omniture

Sistem Bateri ion-Litium Marin Pylontech Terima Sijil JET di Jepun

Pylontech
2023-03-24 15:53 70

SHANGHAI, 24 Mac 2023 /PRNewswire/ -- Pada 10 Mac 2023, Pylon Technologies Co., Ltd. ("Pylontech") (No. Saham 688063) mengumumkan bahawa sistem bateri ion-litium marinnya menerima sijil JET di Jepun. Sijil ini, dikeluarkan berdasarkan JIS C 8715-2: 2019 merupakan satu lagi tanda pengiktirafan kepada Pylontech dalam pasaran Jepun selepas penerimaan sijil JET bagi sel bateri tunggal 37Ah (model: 37PN) dan S-Mark bagi sistem storan tenaga Force H2.


JET menetapkan standard teknikal yang lebih tinggi untuk sistem bateri ion-litium marin lantaran persekitaran operasinya yang sukar. Sijil ini menandakan pencapaian penting untuk Pylontech, menunjukkan kekuatan teknikal dan keandalannya. Di samping itu, Pylontech berupaya untuk memperluaskan rangkaian aplikasi sistem baterinya di Jepun.

Pada tahun 2020, kerajaan Jepun mengeluarkan Strategi Pertumbuhan Hijau Dengan Mencapai Keneutralan Karbon pada tahun 2050 (Green Growth Strategy Through Achieving Carbon Neutrality in 2050) yang menggariskan rancangan untuk merealisasikan operasi komersial kapal emisi-sifar menjelang tahun 2030. Ia dijangka memberi kesan mendalam ke atas pembangunan aplikasi sistem bateri marin di Jepun. Penerimaan sijil JET ini menunjukkan kemasukan Pylontech ke dalam pasaran bateri marin dan mengulangi komitmennya untuk mempercepatkan keneutralan karbon di Jepun.

Dengan rantaian industri bersepadu secara vertikal, Pylontech merupakan salah satu daripada segelintir penyedia sistem storan tenaga di dunia dengan keupayaan R&D serta pembuatan bebas yang mantap bagi komponen storan tenaga teras seperti sel, modul dan sistem tenaga bateri. Penyelesaian Pylontech, berdasarkan kepada teknologi yang canggih dan keandalannya, telah mendapat kepercayaan lebih daripada 1,000,000 isi rumah di lebih daripada 80 negara, termasuk Jepun.

"Pylontech berasa bangga kerana memperoleh sijil JET, memandangkan piawaiannya yang ketat merupakan bukti dedikasi kami terhadap teknologi canggih. Ia juga memperluaskan aplikasi sistem bateri di Jepun. Pylontech akan meneruskan pengembangannya dalam pasaran Jepun dan komited untuk menggiatkan masyarakat emisi-sifar Jepun dengan memanfaatkan kelebihannya dalam reka bentuk dan pembuatan sel," kata Geoffrey Song, Naib Presiden perniagaan antarabangsa Pylontech.

Latar Belakang JET

JET (Japan Electrical Safety & Environment Technology Laboratories) bertanggungjawab untuk perkhidmatan pengujian dan pensijilan bagi menilai keandalan dan keselamatan modul PV solar yang dikeluarkan di dalam atau dieksport ke Jepun.

Latar Belakang Pylontech

Pylontech ialah penyedia sistem storan tenaga bateri (BESS) khusus dengan menggabungkan kepakarannya dalam bidang elektrokimia, elektronik kuasa dan integrasi sistem bagi menyampaikan penyelesaian storan tenaga yang andal di peringkat global. Dengan pertumbuhan yang berterusan dan pesat, ia menjadi penyedia sistem storan tenaga yang terkemuka di seluruh dunia.

Source: Pylontech
Related Stocks:
Shanghai:688063
Keywords: Alternative Energies Environmental Products & Services Green Technology Oil/Energy Utilities