omniture

Omdia: Samsung mendahului manakala BOE meningkatkan bahagian pasaran penghantaran AMOLED sederhana kecil pada tahun 2022

Omdia
2023-03-29 09:00

LONDON, 29 Mac 2023 /PRNewswire/ -- Penyelidikan baharu daripada Penjejak pasaran paparan sederhana kecil terkini daripada Omdia menunjukkan bahawa pada tahun 2022, Samsung mengekalkan kedudukan teratasnya dengan 56% daripada jumlah pasaran dari segi bahagian pasaran AMOLED saiz sederhana kecil, dengan BOE secara beransur-ansur menghampiri Samsung dengan 12% daripada jumlah pasaran.

2022 market share of small medium AMOLED by shipment
2022 market share of small medium AMOLED by shipment

Penghantaran keseluruhan bagi AMOLED saiz sederhana kecil (9.0 inci dan lebih kecil) pada tahun 2022 ialah sebanyak 762 juta, penurunan sebanyak 6% Tahun ke Tahun (YoY) disebabkan permintaan yang perlahan terhadap telefon pintar berikutan inflasi global.

Samsung, pembuat terkemuka di pasaran AMOLED, kekal sebagai peneraju dengan 429 juta penghantaran pada tahun 2022, tetapi bahagian pasarannya berkurangan daripada 61% pada tahun 2021 kepada 56% pada tahun 2022. LG Display kekal pada tempat kedua daripada 10% bahagian pasaran pada tahun 2021, kepada 11% pada tahun 2022.

Walau bagaimanapun, BOE meningkatkan lagi penghantaran dengan 12% bahagian pasaran yang mengatasi LG Display pada tahun 2022 untuk mencapai tempat kedua. Pengeluar AMOLED baru muncul Visionox dan Everdisplay, merupakan syarikat pembuat AMOLED ke-4 dan ke-5 terbesar di China dan semakin meningkatkan penghantaran yang menutup jurang dengan rakan niaga Korea mereka yang terkemuka.

Menurut Hiroshi Hayase, Pengurus Penyelidikan dalam amalan penyelidikan Paparan Omdia, "Walaupun perbezaan dalam bahagian penghantaran AMOLED masih besar berbanding dengan  Samsung, BOE telah berjaya dengan pesanan LTPS-AMOLED fleksibel daripada Apple untuk iPhone 12 dan meningkatkan keupayaan teknikalnya dengan ketara. BOE dijangka secara beransur-ansur menutup jurang bilangan penghantaran dengan Samsung dalam pasaran AMOLED sederhana kecil dalam beberapa tahun akan datang."

Pasaran AMOLED sedang mencari teknologi LTPO untuk penggunaan kuasa yang rendah. Samsung telah meningkatkan kapasiti pengeluaran besar-besaran LTPO-AMOLED untuk menjamin pesanan bagi telefon pintar kelas premium. Sebaliknya, BOE dan pembuat paparan China lain yang telah menguasai teknologi LTPS konvensional telah mula meningkatkan penghantaran telefon pintar LTPS-AMOLED untuk rangkaian pertengahan yang dihasilkan oleh jenama telefon pintar China yang terletak di rantau yang sama.

"Pembuat AMOLED Korea akan mengekalkan kelebihan teknologi, manakala pembuat AMOLED China akan mengurangkan harga AMOLED tetapi meningkatkan penghantaran AMOLED kepada telefon pintar rangkaian pertengahan yang dihasilkan oleh jenama telefon pintar China dengan menggantikan permintaan terhadap LCD TFT. Walau bagaimanapun, masih terdapat ruang untuk pengeluar AMOLED di China meningkatkan penghantaran mereka pada masa akan datang," simpul Hayase.

TENTANG OMDIA 

Omdia, sebahagian daripada syarikat Informa Tech, ialah sebuah kumpulan penyelidikan dan penasihat teknologi. Pengetahuan mendalam kami tentang pasaran teknologi digabungkan dengan pemahaman kami yang boleh dilaksana bagi memperkasakan organisasi untuk membuat keputusan pertumbuhan yang bijak.

Fasiha Khan
+44 7503 666806
Fasiha.khan@informa.com
www.omdia.com

Foto - https://mma.prnasia.com/media2/2038536/2022_market_share_of_small_medium_AMOLED_by_shipment.jpg?p=medium600

 

Source: Omdia
Keywords: