omniture

Vymo diiktiraf dalam Panduan Pasaran Gartner® 2023 untuk Aplikasi Penglibatan Jualan

Vymo
2023-03-30 23:56

SINGAPURA, 30 Mac 2023 /PRNewswire/ -- Vymo, Platform Penglibatan Jualan terkemuka untuk Institusi Kewangan, telah diiktiraf dalam Panduan Pasaran Gartner untuk Aplikasi Penglibatan Jualan buat kali kedua. Laporan tahun 2023 menyediakan cerapan objektif kepada Ketua Pegawai Pengalaman, Perniagaan dan peneraju IT tentang bagaimana teknologi jualan & pengedaran baru muncul boleh memberi manfaat kepada mereka.

Vymo solves over 18 industry-relevant use cases with AI nudges & industry playbooks.
Vymo solves over 18 industry-relevant use cases with AI nudges & industry playbooks.

Vymo menyelesaikan lebih 18 kes penggunaan yang berkaitan dengan industri dengan dorongan AI & buku panduan industri.

Gartner menyatakan, "Aplikasi penglibatan jualan memperkemas cara penjual mengatur aktiviti jualan dan berurusan dengan aliran kerja pada skala yang besar. Mereka mengoptimumkan produktiviti penjual dengan menggabungkan tiga keupayaan utama ke dalam antara muka tunggal: penglibatan berbilang saluran, pelaksanaan aliran kerja dan penjimatan masa AI/automasi."

Vymo telah muncul sebagai teknologi utama untuk institusi kewangan. Ia disepadukan dengan sistem teras dan menyediakan pandangan 360 darjah terhadap para pelanggan dalam satu tetingkap. Vymo memanfaatkan aktiviti penglibatan jualan secara automatik dan mengkaji apa yang dilakukan oleh jurujual berprestasi tinggi. Ia mengenal pasti tingkah laku yang baik dan mencipta buku panduan penglibatan untuk membina rentak jualan di peringkat organisasi. Ia membuka potensi data para pelanggan anda dan membolehkan pasukan jualan anda menggembirakan pelanggan semasa setiap interaksi.

Berdasarkan laporan tersebut, "Vymo disyorkan untuk organisasi jualan teragih yang beroperasi dalam industri perbankan, perkhidmatan kewangan dan insurans yang mahukan pengalaman yang mengutamakan jarak jauh."

Dapatkan akses percuma kepada penyelidikan penuh di: https://www.gartner.com/reprints/?id=1-2D1XXC4O&ct=230328&st=sb 

"Kami teruja kerana Gartner telah mengiktiraf kami. Penambahbaikan penyusunan dan pelaksanaan jualan telah muncul sebagai pembeza besar di kalangan institusi kewangan terkemuka untuk memenangi pelanggan baharu, membina hubungan yang lebih kukuh dan memacu keuntungan perniagaan. Kami berbangga dapat bekerjasama dengan bank-bank dan syarikat insurans terbesar di dunia dan terus membina kategori penglibatan jualan selanjutnya," kata Yamini Bhat, Ketua Pegawai Eksekutif Vymo.

Dalam masa kurang daripada enam minggu sebelum pelancaran, Vymo memberikan manfaat yang ketara kepada ejen, pengurus dan pemimpin jualan barisan hadapan. Hasilnya, Penggunaan Aktif Harian (DAU) ialah 75%, yang setanding dengan aplikasi pengguna teratas seperti Instagram dan Slack. Hari ini, Vymo bekerjasama dengan lebih 65 buah bank, syarikat insurans dan institusi perkhidmatan kewangan, termasuk -

  • 20 bank terbaik di dunia untuk menggandakan pertumbuhan mereka dalam pemerolehan pelanggan;
  • Syarikat Insurans #1 Asia: Peningkatan keterlibatan pelanggan sebanyak 5.4 kali ganda;
  • Syarikat Insurans Hayat Fortune 500: peningkatan pertukaran pelanggan utama dalam masa seminggu sebanyak 26%

Untuk maklumat lanjut, sila baca Gartner, Market Guide for Sales Engagement Applications, Oleh Dan GottliebKeith JonesRoland JohnsonAmy JenkinsGuy Wood, 27 Mac 2023.

GARTNER ialah tanda dagangan dan tanda perkhidmatan berdaftar bagi Gartner Inc. dan/atau sekutunya di A.S. dan di peringkat antarabangsa serta digunakan dalam siaran ini dengan kebenaran. Hak cipta terpelihara.

Gartner tidak menyokong mana-mana vendor, produk atau perkhidmatan yang digambarkan dalam penerbitan penyelidikannya dan tidak menasihati pengguna teknologi untuk hanya memilih vendor dengan penilaian tertinggi atau anugerah lain. Penerbitan penyelidikan Gartner terdiri daripada pendapat organisasi Penyelidikan & Penasihat Gartner dan tidak boleh dianggap sebagai pernyataan fakta. Gartner menafikan semua jaminan yang tersurat atau tersirat, berkenaan dengan penyelidikan ini, termasuk sebarang jaminan kebolehdagangan atau kesesuaian untuk tujuan tertentu.

Tentang Vymo 

Vymo (www.vymo.com) ialah Platform Penglibatan Jualan yang menjadi pilihan 350,000 orang jurujual merentasi lebih 65 Institusi Kewangan Global seperti AIA, Berkshire Hathaway, Generali, AXA, Sunlife dan HDFC Bank. Platform ini mendorong produktiviti dari bawah ke atas melalui dorongan dan campur tangan di sepanjang kitaran hayat pelanggan.

Vymo telah diiktiraf sebagai memperoleh Pencapaian Hebat dalam Forrester Wave untuk Penglibatan Jualan.

Vymo telah mengumpul dana melebihi $45 juta daripada Sequoia Capital, Emergence Capital dan Bertelsmann India Investments.

Untuk maklumat lanjut, sila layari www.vymo.com 

Sumber
Muat turun Laporan tersebut - https://pages.vymo.com/gartner-market-guide-for-sales-engagement-applications/ Saksikan Vymo beraksi - https://youtu.be/9saePnvir4M
Fahami apa yang boleh dilakukan oleh Vymo untuk anda- https://www.vymo.com/request-a-demo 

Foto - https://mma.prnasia.com/media2/2043352/Vymo.jpg?p=medium600
Logo - https://mma.prnasia.com/media2/1026997/3962048/Vymo_Logo.jpg?p=medium600

 

 

 

Source: Vymo
Keywords: Banking/Financial Service Computer Software Computer/Electronics Awards