omniture

Menteri Ekonomi Argentina, Sergio Tomás Massa serta Pelabur Terkemuka Silicon Valley, Marc Andreessen dan Ben Horowitz akan berucap di Sidang Kemuncak PRIORITY anjuran FII Institute

Future Investment Initiative Institute
2023-03-29 20:32

MIAMI, 29 Mac 2023 /PRNewswire/ -- FII Institute telah mengumumkan dua sesi yang akan mencetus perubahan dengan penceramah terkenal dunia yang akan berlangsung di Sidang Kemuncak PRIORITY Global yang akan diadakan di Miami pada 30 dan 31 Mac 2023.

Pada 30 Mac, Tuan Yang Terutama Sergio Tomás Massa, Menteri Ekonomi Republik Argentina akan membincangkan tentang pendirian Argentina terhadap pembaharuan global dalam ucaptama beliau yang bertajuk "The Battle for Financial Stability in an Unstable World (Perjuangan untuk Kestabilan Kewangan dalam Dunia yang Tidak Stabil)." Argentina turut memperjuangkan penggunaan mata wang Amerika Latin yang biasa sebagai alternatif kepada pergantungan terhadap mata wang dolar AS.

Pada 31 Mac, sidang kemuncak ini akan menyaksikan acara yang sukar untuk dilihat apabila Marc Andreessen dan Ben Horowitz – dua Pengasas Bersama Andreessen Horowitz, iaitu salah sebuah firma VC yang paling berpengaruh di Silicon Valley – muncul bersama-sama di atas pentas. Sebagai dua pelabur yang paling berpandangan jauh di dunia (pelaburan yang berjaya termasuk Instagram, Oculus VR Medium, Databricks dan Skype), Andreessen dan Horowitz akan berkongsi pandangan mereka tentang anjakan seismik yang berlaku dalam masyarakat serta pelaburan mana yang akan dapat membantu kita mendapatkan peluang-peluang yang paling memberangsangkan dalam Orde Global Baharu.

Sesi ini akan dikendalikan oleh Adam Neumann yang merupakan pencipta WeWork dan hasil usaha beliau telah mengubah cara manusia bekerja.

Tentang FII Institute: 

FUTURE INVESTMENT INITIATIVE (FII) INSTITUTE ialah sebuah yayasan global bukan berkeuntungan baharu dengan cabang pelaburan yang mempunyai satu agenda: Impak Terhadap Kemanusiaan. Bersifat global dan komited terhadap prinsip Alam Sekitar, Sosial dan Tadbir Urus (ESG), kami melahirkan minda-minda hebat dari seluruh dunia dan mengubah idea menjadi penyelesaian dunia nyata dalam lima bidang penting: Kecerdasan Buatan (AI) dan Robotik, Pendidikan, Penjagaan Kesihatan dan Kelestarian.

Logo - https://mma.prnasia.com/media2/1811613/FII_Institute_Logo.jpg?p=medium600

 

Source: Future Investment Initiative Institute
Keywords: Banking/Financial Service Computer/Electronics Trade show news