omniture

Country Garden Forest City di Johor Bahru menjadi destinasi popular apabila industri pelancongan Malaysia pulih

Forest City Malaysia
2023-03-24 23:41 48

FOSHAN, China, 24 Mac 2023 /PRNewswire/ -- Sejak pandemik COVID-19 menjadi stabil pada tahun 2022, Country Garden Forest City, terletak bersebelahan dengan lintasan sempadan kedua antara Singapura dan Malaysia, beransur-ansur mendapat semula kerancakannya yang dahulu.

Susulan pandemik di Malaysia yang semakin stabil sejak tahun lalu dan negara berkenaan melonggarkan dasar kawalannya secara beransur-ansur, ramai rakyat Singapura dan Malaysia yang telah menghantar komen dan berkongsi pengalaman perjalanan mereka di sekitar wilayah tersebut di Facebook dan media sosial yang lain. Sebuah tempat yang kerap disebut ialah Country Garden Forest City, terletak di Johor Bahru. Destinasi berkenaan telah menarik minat bukan sahaja pengembara tempatan, tetapi juga ramai pelancong yang datang dari jauh.

Forest City di zon ekonomi khas Iskandar Malaysia menjadi semakin popular sejak ia dibuka kepada orang ramai pada tahun 2016. Komuniti berkenaan ialah sebuah bandar bersepadu, pintar dan ekologi yang dibangunkan dan dikendalikan secara bersama oleh pemaju hartanah terkemuka Country Garden dan syarikat bersekutu Kerajaan Negeri Johor. Majalah Forbes menyenaraikannya sebagai salah satu daripada "lima bandar baharu yang bersedia menggegarkan masa depan."

Pemandangan ke arah laut Forest City
Pemandangan ke arah laut Forest City

Forest City, terletak di 1°N, mempunyai lokasi geografi yang unggul dan iklim yang bagus. Dengan tembok hijau menegak, taman puncak dan sistem taman atas bumbung yang melingkari seluruh bandar tersebut, Forest City telah membina kawasan hijau mendatar yang meliputi 2.86 juta meter persegi dan landskap penghijauan menegak berkeluasan kira-kira 256,000 meter linear.

Setakat ini, Forest City telah melaksanakan pembangunan hartanah yang meliputi kira-kira empat juta meter persegi dan telah menyiapkan hampir 36 km jalan raya. Pemilik hartanah sedia ada berasal dari lebih 40 negara dan wilayah termasuk China, Malaysia, Singapura, Jepun, Korea Selatan, Indonesia, Brunei, Filipina dan Vietnam.

Jalan Komersial Forest City dan Pantai Marina merupakan tempat-tempat dengan pelbagai acara bertema pada setiap bulan termasuk Jualan But Kereta, Taman Haiwan Kesayangan dan Parti Halloween, lalu mencipta destinasi hujung minggu yang hebat untuk penduduk tempatan. Pada musim panas tahun 2022, taman air menjadi destinasi santai yang paling popular untuk penduduk dan warga tempatan. Pegawai-pegawai pentadbiran bandar berkenaan mendedahkan bahawa, menurut statistik bagi tiket yang terjual, Forest City menarik minat lebih daripada 3,000 pengunjung setiap bulan secara purata dari Ogos hingga Oktober tahun lalu. Semasa musim cuti sekolah tempatan pada September, taman air menarik lebih daripada 6,000 pengunjung.

Taman air Forest City menjadi destinasi pilihan untuk penduduk tempatan dan pelancong semasa musim cuti
Taman air Forest City menjadi destinasi pilihan untuk penduduk tempatan dan pelancong semasa musim cuti

Pada 6 Februari tahun ini, Kementerian Kebudayaan dan Pelancongan China mengeluarkan arahan yang membenarkan secara perintis penyambungan semula lawatan kumpulan ke luar negara untuk warga Cina ke beberapa negara, termasuk Malaysia yang mana pelancongan merupakan industri tonggak. Dengan penyambungan semula yang rancak berjalan, industri pelancongan Malaysia menantikan dan mengalu-alukan kedatangan pelancong Cina dengan penuh mesra.

Zhang Li, Timbalan Konsul Jeneral China di Pulau Pinang, menyatakan bahawa tahun 2023 merupakan ulang tahun ke-10 pemeteraian perkongsian strategik komprehensif China-Malaysia dan tahun hadapan merupakan ulang tahun ke-50 pewujudan hubungan diplomatik antara kedua-dua negara. China telah menyatakan kesediaannya untuk bekerjasama dengan Malaysia bagi meningkatkan hubungan dua hala ke tahap baharu. Kementerian Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan Malaysia menjangkakan peningkatan ketara dari segi bilangan pelancong Cina yang melawat Malaysia, dengan sasaran menerima 5 juta pelancong Cina pada tahun ini.

Bagi memenuhi permintaan daripada pertumbuhan pesat pelancongan yang terkini, Forest City memperluaskan lagi skop tawaran komersialnya termasuk pembukaan Pusat Pengangkutan Forest City yang menghubungkan banyak tempat tarikan di dalam dan luar pulau serta merupakan terminal untuk pelbagai kaedah pengangkutan yang beroperasi di seluruh bandar ini; pembukaan MJ Health Screening Center; pembukaan pelbagai restoran, kedai serbaneka dan kedai bebas cukai di pulau, menambah kemudahan kepada penduduk mahupun pelawat; dan Shattuck-St.Mary's Forest City International School yang menempatkan pelajar dari lebih 10 negara dan wilayah.

Ir. Hj. Syarul Izam, Naib Presiden Forest City, berkata bahawa dengan kedatangan pelawat antarabangsa yang semakin ramai, Forest City akan terus menaik taraf kemudahan sokongan yang sedia ada dan membina kemudahan sokongan tambahan serta tempat hiburan untuk mencipta pengalaman mesra alam yang imersif bagi kehidupan pusat peranginan pantai di 1°N, menjadikannya destinasi pelancong jarak dekat yang popular dengan beberapa ciri yang unik.

 

Source: Forest City Malaysia
Keywords: Real Estate Travel