omniture

Stevia Mampu Bantu Atasi Masalah Obesiti di Asia Tenggara Asia Pasifik

Hampir 48% daripada populasi rakyat Malaysia menghadapi masalah berat badan berlebihan atau obes
The Global Stevia Institute (GSI)
2014-03-11 09:12 212

KUALA LUMPUR, Malaysia, 11 Mac 2014 /PRNewswire/ -- Menjelang Kongres Obesiti Antarabangsa ke-12 di Kuala Lumpur tidak lama lagi, kebimbangan terhadap masalah obesiti di Asia Tenggara Asia Pasifik telah meningkat dengan hampir 48% daripada populasi rakyat Malaysia menghadapi masalah berat badan berlebihan atau obes, menurut data Pertubuhan Kesihatan Sedunia.

Cadangan kesihatan dari seluruh dunia menggalakkan setiap individu agar mengurangkan pengambilan gula untuk mengekalkan berat badan yang ideal. Stevia dapat membantu usaha ini memandangkan ia merupakan pemanis semula jadi serta selamat yang tidak mengandungi kalori dan sesuai digunakan untuk seluruh ahli keluarga. Gula stevia merupakan ekstrak tumbuhan yang telah digunakan di seluruh dunia sebagai pengganti gula semula jadi selama beberapa abad lamanya, manakala penggunaan ekstrak stevia dengan ketulenan tinggi ini adalah selamat untuk manusia serta telah diperakui menerusi kajian semula setara yang teliti.

Bagi mendapatkan maklumat lanjut tentang stevia, sila layari The Global Stevia Institute di www.globalsteviainstitute.com.

Bagi mendapatkan maklumat lanjut tentang kaedah untuk mengurangkan gula dan kalori dalam makanan serta minuman, sila hubungi PureCircle di info.asia@purecircle.com

The Global Stevia Institute (GSI) turut menyediakan maklumat berasaskan sains tentang stevia, pemanis semula jadi yang tidak mengandungi kalori. GSI mendapat pemantauan daripada lembaga antarabangsa yang terdiri daripada ahli sains dan ahli profesional kesihatan yang menerajui. GSI turut mendapat sokongan daripada PureCircle, Ltd, peneraju global dalam pengeluaran ekstrak daun stevia tulen. Bagi maklumat lanjut, sila layari www.globalsteviainstitute.com

SUMBER: The Global Stevia Institute (GSI)

Source: The Global Stevia Institute (GSI)
Keywords: Food/Beverages Health Care/Hospital Trade show news