omniture

Virtual Internet umum Pengedaran Virtual 5G Baharu

Virtual Internet Pte. Ltd.
2023-03-31 03:14

V5G ialah 5G Dunia

Perkhidmatan 5G Internet ini 
mewujudkan tahap prestasi yang dipertingkatkan dan lebih tinggi bagi 
Aplikasi, Panggilan, Video, Pemesejan, Permainan dan semua perkhidmatan Jalur Lebar Mudah Alih

SINGAPURA dan SAN JOSE, California, 31 Mac 2023 /PRNewswire/ -- Virtual Internet, peneraju dalam teknologi Jalur Lebar Mudah Alih 5G Perisian (Generasi Kelima) mengumumkan bahawa ia telah menyelesaikan usaha sama bagi versi baharu Aplikasi Virtual 5G dan perkhidmatan Jalur Lebar Mudah Alih Virtual 5G Global di mana kedua-duanya akan dilancarkan di Seluruh Dunia. Syarikat tersebut berkata bahawa pengumuman selanjutnya akan turut dilakukan tidak lama lagi.

The New Virtual 5G
The New Virtual 5G

Kuasa untuk mengubah Dunia

Virtual 5G Baharu ini telah meningkatkan Prestasi, Keselamatan dan Privasi. Virtual 5G sedang dilancarkan pada harga langganan awal sebanyak $4 setahun yang menjadikannya sebagai perkhidmatan 5G dengan harga yang paling murah yang tersedia pada masa ini.

Virtual 5G Asal telah mencapai kejayaan besar dengan berjuta-juta muat turun. Virtual 5G Baharu ini menawarkan Perkhidmatan 5G dengan harga yang paling murah dan kurang mahal berbanding perkhidmatan 3G dan 4G yang biasa.  Virtual 5G telah meraih kejayaan besar di Asia Pasifik yang mempunyai 5 bilion penduduk iaitu 66% daripada populasi Dunia.  Liputan Global V5G telah dipertingkatkan dengan set ciri baharu untuk membolehkan lebih ramai penduduk di seluruh dunia menikmati Jalur Lebar Mudah Alih Generasi Kelima walau di mana sahaja mereka tinggal, bekerja, mencipta semula atau mengembara. 

Para pelanggan boleh membuat pembayaran melalui pelbagai cara yang mudah: Kad kredit atau debit; American Express, Discover, JCB, MasterCard, Visa, Visa Electron; hampir kesemua pengebilan telefon Mudah Alih; Kebanyakan perbankan Dalam Talian, E-dompet; Dana, Doku, GoPay, OVO, ShopeePay, PayPal, Octopus O!, ePay, AliPayHK, MoMo, E-Dompet, ZaloPay, VTC Pay, GCash, PayMaya, Coins.ph, Klarna, my paysafecard, PicPay, Mercado Pago, Google Play dan kad hadiah Google Play, kedai serbaneka terpilih, pemindahan bank akaun maya, ATM dan perbankan Internet atau mudah alih. Keupayaan melanggan ini akan boleh diakses di seluruh dunia merentasi hampir kesemua sistem pembayaran global.

Virtual 5G ialah Aplikasi utama untuk Platform Internet Maya bagi Aplikasi dan Perkhidmatan

Aplikasi dan Perkhidmatan Virtual 5G Baharu ini ialah 5G Internet.  V5G telah direkayasa secara khusus supaya boleh diakses di peringkat global dan tersedia di setiap negara di seluruh dunia serta memberikan Prestasi, Keselamatan dan Privasi untuk semua Aplikasi dan Perkhidmatan. 

Virtual 5G ialah 5G

Virtual 5G ialah Jalur Lebar Mudah Alih 5G berasaskan Perisian; ia merupakan Jalur Lebar Mudah Alih Generasi Kelima yang lebih pantas daripada rangkaian sedia ada serta mendayakan lebar jalur yang lebih besar dan Perkhidmatan Internet yang lebih baik di kawasan bandar dan luar bandar. Virtual 5G merupakan satu-satunya Perisian yang telah terbukti dengan berjuta-juta pemasangan yang membawa perkhidmatan 5G kepada Peranti Mudah Alih 2G, 3G dan 4G melalui Selular, Wi-Fi dan Satelit serta meningkatkan prestasi peranti mudah alih 5G yang asal.

Virtual 5G--yang pertama dan satu-satunya

Virtual 5G merupakan Aplikasi berprestasi tertinggi bagi kategorinya; Virtual Internet telah melakukan penambahbaikan pada platform Virtual 5G untuk memberikan versi Virtual 5G yang lebih pantas dan lebih baik serta ekosistem Aplikasi yang dipertingkat yang beroperasi pada Rangkaian Virtual 5G Global.

Tentang Virtual Internet Pte. Ltd.

Virtual Internet ialah sebuah syarikat metaverse yang diperbadankan di Singapura. Virtual Internet sedang membangunkan sebuah komuniti baharu yang terdiri daripada jutaan pengguna yang dihubungkan melalui pelbagai rangkaian. Virtual Internet telah mencipta dan beroperasi pada Rangkaian Lapisan Global Virtual 5G miliknya sendiri yang membolehkan jutaan aplikasi dan perkhidmatan lain disampaikan melalui Jalur Lebar Mudah Alih Berkelajuan 5G dengan menggunakan rangkaian Radio Selular, Wi-Fi dan SATCOM sedia ada. 

Tentang ADARA Networks, Inc.

ADARA Networks, Inc. diperakui sebagai salah sebuah syarikat penyedia utama produk Rangkaian Awan dan SDN. Virtual Internet Pte. Ltd., Singapura ialah sebuah anak syarikat milik penuh ADARA Networks.

HUBUNGAN: pr@adaranetworks.com

Foto - https://mma.prnasia.com/media2/2043920/V5G_Performance.jpg?p=medium600
Logo -
https://mma.prnasia.com/media2/2043921/Virtual_5G_dark_blue_Logo.jpg?p=medium600

Source: Virtual Internet Pte. Ltd.
Keywords: Computer Networks Computer/Electronics Internet Technology Mobile Entertainment Multimedia/Online/Internet Telecommunications Telecommunications Carriers and Services Wireless Communications New products/services