omniture

SYARIKAT-SYARIKAT KEPULAUAN VIRGIN BRITISH MENYEDIAKAN 2.3 JUTA PELUANG PEKERJAAN DAN MENJANA HASIL CUKAI BERNILAI USD14 BILION DI PERINGKAT GLOBAL

BVI Finance
2023-03-29 19:40
  • Pelaburan melalui pengantaraan Syarikat Perniagaan BVI ini menyediakan 134,000 peluang pekerjaan di UK dan menjana hasil cukai sebanyak USD3.5 bilion untuk Kerajaan UK
  • Laporan baharu ini menyorot sumbangan besar BVI terhadap ekonomi global dan mengenal pasti tiga senario untuk masa depan globalisasi dan peluang untuk BVI

LONDON, 29 Mac 2023  /PRNewswire/ -- Peranan positif Kepulauan Virgin British (BVI) dalam ekonomi global telah digariskan dalam sebuah laporan bebas baharu yang dilancarkan hari ini: 'Beyond globalisation: The British Virgin Islands contribution to global prosperity in an uncertain world (Melangkaui globalisasi: Sumbangan Kepulauan Virgin British kepada kemakmuran global dalam dunia yang tidak menentu)'[1].

The BVI's global contribution
The BVI's global contribution

 

Laporan yang berdasarkan penyelidikan kuantitatif dan kualitatif firma-firma yang beroperasi di BVI1 ini menunjukkan bahawa BVI menempatkan sebuah pusat perniagaan dan kewangan antarabangsa yang disegani di peringkat global yang mengendalikan perdagangan dan pelaburan rentas sempadan dengan anggaran nilai USD1.4 trilion.

Pada masa ini, terdapat lebih 375,000 Syarikat Perniagaan BVI yang aktif, di mana kira-kira 57 peratus daripadanya berasal dari Asia dan 16 peratus berasal dari Eropah dan Amerika Utara. Pelaburan melalui pengantaraan Syarikat Perniagaan BVI ini menyediakan sekitar 2.3 juta peluang pekerjaan di peringkat global dan menjana cukai tambahan sebanyak USD14 bilion setiap tahun untuk kerajaan-kerajaan di seluruh dunia.

Di UK, syarikat-syarikat BVI mempunyai anggaran aset bernilai USD153 bilion, dengan 134,000 peluang pekerjaan yang diwujudkan oleh pelaburan melalui pengantaraan BVI dan USD3.5 bilion hasil cukai yang dijana untuk kerajaan UK.

Mengulas tentang laporan ini, Elise Donovan, Ketua Pegawai Eksekutif BVI Finance berkata:

"Laporan ini memberikan bukti yang jelas tentang peranan BVI dalam mengendalikan pelaburan, merangsang pertumbuhan ekonomi, mewujudkan pekerjaan dan menyediakan hasil cukai yang amat diperlukan kepada kerajaan.

"Dengan penyelidikan ini, kami boleh terus merungkai beberapa mitos dan mendidik lebih ramai individu tentang peranan sebenar yang dimainkan oleh BVI sebagai sebuah pusat kewangan dan perniagaan antarabangsa yang dihormati dan dihargai serta pengantara utama dalam ekonomi global.

"Walau apa pun bentuk evolusi globalisasi yang seterusnya, pusat kewangan antarabangsa seperti BVI akan kekal sebagai penggerak penting dalam meningkatkan ekonomi global dengan mengendalikan pelaburan dan membolehkan pasaran global yang lebih cekap." 

Laporan 'Beyond Globalisation' ini mengenal pasti tiga senario untuk masa depan globalisasi dan peluang bagi BVI. Dalam senario pertama, - iaitu 'Internasionalisme yang lebih lemah' - trend globalisasi prapandemik dilihat terus berlaku walaupun ia lebih perlahan dan mempunyai banyak halangan politik untuk diuruskan. Dalam senario 'ekonomi blok' pula, integrasi ekonomi dan kawal selia antara negara-negara terus berlaku dalam blok geopolitik, namun kumpulan-kumpulan yang berbeza ini mula berubah arah. Akhir sekali, senario 'nasionalisme ekonomi baharu' adalah pembalikan separa globalisasi dengan peningkatan fahaman perlindungan, sempadan yang kurang kemasukan dan politik yang lebih tidak menentu.

Mark Pragnell, Pengarah Pragmatix Advisory menambah:

"Melihat kepada masa depan yang tidak menentu serta globalisasi selama beberapa dekad kebelakangan ini, terdapat banyak senario yang berbeza untuk geopolitik dan ekonomi, namun keperluan ini akan kekal untuk pusat yang pakar, neutral dan inovatif seperti Kepulauan Virgin British untuk menyokong perdagangan, pelaburan dan mobiliti rentas sempadan."

Laporan penuh Beyond Globalization boleh dilihat di sini: https://bvifinance.vg/The-BVI-Advantage/Beyond-Globalisation

[1] Melangkaui globalisasi: Kepulauan Virgin British menggabungkan analisis baharu statistik, maklumat dan penyelidikan rasmi bersama-sama dengan imbasan horizon dan hasil program penyelidikan kuantitatif dan kualitatif utama dalam kalangan firma yang beroperasi di pusat perniagaan dan kewangan antarabangsa bidang kuasa tersebut.

Foto - https://mma.prnasia.com/media2/2041345/BVI_Finance_1.jpg?p=medium600
Logo - https://mma.prnasia.com/media2/2042396/BVI_Finance_Logo.jpg?p=medium600

 

 

Source: BVI Finance
Keywords: Banking/Financial Service Economic news, trends, analysis