omniture

Sucden Financial Menawarkan Pelanggan dengan Akses kepada Tiga Pasaran Komoditi China Di Bawah Satu Akaun

Sucden Financial
2023-03-29 01:11

LONDON, 28 Mac 2023 /PRNewswire/ -- Sucden Financial, penyedia pelaksanaan, penjelasan dan kecairan berbilang aset, dengan sukacitanya mengumumkan bahawa para pelanggannya kini boleh mendapatkan akses elektronik secara terus untuk berdagang dengan kesemua 25 kontrak hadapan dan opsyen milik China yang tersedia untuk peserta antarabangsa, bersama-sama dengan pasaran global lain daripada satu akaun.

Sucden Financial kini merupakan Perantara Luar Negara (OI) bagi tiga pasaran utama; Bursa Tenaga Antarabangsa Shanghai (INE), Bursa Komoditi Dalian (DCE) dan Bursa Komoditi Zhengzhou (ZCE). Sebagai OI, Sucden Financial boleh menyediakan pelanggan antarabangsanya dengan akses kepada senarai kontrak yang berkembang pesat, termasuk tembaga, minyak mentah, minyak bahan api rendah sulfur dan getah pada INE; bijih besi, olein sawit, kacang soya, minyak kacang soya dan dedak kacang soya pada DCE; serta asid tereftalat tulen, minyak biji sesawi, dedak biji sesawi dan biji kacang pada ZCE.

Dengan penambahan tiga bursa negara China ini, pelanggan Sucden Financial boleh berdagang di pelbagai pasaran komoditi terkemuka dunia daripada satu akaun, sekali gus menyediakan arbitraj yang dipertingkatkan dan keupayaan pengurusan risiko. Sucden Financial juga merupakan ahli utama Kategori 1 Bursa Logam London dan menawarkan akses terus kepada  kontrak hadapan dan opsyen logam asas CME.

Mengulas mengenai pengumuman itu, Marc Bailey, Ketua Pegawai Eksekutif Sucden Financial Limited berkata:

"Kami berbesar hati untuk menawarkan para pelanggan dengan akses kepada tiga pasaran hadapan utama di China, yang merupakan pengguna komoditi terbesar di dunia. Hasil daripada kerjasama kami yang telah lama terjalin di China dan dengan adanya platform IT kami yang istimewa, Sucden Financial kini boleh menawarkan keupayaan untuk berdagang dengan lancar merentasi pasaran komoditi terkemuka kepada para pelanggan serta mengambil peluang yang ada dalam persekitaran global yang semakin kompleks hanya daripada satu akaun." 

Tentang Sucden Financial 

Dengan sejarah dan warisan dalam dagangan niaga hadapan dan opsyen komoditi, Sucden Financial telah berkembang dan mempelbagaikan pilihannya untuk menjadi penyedia pelaksanaan, penjelasan dan kecairan berbilang aset global terkemuka merentasi Pertukaran Asing, pendapatan tetap dan komoditi.

Sucden Financial mempunyai rekod prestasi yang terbukti selama 50 tahun dalam pasaran kewangan. Sejak penubuhannya pada tahun 1973, ia telah disokong oleh syarikat induknya, Sucden, iaitu salah satu kumpulan dagangan komoditi lembut terkemuka di dunia, sambil kekal bebas sepenuhnya dalam operasi dagangan hariannya. 

Sucden Financial Limited diberi kuasa dan dikawal selia oleh Pihak Berkuasa Tatalaku Kewangan. 

twitter.com/SucdenFinancial 
linkedin.com/company/sucden-financial/
sucdenfinancial.com

Logo - https://mma.prnasia.com/media2/2041201/Sucden_Financial_Logo.jpg?p=medium600

 

Source: Sucden Financial
Keywords: Banking/Financial Service Oil/Energy Utilities Accounting news, issues