omniture

PacketFabric dan Unitas Global Menyelesaikan Penggabungan

PacketFabric
2023-03-31 19:31

Mewujudkan peneraju dalam rangkaian yang ditakrifkan perisian dan boleh diprogramkan sepenuhnya daripada 'Edge to Everywhere'

CULVER CITY, California, 31 Mac 2023 /PRNewswire/ -- PacketFabric dan Unitas Global, penyedia perkhidmatan rangkaian perusahaan terkemuka, hari ini mengumumkan penggabungan kedua-dua buah syarikat yang telah selesai. 

Melalui penggabungan ini, PacketFabric menjadi penyedia Rangkaian sebagai Perkhidmatan (NaaS) utama yang menawarkan pelbagai keupayaan pengangkutan awam dan swasta yang luas untuk perusahaan, saluran global dan rakan kongsi teknologi.

Automasi PacketFabric membolehkan perusahaan mereka bentuk dan mengawal seni bina komunikasi mereka sendiri; tanpa menanggung kewajipan pemilikan, pengurusan dan pengendalian bagi mana-mana bahagian rangkaian mereka. 

  • PacketFabric Converge™ menyusun ketersambungan TruNaaS™ atas permintaan di seluruh kemudahan kolokasi, penyedia awan dan kesalinghubungan rangkaian persendirian di seluruh dunia. Keupayaan Edge to Everywhere memperluas ketersambungan TruNaaS™ ke lokasi pinggir perusahaan dengan keupayaan pemprosesan data yang teragih.
  • Automasi PacketFabric Nexus™ memperluas ketangkasan dan fleksibiliti ke dalam akses dan perkhidmatan rangkaian awam yang terkemuka dalam industri, membolehkan perniagaan memanfaatkan pengalaman Internet perniagaan berprestasi terbaik yang dihasilkan oleh rangkaian Reach™ global kami, On-Ramp™ Perisian sebagai Perkhidmatan, perangkai padan persendirian yang luas dan MIRO™, teknologi pengoptimuman laluan.

Keupayaan dan jangkauan baharu PacketFabric memperluas tawaran NaaS di luar lokasi perhubungan awan awam dan Saling Hubungan Pusat Data (DCI) serta mewujudkan Internet yang boleh diprogramkan sepenuhnya untuk perusahaan; daripada Edge to Everywhere. PacketFabric merupakan Internet perniagaan yang ditentukan perisian.

Strategi ini didorong oleh Digital Alpha Advisors, LLC yang telah melabur dan memperoleh aset-aset ini berdasarkan maklum balas pelanggan dan pasaran bagi mewujudkan platform strategik yang terkemuka dalam industri ini.

Tentang PacketFabric
PacketFabric adalah satu-satunya penyedia TruNaaS™ (Rangkaian sebagai Perisian). Kami bersemangat untuk menyediakan Internet yang boleh diakses, fleksibel dan boleh diprogramkan sepenuhnya yang dapat memperkasakan para pengguna dan perniagaan di seluruh dunia. Bagi mereka yang mendambakan kemudahan, keselamatan dan automasi penyelesaian perisian yang canggih, PacketFabric menghasilkan platform dipacu API dengan akses awan destinasi akhir dan kesalinghubungan Internet, semuanya berasaskan permintaan. PacketFabric berjanji untuk memberikan ketersambungan rangkaian yang tiada tandingan, yang bersifat dinamik sebagaimana dunia hari ini dan amat boleh dipercayai. Kami merupakan inovator yang menggabungkan inspirasi daripada pelanggan dan rakan kongsi kami sambil menghubungkan pinggir rangkaian ke mana-mana sahaja. Untuk maklumat lanjut, sila layari www.packetfabric.com.

Tentang Digital Alpha Advisors, LLC 
Digital Alpha Advisors, LLC merupakan sebuah firma pelaburan yang memberi tumpuan kepada infrastruktur digital yang diperlukan oleh ekonomi digital yang berkembang pesat, dengan jumlah aset di bawah pengurusannya melebihi $1.5 bilion. Firma ini mempunyai perjanjian kerjasama strategik dengan Cisco Systems, Inc. dan telah bekerjasama dengan firma-firma Silicon Valley terkemuka yang lain. Digital Alpha percaya bahawa ia merupakan firma pertama yang memberi tumpuan terhadap pelaburan ekuiti swasta dalam peluang pertumbuhan penting yang diperlukan untuk menyokong Ekonomi Digital, termasuk rangkaian komunikasi generasi seterusnya, platform IoT untuk infrastruktur bandar dan platform pengurusan data berasaskan awan. Digital Alpha telah ditubuhkan pada tahun 2017 oleh Rick Shrotri, mantan Ketua Pasukan Global Infrastructure Funds (GIF) di Cisco dan menutup Dana terbaharunya – Digital Alpha Fund II, LP – pada awal tahun 2021. Untuk maklumat lanjut, sila layari www.digitalalpha.net.

Hubungan Media: marketing@packetfabric.com 

Logo - https://mma.prnasia.com/media2/1558198/3962041/PacketFabric_Logo.jpg?p=medium600

 

 

Source: PacketFabric
Keywords: Computer Networks Computer Software Computer/Electronics Telecommunications Acquisitions, mergers, takeovers