omniture

Tony Robbins akan Merasmikan Majlis Penutup Sidang Kemuncak PRIORITY Global yang Dianjurkan oleh FII Institute

Future Investment Initiative Institute
2023-03-30 21:11

MIAMI,, 30 Mac 2023 /PRNewswire/ -- Sidang Kemuncak PRIORITY Global yang dikuasakan oleh FII Institute, telah mengumumkan bahawa Tony Robbins, pengarang tersohor #1 New York Times , usahawan, dermawan dan salah seorang ahli strategi perniagaan dan kehidupan antarabangsa yang terkemuka akan merasmikan acara penutup pada hari kedua sidang kemuncak ini.

Sidang kemuncak ini yang diadakan pada 30 Mac 2023 akan menyatukan para pemimpin dunia dalam bidang perniagaan, kerajaan, akademik, masyarakat awam, teknologi dan media untuk terlibat dalam perbincangan yang akan mencetus perubahan dan membentuk agenda global.

Sidang Kemuncak ini berpandukan misi FII Institute untuk memberi Impak terhadap Kemanusiaan dan dikukuhkan lagi dengan Laporan PRIORITY yang mendedahkan perkara yang menjadi keutamaan bagi individu di seluruh dunia.

Selama lebih empat setengah dekad, berjuta-juta orang telah dapat merasai kemesraan, jenaka dan kuasa transformasi daripada acara pembangunan peribadi Tony. Unsur-unsur ini akan dimasukkan ke dalam inti pati sidang kemuncak di Miami ini yang bermatlamat untuk membentuk pelan hala tuju kemanusiaan pada waktu yang mencabar ini.

Penceramah prolifik Tony Robbins pasti akan memotivasikan pembuat perubahan di dalam bilik dewan untuk mengharungi cabaran yang akan mereka tempuhi, mengambil tindakan untuk menghadapinya dan bekerjasama ke arah masa depan yang lebih cerah untuk umat manusia apabila acara ini semakin hampir ke penghujung.

Tentang FII Institute:

FUTURE INVESTMENT INITIATIVE (FII) INSTITUTE ialah sebuah yayasan global bukan berasaskan keuntungan baharu dengan cabang pelaburan yang mempunyai satu agenda: Impak terhadap Kemanusiaan. Bersifat global dan komited terhadap prinsip Alam Sekitar, Sosial dan Tadbir Urus (ESG), kami melahirkan minda-minda hebat dari seluruh dunia dan mengubah idea menjadi penyelesaian dunia nyata dalam lima bidang penting: Kecerdasan Buatan (AI) dan Robotik, Pendidikan, Penjagaan Kesihatan dan Kelestarian.

Logo - https://mma.prnasia.com/media2/1811613/FII_Institute_Logo.jpg?p=medium600

Source: Future Investment Initiative Institute
Keywords: Banking/Financial Service Computer/Electronics Entertainment Publishing/Information Service Not for profit Trade show news Future Events