.Zendure.com.
Latar Belakang Zendure
Zendure ialah salah satu syarikat pemula Teknologi Tenaga (EnergyTech) berkembang paling pantas yang terletak di hab teknologi Silicon Valley, AS serta Kawasan Teluk Lebih Besar, China dan Jepun. Tujuan Zendure adalah untuk membantu menjadikan tenaga tersedia dan boleh diakses apabila dan di tempat ia paling diperlukan. Misi kami adalah untuk mendemokrasikan Teknologi Bateri yang terkini bagi menyampaikan kuasa elektrik yang bersih dan berpatutan melalui peranti dan penyelesaian yang sesuai untuk kehidupan pada-grid dan luar-grid. Ini akan memperkasa gaya hidup pada-grid mahupun luar-grid dengan cara yang bersih dan berpatutan. Sejak tahun 2013, penyelesaian storan tenaga rumah IoT Zendure yang terkemuka dalam industri telah membantu memperbaiki kehidupan orang ramai di serata dunia iaitu di rumah, di tempat kerja dan semasa bermain.