omniture

NDC PARTNERSHIP MEMBANTU NEGARA-NEGARA MEMANFAATKAN PELUANG DI SELURUH HUBUNG KAIT ANTARA AIR DENGAN IKLIM

NDC Partnership
2023-03-27 01:17

NEW YORK, 26 Mac 2023 /PRNewswire/ -- Ketika para pemimpin dunia berkumpul pada hari ini di New York sempena Persidangan Air Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu 2023, NDC Partnership meningkatkan bantuan untuk negara-negara meletakkan air sebagai teras kepada dasar ekonomi negara dan pembuatan keputusan antarabangsa. 

"Air semakin menjadi batu penghalang dalam mencapai Matlamat Pembangunan Lestari," kata Menteri Perdagangan Luar Negeri dan Kerjasama Pembangunan Belanda, Liesje Schreinemacher. "Kami berhasrat untuk menjadikan air sebagai pemacu untuk mencapai cita-cita kami terhadap iklim, kepelbagaian, kesaksamaan dan kemakmuran. Untuk berbuat demikian, kita mesti menyusun sumber kita di peringkat tempatan dan global. Ini bermakna mengubah pendekatan kita melalui dua cara yang penting. Yang pertama, kita perlu mengubah fokus tadbir urus air dan menggunakan pendekatan 'Hubung Kait Air'. Yang kedua, kita perlu menghargai air disebabkan nilai ekonomi dan manfaat ekosistemnya yang lebih luas. Komitmen daripada negara-negara terhadap iklim atau Sumbangan Nasional yang Ditentukan (NDC) adalah penting untuk kejayaan pendekatan ini." 

Kita perlu bertindak balas terhadap seruan untuk bertindak daripada Suruhanjaya Global tentang Ekonomi Air bahawa "dunia akan gagal dalam iklim dan pembangunan, jika ia gagal berkenaan air." Menyokong tindakan pengurangan dan penyesuaian air dan iklim merupakan satu cara untuk melaksanakan matlamat pembangunan, iklim dan biodiversiti. NDC Partnership membantu negara-negara melaksanakan tindakan iklim, mengurangkan kerentanan iklim yang berkaitan dengan air serta meningkatkan pelaburan awam dan swasta dalam peluang Hubung Kait Air. Pada masa ini, 90% daripada NDC negara mengutamakan tindakan terhadap penyesuaian air dan hampir kesemua Pelan Penyesuaian Kebangsaan (NAP) meliputi air dan sanitasi sebagai sektor keutamaan (UNEP 2022). Namun begitu, pelaksanaannya adalah perlahan dan pembiayaan tidak mencukupi untuk memastikan matlamat ini dipenuhi.

Susulan kepada momentum persidangan ini serta sokongan pembiayaan awal daripada Belanda sebanyak EUR5 juta, NDC Partnership akan menyediakan bantuan teknikal kepada negara-negara untuk meningkatkan penyepaduan air dalam merumus, mengemas kini, membiayai dan melaksanakan NDC mereka. Secara khususnya, NDC Partnership akan menyediakan bimbingan kepada negara-negara tentang peluang untuk mengukuhkan pelaksanaan NDC melalui pendekatan hubung kait antara iklim dengan air.

"Dengan bantuan awal dari Belanda, NDC Partnership akan membantu negara-negara memanfaatkan peluang di seluruh Hubung Kait Air. Kami mengalu-alukan kreativiti rakan kongsi kami seperti IFAD untuk meneroka cara kita boleh bekerjasama dengan berkesan dalam isu ini dan meminta semua pihak yang terlibat dalam NDC Partnership ini untuk turut bersama-sama menyumbang bagi meletakkan air sebagai teras pembuatan dasar ekonomi," kata Menteri Schreinemacher. 

Logo - https://mma.prnasia.com/media2/1687000/NDC_Partnership_Logo.jpg?p=medium600

 

Source: NDC Partnership
Keywords: Banking/Financial Service Environmental Products & Services Publishing/Information Service Utilities Water Utilities Contracts Economic news, trends, analysis Environmental Issues