omniture

Perancis Sertai Semula Pas Pilihan Eurail

Eurail Group G.I.E.
2014-03-06 08:00 113

UTRECHT, Belanda, 6 Mac 2014 /PRNewswire/ --

Pas Pilihan termasuk Perancis boleh didapati dari 1 April 2014

Perjalanan di Perancis dengan menggunakan Pas Pilihan Eurail akan dimulakan semula dari 1 April 2014. Setelah satu tahun penyertaan yang dikurangkan dalam skim Pas Eurail, SNCF, pengendali kereta api Perancis kini mengumumkan keputusan rasminya untuk menyertai semula Pas Pilihan Eurail.

Rangkaian Pas Eurail membolehkan seseorang melancong dengan menaiki kereta api merentasi Eropah, yang menjanjikan pengalaman pelancongan tersendiri menerusi perhubungan yang mudah dan fleksibel antara bandar utama dan kecil di sekitar Eropah. Pas paling popular ialah Pas Global Eurail yang merangkumi 24 negara Eropah. Para pelanggan yang berminat untuk meneroka hanya sebahagian Eropah akan ditawarkan dengan pelbagai pilihan pas yang dapat memenuhi hampir setiap keperluan pelancongan.

Pelancaran Semula Pas Pilihan Empat Negara termasuk Perancis bermula dari 1 April.

Pada tahun ini, rangkaian produk Pas Pilihan Eurail telah dikaji semula. Bermula dari 1 April 2014, pas ini akan dilancarkan semula, yang memberikan tawaran eksklusif dengan pilihan empat negara. Para pelanggan boleh mendapatkan pas mereka dengan memilih sendiri empat daripada 26 negara yang terlibat untuk pelancongan mereka. Negara yang dipilih itu perlu berhubung antara satu sama lain.

"Kami amat berbesar hati untuk menjemput SNCF untuk menyertai semula Pas Pilihan Eurail ini. Perancis kekal menjadi destinasi pelancongan pilihan di Eropah. Dengan melibatkan Perancis sekali lagi, Portfolio Eurail menjadi lengkap dan turut memperlihatkan perkhidmatan yang mantap bagi musim akan datang. Perjalanan kereta api dengan menggunakan Pas Eurail kekal sebagai kaedah paling komprehensif bagi para pelanggan luar negara kami bagi mengembara di Eropah," jelas Silvia Görlach, Pengurus Jualan & Pemasaran Eurail Group.

Promosi Pas Pilihan Tiga dan Lima Negara serta Tambahan Hari boleh didapati sehingga 31 Mac.

Pas Pilihan Tiga dan Lima Negara yang pernah ditawarkan sebelum ini masih boleh didapati sehingga 31 Mac 2014, tanpa negara Perancis. Bermula pada 1 April, hanya Pas Pilihan Empat Negara akan dijual dan negara Perancis akan turut ditawarkan sebagai pilihan destinasi pelancongan.

Sehingga akhir bulan Mac, para pelancong yang menetap di luar Eropah juga boleh mengambil peluang daripada promosi Pembeli Awal untuk Pas Global yang menawarkan hari perjalanan percuma. Kempen yang sangat popular ini menawarkan dua hari tambahan pelancongan bagi Pas Global 15 hari, tiga hari tambahan bagi Pas Global 21 hari manakala lima hari tambahan pula bagi Pas Global Eurail selama satu bulan.

Pas Eurail boleh didapati daripada rangkaian sedunia yang terdiri daripada Ejen Jualan Am yang Dibenarkan.

Sila layari: http://www.eurailgroup.org/eurail-vendors

Eurail Group G.I.E., organisasi yang dikhususkan untuk pemasaran dan pengurusan Pas Eurail dimiliki sepenuhnya oleh lebih tiga puluh syarikat kereta api dan perkapalan. Di samping itu, Eurail Group mempunyai pelbagai rakan kongsi penting termasuk hotel, syarikat pengangkutan dan juga muzium yang menawarkan perkhidmatan dengan mengurangkan harga atau diberikan secara percuma kepada pemegang pas kereta api.

Bagi maklumat lanjut:

Laman web korporat Eurail Group dan ruangan akhbar: http://www.eurailgroup.org

E-mel: pressinfo@eurailgroup.org, Tel: +31(0)30-7516-500

Sumber: Eurail Group G.I.E.

Source: Eurail Group G.I.E.
Keywords: Railroads and Intermodal Transportation Transportation Travel New products/services