omniture

Aliran Kerja Transkod dan Keselamatan Kandungan Dipermudahkan: PallyCon dan Dolby Hybrik INKA Networks Berganding Bahu untuk Penyelesaian Bersepadu

PallyCon
2023-03-30 11:56

SAN JOSE, California, 30 Mac 2023 /PRNewswire/ -- PallyCon, sebuah perkhidmatan perlindungan kandungan premium berasaskan awan daripada INKA Entworks telah bekerjasama dengan Dolby Hybrik, sebuah platform pemprosesan media awan untuk menyediakan perkhidmatan transkod dan keselamatan kandungan terkemuka dalam satu aliran kerja yang dipermudahkan.

"Penyepaduan Hybrik ke dalam PallyCon membantu perkhidmatan penstriman melakukan transkod ke atas kandungan mereka sewajarnya dengan cepat, mudah dan berpatutan — dan dihasilkan dengan keselamatan gred studio," kata Ketua Pegawai Eksekutif INKA Entworks, James Ahn.

Hybrik amat menepati semua kriteria INKA Entworks dengan prestasi penanda aras dan penyelesaian berkualiti profesional yang amat mudah diskala. Model harga platform ini juga memenuhi jangkaan INKA Entworks, sekali gus menjimatkan kos seluruh aliran kerja. Sokongan canggih daripada Dolby Hybrik telah membantu INKA Entworks untuk melangkah ke hadapan dengan pantas dengan Hybrik dan penyepaduan yang mudah menjadikannya amat sesuai untuk model perniagaan mereka.

Dengan set ciri PallyCon yang kaya, termasuk berbilang DRM, tera air forensik dan pengedar serta keselamatan aplikasi dan keupayaan transkod video terkemuka dalam industri yang dimiliki Dolby Hybrik, kedua-dua platform menyediakan penyelesaian komprehensif dalam satu aliran kerja SaaS. Tambahan pula, ciri transkod serentak Hybrik membolehkan pemprosesan video, transkod dan juga menyokong pelbagai format input dengan pantas serta pelbagai jenis kodek dengan penstriman audio video yang kompleks dan berbilang.

Keseluruhan proses penyepaduan Hybrik adalah lebih mudah kerana Dolby sangat menyokong dari segi persediaan persekitaran, membantu memahami API dan dokumentasi, menyelesaikan pertanyaan serta mewujudkan akaun demo untuk membina dan mengesahkan aliran kerja yang lengkap dengan kualiti pengeluaran sebelum melancarkan perkhidmatan.

Para pelanggan kini boleh menghapuskan langkah dan perbelanjaan berasingan yang berkaitan dengan transkod, manakala pelanggan Hybrik sedia ada juga boleh mendayakan penyelesaian pelbagai DRM dan tera air forensik PallyCon dengan cepat dan lancar sambil melakukan pemindahan video.

Keupayaan transkod Dolby Hybrik yang terkemuka dalam industri bersama-sama dengan pilihan transkod dan penjanaan segmen yang terkini, amat sesuai dengan kriteria model perniagaan INKA Entworks, membolehkan mereka menyediakan kualiti kandungan gred studio dan keselamatan yang diluluskan Hollywood dengan harga yang berpatutan kepada para pelanggan di seluruh dunia.

Tentang PallyCon: 

PallyCon ialah perkhidmatan perlindungan kandungan premium daripada INKA Entworks Inc. Dipercayai oleh lebih 200 pelanggan di seluruh dunia, ia menyediakan perkhidmatan yang menyeluruh dengan keselamatan kandungan serba lengkap berasaskan awan untuk platform OTT seperti Berbilang DRM, Tera Air Forensik, Tera Air Pengedar, perkhidmatan Anti Cetak Rompak, Perkhidmatan transkod dan perkhidmatan pembungkusan serta Keselamatan Aplikasi dengan penyepaduan yang pantas dan mudah. Ia merupakan penyelesaian SEMUA DALAM SATU untuk para pemilik OTT.

Untuk maklumat lanjut, sila layari PallyCon.

Hubungan Media:  
obiz@inka.co.kr
+91-(0)22-40146908 

Source: PallyCon
Keywords: Computer Software Computer/Electronics High Tech Security Internet Technology Joint ventures New products/services