SEOUL, Korea Selatan, 11 Mac 2014 /PRNewswire/ -- Korea merupakan salah satu daripada 10 pasaran buku terkemuka di dunia daripada segi jumlah pasaran. Maka, bukanlah suatu yang menghairankan apabila negara ini telah dipilih sebagai Tumpuan Pasaran di Pesta Buku London 2014. Penerbit buku Korea telah menjadi pembeli aktif bagi hak cipta asing dan turut menyediakan kandungan berkualiti kepada penerbit antarabangsa selama beberapa dekad yang lalu.
Video: http://www.youtube.com/watch?v=-eI7_0UcbOU
Sebanyak 27 syarikat termasuk para penerbit, pakar e-buku dan juga syarikat cetakan akan menyertai tumpuan pasaran di Pesta Buku London ini. Persatuan Penerbit Korea (KPA) telah menyediakan beberapa sesi seperti Tumpuan Pasaran bagi penerbitan digital Korea, Pengenalan kepada Pengarang Korea dan Seminar Pakar Penerbitan berserta pelbagai acara kebudayaan.
KPA turut menjangkakan peluang yang disediakan menerusi pesta buku ini akan membuka jalan bagi pertukaran dan perbincangan yang lebih terbuka serta lebih perangkaian antara penerbit antarabangsa dan Korea pada masa hadapan.
Dengan keahlian daripada 570 penerbit Korea, KPA merupakan suara utama dalam industri penerbitan negara sejak tahun 1947. KPA turut menganjurkan pesta buku antarabangsa Seoul yang merupakan pesta buku paling besar di Korea. Pesta ini diadakan pada setiap bulan Jun bagi menggalakkan budaya membaca dalam kalangan rakyat Korea serta memperkenalkan pelbagai judul buku baharu kepada para pembaca Korea dan juga memberi peluang kepada para pengunjung asing untuk merasai sendiri pengalaman kehidupan di Korea. Selain itu, persatuan ini turut menganjurkan Korean Collective Stand di pelbagai pesta buku antarabangsa.
Dengan menyertai pesta buku antarabangsa utama seperti LBF, KPA berusaha untuk menggalakkan lebih banyak pertukaran antara penerbit Korea dan juga antarabangsa. Korean Collective Stand ditubuhkan untuk menggalakkan pembangunan industri penerbitan di Korea. Ia juga bertujuan untuk menyokong para penerbit buku Korea bagi mendapatkan rakan kongsi perniagaan berpotensi yang ingin memperluas perniagaan mereka pada peringkat antarabangsa. Bagi tahun 2014, KPA akan menganjurkan Korean Collective Stand di 9 pesta buku antarabangsa termasuklah Pesta Buku Kanak-kanak Bologna, Pesta Buku Antarabangsa Beijing dan juga Pesta Buku Frankfurt.
Di samping itu, KPA akan berusaha untuk melindungi hak para penulis dan juga penerbit dengan melaksanakan penyelenggaraan harga jualan semula serta menggalakkan pasaran penerbitan dengan menyokong pembangunannya dan turut memperkenalkan langkah yang inovatif.
Pesta Buku Antarabangsa Seoul
Dianjurkan oleh Persatuan Penerbit Korea, Pesta Buku Antarabangsa Seoul merupakan acara tahunan yang diadakan bagi tujuan untuk membangunkan industri penerbitan Korea, menggalakkan budaya membaca serta menggalakkan pertukaran antara penerbit Korea dan antarabangsa. Bagi menggalakkan perbincangan yang lebih terbuka serta perkongsian idea, pesta buku ini akan turut mengadakan beberapa acara serta seminar untuk para penerbit serta pakar dalam bidang berkaitan. Tetamu kehormat bagi Pesta Buku Antarabangsa Seoul 2013 ialah negara India manakala Tumpuan Kebudayaan pula ialah Kanada. Sebanyak 25 negara dan 610 penerbit menyertai pesta buku tahun ini dengan 129,210 pengunjung. Pesta Buku Antarabangsa Seoul ke-20 pada tahun 2014 akan diadakan di COEX dari 18 hingga 22 Jun.