omniture

Institut FII Mengumumkan Penceramah Utama untuk Sidang Kemuncak PRIORITY Global di Miami

Future Investment Initiative Institute
2023-03-24 22:18

Barisan para penceramah ini menampilkan sebuah kumpulan yang pelbagai dan bermotivasi tinggi yang dipilih untuk membincangkan tentang masalah paling mendesak di dunia. 

RIYADH, Arab Saudi, 24 Mac 2023 /PRNewswire/ -- Institut Future Investment Initiative (FII) mengumumkan barisan para penceramah yang akan hadir pada Sidang Kemuncak PRIORITY Global yang akan membincangkan tentang isu-isu kemanusiaan paling mendesak dalam dunia kita yang kian berkembang. Diadakan di Faena Hotel yang terkenal di Pantai Miami pada 30 & 31 Mac 2023, sidang kemuncak ini dianjurkan dengan kerjasama Datuk Bandar Miami, Francis X. Suarez.

FII Institute Announces Featured Speakers for Global PRIORITY Summit in Miami
FII Institute Announces Featured Speakers for Global PRIORITY Summit in Miami

Sidang kemuncak selama satu setengah hari ini akan merangkumi lebih 25 sesi panel yang dikendalikan oleh para pemimpin seperti Dina Powell McCormick, Ketua Global, Kelestarian & Perniagaan Institusi Berdaulat serta Pertumbuhan Inklusif Goldman Sachs; Zain Asher, Pengacara Utama CNN; dan John Yearwood, Pengarah Editorial Kepelbagaian & Budaya Politico.

Sesi panel utama pada hari pertama termasuk perbincangan tentang kejatuhan Bank Silicon Valley dengan mantan Setiausaha Perbendaharaan A.S., Steven Mnuchin; peningkatan "miskin pembelajaran" di seluruh dunia berikutan pandemik bersama-sama dengan Gitanjali Rao, penerima anugerah First Kid of The Year, TIME Magazine; dan membina trajektori kerjaya yang luar biasa selain sukan dengan Alex Rodriguez, legenda sukan Besbol.

Manakala pada hari kedua, para hadirin akan mendengar ceramah daripada pakar angkasa lepas terkemuka tentang tahun 2023 sebagai tahun yang memberangsangkan untuk penerokaan angkasa lepas. Sesi panel lain yang ditampilkan termasuk perbincangan tentang Keamanan dan Kemakmuran bersama-sama dengan Ketua Pegawai Eksekutif Affinity Partner, Jared Kushner; kuasa globalisasi dalam mempercepat jenayah siber bersama-sama dengan Manuel Medina, Rakan Pengurusan Medina Capital; dan Perniagaan Sukan bersama-sama dengan Greg Norman, Ketua Pegawai Eksekutif & Pesuruhjaya LIV Golf.

"Kami menyatukan para pemimpin pemikir daripada pelbagai industri sebagai suatu cara untuk membuka minda kita terhadap cabaran segmen yang berbeza yang dihadapi oleh dunia," kata Richard Attias, Ketua Pegawai Eksekutif Institut FII. "Sidang Kemuncak PRIORITY Global menyokong misi kami bukan sahaja untuk bertemu dan bekerjasama dengan para pembuat perubahan, malah untuk mencipta perubahan masa depan yang sebenar melalui pelaburan, sokongan moral dan dengan memartabatkan pandangan para pemikir cemerlang yang menciptanya."

Antara penceramah terkenal dalam acara ini termasuk:

  • T.Y.T Yasir Al Rumayyan – Gabenor Dana Pelaburan Awam Arab Saudi dan Pengerusi Institut FII
  • Y.A.M. Puteri Reema Bint Bandar Al Saud – Duta Arab Saudi ke Amerika Syarikat
  • Francis X. Suarez - Datuk Bandar Miami
  • Ertharin Cousin - Mantan Ketua Program Makanan Sedunia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu
  • DJ Khaled - Penerbit yang Memenangi Anugerah Grammy
  • Jared Kushner - Ketua Pegawai Eksekutif Affinity Partners
  • Jorge Mas – Pemilik merangkap Pengurus Inter Miami CF dan Pengerusi MasTec
  • Dina Powell McCormick - Ketua Global, Kelestarian dan Perniagaan Institusi Berdaulat serta Pertumbuhan Inklusif Goldman Sachs
  • Setiausaha Steven Mnuchin - Mantan Setiausaha Perbendaharaan Amerika Syarikat.
  • Greg Norman - Ketua Pegawai Eksekutif merangkap Pesuruhjaya LIV Golf
  • Nelson Peltz - Ketua Pegawai Eksekutif dan Rakan Pengasas Trian Fund Management, L.P.
  • Gitanjali Rao - Penerima anugerah First Kid of the Year TIME Magazine
  • Senator Matteo Renzi - Senator bandar Florence dan Mantan Perdana Menteri Itali
  • Craig Robins - Ketua Pegawai Eksekutif Dacra; Pengerusi merangkap Pengasas Bersama Design Miami
  • Alex Rodriguez - Juara World Series, Ketua Pegawai Eksekutif A-Rod Corp serta Pemilik Bersama Minnesota Timberwolves dan Lynx
  • David Rosenberg - Pengasas Bersama merangkap Ketua Pegawai Eksekutif AeroFarms
  • Barry Sternlicht - Pengerusi merangkap Ketua Pegawai Eksekutif Starwood Capital Group
  • Donald Tang - Naib Pengerusi Eksekutif SHEIN dan Pengasas Tang Media Partners serta Global Road Entertainment
  • John Yearwood - Pengarah Editorial, Kepelbagaian dan Budaya Politico
  • Jeff Zalaznick - Rakan Kongsi Major Food Group

Untuk mendapatkan program lengkap Sidang Kemuncak PRIORITY Global Institut FII, sila layari: Pautan

Foto - https://mma.prnasia.com/media2/2039182/Future_Investment_Initiative_Institute_1.jpg?p=medium600
Logo - https://mma.prnasia.com/media2/1811613/FII_Institute_Logo.jpg?p=medium600

Source: Future Investment Initiative Institute
Keywords: Computer/Electronics Publishing/Information Service Trade show news STEM (Science,Technology,Engineering,Mathematics) Future Events