NEW YORK, 10 Mac 2014 /PRNewswire/ -- Archetypes.com, laman sosial baharu yang membolehkan para pengguna untuk mengenal pasti arketip utama dengan mengambil kuiz pendek serta memanfaatkan arketip menerusi media sosial, kandungan asal dan juga digital, hari ini mengumumkan pelancaran ME, video animasi gerak henti dinamik yang dinamakan bersempena dengan ikon "Me" laman tersebut. Video ini turut memperkenalkan iD.ollogy, jenama tersendiri yang memaparkan patung artistik dengan personaliti berasaskan Archetypes tersendiri yang dikenali sebagai Archetypes iDolls. Pautan video tersebut boleh didapati di sini.
Video - http://youtu.be/rlQB4R9glvk
iD.ollogy merupakan hasil ilham pereka anak patung terkenal, Andrew Yang dan juga Cristina Carlino, pengasas Archetypes.com. Anak patung terunggul Yang ini telah menerima pengiktirafan pada acara amal Fashion's Night Out Anna Wintour 2010 yang dihoskan oleh Barneys di Bandar New York. Pada tahun 2012, setelah menjadi peminat hasil kerja dan pengumpul terbesar koleksi Yang, Carlino memulakan perkongsian dengan Yang menerusi Archetypes.
"Anak patung hasil rekaan Andrew perlu diperkenalkan kepada umum. Sebaik sahaja saya melihat anak patung tersebut, saya yakin ia merupakan pilihan terbaik bagi memperkenalkan jenama Archetypes kepada dunia," kata Carlino. "Archetypes iDolls ini memaparkan ciri personaliti tersendiri yang dimiliki oleh kita semua dan kami amat berharap anak patung ini dapat mengingatkan individu bagaimana mereka mula-mula mengenali Archetypes – dengan menghidupkan Archetypes ini menerusi naratif, muzik serta hiburan."
Archetypes akan mula memberikan beberapa anak patung edisi terhad - Fiona, Izzy, JJ, dan juga Rowdy – serta buku mewah yang ditandatangani bertajuk idollogy, yang memperincikan tentang proses kreatif di sebalik pembikinan video ME dan jenama iD.ollogy. Para pengguna Archetypes boleh melayari Facebook.com/archetypes atau idollogy.com untuk membuat pendaftaran bagi peluang untuk memenangi hadiah ini. Hanya 25 anak patung sahaja yang dihasilkan bagi setiap empat karakter video tersebut dan kesemuanya digayakan dengan pakaian yang cantik dan mewah.
"Archetypes iDolls merangkumkan semangat Archetypes dan kami menjangkakan masyarakat akan memberi tindak balas yang hebat terhadap anak patung ini serta video ME," ujar Tom Gallagher, Pengerusi Eksekutif Archetype. "Ia akan menjadi anak patung tambahan yang berharga dan disayangi kepada koleksi milik sesiapa pun. Kami tidak sabar untuk berkongsi koleksi ini bersama khalayak yang turut sama teruja," kata Gallagher.
Video ME dilancarkan pada hari ini menerusi Archetypes.com manakala pautan video tersebut boleh didapati di sini.
Latar Belakang Archetypes, LLC
Archetypes.com merupakan laman sosial yang membantu pengguna untuk mengenal pasti arketip mereka dengan mengambil kuiz pendek. Archetypes ialah corak tingkah lalu sejagat yang memotivasikan segala yang kita lakukan. Ia turut memberi gambaran terhadap rangka tindakan seseorang. Sebaik sahaja dikenal pasti, arketip membolehkan para pengguna untuk memahami diri mereka dan juga individu lain dengan lebih baik. Platform dalam talian ini membolehkan para pengguna untuk mencari kandungan, produk dan juga individu yang asli serta dipilih susun, di samping membantu mendapatkan maklumat yang bersesuaian, bermakna serta menghiburkan mereka dengan mudah. Layari www.archetypes.com untuk mengambil kuiz yang disediakan bagi memahami dan benar-benar menjadi diri anda sendiri.
Latar Belakang Andrew Yang
Andrew Yang merupakan artis berbilang media yang menetap di Bandar New York. Yang mula menerima tumpuan ramai dengan anak patung Anna Wintour dan Grace Coddington milik beliau yang telah membuat penampilan sulung menerusi New York Times. Hasil kerja beliau juga termasuklah pemasangan 300 anak patung pada tingkap Galeries Lafayette Paris serta pelbagai kolaborasi jenama seperti Lancome, Joyce Boutique Hong Kong, Showstudio dan juga Barneys New York. Hasil kerja Yang turut dipamerkan dalam majalah VOGUE, Harpers Bazaar, Elle, Marie Claire, serta Fashion Doll Quarterly. Di samping membangunkan jenama AY Collection, beliau turut merupakan pengarah kreatif iD.ollogy, francais perwatakan baharu yang berdasarkan wawasan Archetypes Cristina Carlino. Bagi mendapatkan maklumat lanjut tentang iD.ollogy, sila layari www.idollogy.com.