omniture

Aramco bakal memperluas kehadiran di China dengan memperoleh 10% pegangan dalam Rongsheng Petrochemical

Aramco
2023-03-29 20:39

- Perjanjian melibatkan penempatan 480,000 tong minyak mentah sehari ke kompleks penapisan dan kimia bersepadu yang terbesar di China

DHAHRAN, Arab Saudi, 29 Mac 2023 /PRNewswire/ -- Aramco, salah sebuah syarikat tenaga dan kimia bersepadu yang terkemuka di dunia, telah menandatangani perjanjian muktamad untuk memperoleh 10% kepentingan dalam Rongsheng Petrochemical Co. Ltd. ("Rongsheng")  yang tersenarai di Shenzhen, berjumlah RMB24.6 bilion (USD3.6 bilion pada kadar pertukaran semasa) dalam sebuah perjanjian yang akan memperluas kehadiran hilirannya dengan ketara di China.

Amin H. Nasser, Aramco President & CEO (center), attends the signing ceremony for Aramco’s acquisition of a 10% interest in Rongsheng Petrochemical Co. Ltd. Mohammed Y. Al Qahtani,Aramco Executive Vice President of Downstream (sitting right), and Li Shuirong, Rongsheng Chairman (sitting left), signed the documents in the presence of Anwar Al Hejazi, Aramco Asia President (standing left) and Xiang Jiongjiong, Rongsheng CEO (standing right)
Amin H. Nasser, Aramco President & CEO (center), attends the signing ceremony for Aramco’s acquisition of a 10% interest in Rongsheng Petrochemical Co. Ltd. Mohammed Y. Al Qahtani,Aramco Executive Vice President of Downstream (sitting right), and Li Shuirong, Rongsheng Chairman (sitting left), signed the documents in the presence of Anwar Al Hejazi, Aramco Asia President (standing left) and Xiang Jiongjiong, Rongsheng CEO (standing right)

Melalui perancangan strategik ini, Aramco akan membekalkan minyak mentah Arab Saudi sebanyak 480,000 tong sehari (bpd) kepada rakan sekutu Rongsheng iaitu Zhejiang Petroleum and Chemical Co. Ltd. (ZPC), di bawah sebuah perjanjian jualan jangka panjang. Aramco Overseas Company ("AOC"), sebuah anak syarikat milik penuh Aramco akan memperoleh kepentingan dalam Rongsheng.

Antara aset lain, Rongsheng turut memiliki 51% kepentingan ekuiti dalam ZPC yang memiliki dan mengendalikan kompleks penapisan dan kimia bersepadu yang terbesar di China dengan kapasiti pemprosesan minyak mentah sebanyak 800,000 bpd dan menghasilkan 4.2 juta tan metrik etilena setahun.

Mohammed Y. Al Qahtani, Naib Presiden Eksekutif Hiliran Aramco berkata: "Pengumuman ini menunjukkan komitmen jangka panjang Aramco kepada China dan kepercayaannya terhadap asas sektor petrokimia di China. Ia merupakan suatu pemerolehan yang penting dalam sebuah pasaran utama bagi Aramco yang menyokong cita-cita pertumbuhan kami serta memajukan strategi produk cecair kepada bahan kimia kami. Ia juga membolehkan kami membekal minyak mentah penting yang boleh dipercayai kepada salah sebuah syarikat penapis terpenting di China."

Li Shuirong, Pengerusi Rongsheng berkata: "Kerjasama strategik ini akan membawa persahabatan jangka panjang dan saling mempercayai di antara kami ke tahap yang baharu serta membuka laluan ke arah masa depan yang cerah bagi pembangunan industri petrokimia dunia yang berkualiti tinggi. Saya percaya bahawa penglibatan Aramco akan amat membantu Rongsheng melaksanakan strategi pertumbuhan petrokimianya."

Pelaburan ini bakal menjadi asas kepada hubungan yang penting antara Aramco, Rongsheng dan ZPC yang mengendalikan salah sebuah aset penukaran kimia yang paling canggih di dunia.

Urus niaga ini melibatkan penjualan sekunder saham luar pasaran Rongsheng oleh pemegang saham majoriti, Zhejiang Rongsheng Holding Group, yang berpotensi untuk kerjasama masa depan antara pihak-pihak dalam sektor perdagangan, penapisan, pengeluaran bahan kimia dan pelesenan teknologi. Urus niaga ini dijangka akan dimuktamadkan pada penghujung tahun 2023 dan tertakluk kepada kelulusan kawal selia.

Ia menyusul setelah pengumuman yang dibuat pada 26 Mac berkenaan rancangan usaha sama Aramco, Huajin Aramco Petrochemical Company (HAPCO) untuk memulakan pembinaan kompleks penapisan dan petrokimia bersepadu utama di timur laut China pada suku kedua tahun 2023. Aramco yang mempunyai 30% kepentingan dalam HAPCO, akan membekalkan stok suapan minyak mentah sebanyak 210,000 bpd kepada kompleks tersebut.

Digabungkan kesemua bekalan melalui kerjasama dengan Rongsheng dan usaha sama HAPCO akan menyaksikan Aramco membekalkan sejumlah 690,000 bpd minyak mentah kepada aset penukaran kimia tinggi.

Tentang Aramco 

Aramco ialah sebuah syarikat tenaga dan bahan kimia bersepadu global. Kami didorong oleh kepercayaan teras kami bahawa tenaga merupakan suatu peluang. Pasukan global kami berdedikasi untuk mencipta impak dalam semua perkara yang dilakukan, daripada menghasilkan kira-kira satu bagi setiap lapan tong bekalan minyak dunia hinggalah membangunkan teknologi tenaga yang baharu. Kami fokus untuk menjadikan sumber kami lebih dipercayai, lebih lestari dan lebih bermanfaat. Ini membantu menggalakkan kestabilan dan pertumbuhan jangka panjang di seluruh dunia. www.aramco.com.

Penafian 

Siaran akhbar ini mengandungi pernyataan berpandangan ke hadapan. Semua pernyataan selain daripada pernyataan yang berkaitan dengan fakta sejarah atau fakta semasa yang disertakan dalam siaran akhbar ini merupakan pernyataan berpandangan ke hadapan. Pernyataan berpandangan ke hadapan memberikan jangkaan dan unjuran semasa Syarikat tentang perbelanjaan dan pelaburan modal, projek-projek utama, prestasi projek huluan, termasuk relatif kepada rakan setara dan pertumbuhan dalam projek hiliran dan bahan kimia. Pernyataan ini mungkin termasuk namun tanpa had kepada sebarang pernyataan yang didahului, disusuli atau termasuk perkataan-perkataan seperti "sasar," "percaya," "harap," "matlamat," "hasrat," mungkin," "jangka," "anggar," rancang," "unjur," "akan," "boleh," "mungkin," "harus," "bakal," "dapat," "terus," "ke hadapan" dan perkataan serta istilah lain yang mempunyai maksud yang serupa atau bertentangan. Pernyataan berpandangan ke hadapan sedemikian melibatkan risiko yang diketahui dan tidak diketahui, ketidakpastian dan faktor-faktor lain di luar kawalan Syarikat yang boleh menyebabkan hasil, prestasi atau pencapaian sebenar Syarikat berbeza secara material daripada hasil, prestasi, atau pencapaian yang dijangkakan secara tersurat atau tersirat dalam pernyataan berpandangan ke hadapan ini termasuk faktor-faktor berikut: bekalan dan permintaan minyak mentah antarabangsa dan harga jualan minyak mentah Aramco; kesan COVID-19 terhadap keadaan ekonomi dan perniagaan serta bekalan dan permintaan minyak mentah, gas dan produk penapisan petrokimia; perkembangan ekonomi atau politik yang tidak memberangsangkan yang boleh memberi kesan kepada hasil operasi Syarikat; tekanan daya saing yang dihadapi Syarikat; sebarang perubahan atau kelainan pada ekonomi dan operasi sedia ada yang boleh menjejaskan kuantiti yang dianggarkan serta nilai rizab yang dibuktikan; risiko dan bahaya operasi dalam industri minyak dan gas, penapisan dan petrokimia; ciri-ciri kitaran dalam industri minyak dan gas, penapisan dan petrokimia; keadaan cuaca; ketidakstabilan politik dan sosial serta pergolakan dan konflik bersenjata yang benar-benar berlaku atau berpotensi di rantau operasi Aramco dan kawasan-kawasan lain; kerugian akibat risiko yang berkaitan dengan insurans yang tidak mencukupi; keupayaan Syarikat untuk merealisasikan projek semasa dan akan datang; litigasi yang berkaitan atau mungkin berkaitan dengan Syarikat; keupayaan Syarikat untuk merealisasikan manfaat daripada pengambilalihan baru-baru ini dan akan datang, termasuk yang berkenaan dengan SABIC; risiko berkaitan dengan operasi antarabangsa, termasuk sekatan dan had perdagangan, undang-undang antisogokan dan antirasuah serta undang-undang dan peraturan-peraturan lain; risiko berkaitan dengan minyak, gas, alam sekitar, kesihatan dan keselamatan serta peraturan-peraturan lain yang memberi kesan kepada industri di mana Aramco beroperasi; kebergantungan Syarikat terhadap barisan pengurusan kanan dan kakitangan utamanya; kebolehpercayaan dan keselamatan sistem IT Syarikat; kebimbangan dan impak akibat perubahan iklim; risiko yang berkaitan dengan projek yang diarahkan oleh Kerajaan serta peraturan lain yang ditetapkan Kerajaan, termasuk peraturan yang berkaitan dengan tahap maksimum pengeluaran minyak mentah dan MSC yang ditetapkan oleh Kerajaan; kadar turun naik faedah dan pertukaran asing; serta risiko dan ketidakpastian lain yang boleh menyebabkan keputusan sebenar berbeza daripada pernyataan berpandangan ke hadapan dalam siaran akhbar ini, seperti yang dinyatakan dalam laporan terkini Syarikat yang difailkan dengan Tadawul secara berkala. Untuk maklumat tambahan tentang potensi risiko dan ketidakpastian yang boleh menyebabkan keputusan sebenar berbeza daripada keputusan yang diramalkan, sila lihat laporan terkini Syarikat yang difailkan dengan Tadawul secara berkala. Pernyataan berpandangan ke hadapan sedemikian adalah berdasarkan pelbagai andaian tentang strategi perniagaan Syarikat pada masa ini dan akan datang serta persekitaran operasinya pada masa hadapan. Maklumat yang terkandung dalam siaran akhbar ini, termasuk namun tidak terhad kepada pernyataan berpandangan ke hadapan, hanya terpakai pada tarikh siaran akhbar ini dan tidak bertujuan untuk menjamin sebarang keputusan pada masa hadapan. Syarikat secara jelas menafikan sebarang tanggungjawab atau kewajiban untuk menyebarkan sebarang kemas kini atau semakan semula siaran akhbar ini, termasuk mana-mana data kewangan atau pernyataan berpandangan ke hadapan, sama ada hasil daripada maklumat baharu, peristiwa masa hadapan atau sebaliknya, melainkan jika dikehendaki oleh undang-undang atau peraturan yang berkuat kuasa. Tiada sesiapa boleh menganggap bahawa siaran akhbar ini merupakan satu bentuk nasihat kewangan, cukai atau pelaburan. Pergantungan yang tidak wajar tidak boleh diletakkan pada pernyataan berpandangan ke hadapan ini.

Foto - https://mma.prnasia.com/media2/2041088/Aramco_Rongsheng_signing.jpg?p=medium600
Logo - https://mma.prnasia.com/media2/1480256/Aramco_Logo.jpg?p=medium600

Maklumat Hubungan 
Twitter: Aramco

Source: Aramco
Keywords: Chemical Oil/Energy Utilities Acquisitions, mergers, takeovers Corporate Expansion