omniture

Dr. Pradeep Sethi daripada Eugenix Hair Sciences dilantik sebagai Pengarah Saintifik di Bengkel World FUE Institute 2023 kali ke-6 yang berprestij di Thailand

Eugenix Hair Sciences
2023-03-31 21:49

India sedang meniti kejayaan sebagai ibu kota Transplan Rambut global

BANGKOK, 31 Mac 2023 /PRNewswire/ -- Keguguran rambut merupakan masalah biasa yang menjejaskan berjuta-juta orang di seluruh dunia. Kemajuan teknologi dan perubatan telah menjadikan pemulihan rambut sebagai suatu pilihan yang boleh dilaksanakan oleh kebanyakan orang. Eugenix Hair Sciences telah menyumbang kepada kumpulan pengetahuan dan spektrum inovasi Industri Transplan Rambut secara konsisten dan semakin diiktiraf dalam forum & bengkel antarabangsa terkemuka yang dianjurkan di seluruh dunia. Sehubungan itu, persatuan Transplan Rambut India amat berbangga menyaksikan detik-detik apabila pasangan doktor yang sangat berbakat, Dr. Pradeep Sethi & Dr. Arika Bansal, masing-masing dilantik sebagai Pengarah Saintifik dan Pengarah Fakulti di bengkel World FUE Institute 2023 global yang berprestij di Bangkok, Thailand.

Dr. Pradeep Sethi, Chairman , Eugenix Hair Sciences & Dr. Arika Bansal, Managing Director, Eugenix Hair Sciences
Dr. Pradeep Sethi, Chairman , Eugenix Hair Sciences & Dr. Arika Bansal, Managing Director, Eugenix Hair Sciences

Bengkel selama tiga hari (30 Mac hingga 1 April) yang dihadiri oleh lebih 60 orang doktor terbaik dari seluruh dunia ini memaparkan pembedahan secara langsung berserta demonstrasi pada patung, kandungan bertaraf dunia tentang bagaimana pakar bedah yang berlainan melakukan pembedahan dan inilah yang menyebabkan bakat terbaik di seluruh dunia menghadiri Persidangan Tahunan WFI kali ke-6 ini di Bangkok, Thailand.

Eugenix Hair Sciences menarik lebih 125 orang pesakit Antarabangsa setiap bulan untuk melakukan transplan rambut. Para pesakit ini bukan sahaja berpuas hati dengan kemahiran perubatan mereka serta gabungan seni kreatif yang dapat menentukan alur rerambut dan hasilnya yang kelihatan semula jadi, malah hospitaliti keseluruhan pasukan di Eugenix.

Kata Dr. Pradeep Sethi daripada Eugenix Hair Sciences, salah seorang pakar bedah transplan rambut terkemuka di dunia yang juga diiktiraf di peringkat Antarabangsa, "Berinovasi dan mengejar kecemerlangan adalah asas bagi nilai-nilai teras Eugenix Hair Sciences. Banyak penyelidikan yang perlu dilakukan sebelum anda melaksanakan prosedur perubatan. Dan menilai pengalaman, akreditasi serta kecekapan pakar bedah merupakan faktor penting yang perlu dipertimbangkan."

Tentang Eugenix Hair Sciences

Berkembang di bawah pimpinan para doktor dengan visi yang mendalam untuk meningkatkan kehidupan masyarakat, Eugenix merupakan salah sebuah klinik pemulihan rambut yang terkemuka di India yang menawarkan teknik Transplan Rambut Secara Langsung (DHT) yang terkini. Kedua-dua pakar bedah yang berpengalaman ini terkenal dengan pembedahan transplan rambut dengan piawaian antarabangsa yang tiada tandingan. Dengan para pelanggan kelas atasan yang mempercayai prosedur transplan rambut yang canggih di Eugenix, klinik ini telah berkembang dengan amat pantas sejak ditubuhkan pada tahun 2010. Hari ini, ia berbangga kerana telah memberikan hasil yang memuaskan kepada lebih 15,000 orang pesakit dan merawat lebih 1,800 kes botak gred 6/7. 

Pautan - https://www.eugenixhair.com/

Foto: https://mma.prnewswire.com/media/2045071/Dr_Pradeep_Dr_Arika.jpg

Source: Eugenix Hair Sciences
Keywords: Computer/Electronics Cosmetics & Personal Care Health Care/Hospital Household/Consumer/Cosmetics Medical/Pharmaceuticals Personnel announcements