KAHERAH, 11 Mac 2014 /PRNewswire/ -- Di bawah titah Yang Amat Mulia Tuanku Sheikh Mohammed bin Zayed Al Nahyan & dengan kehadiran Tuan yang Terutama Marsyal Lapangan Abdel Fattah Al Sisi
Arabtec Holding PJSC (Arabtec), Kumpulan kejuruteraan dan pembinaan yang menerajui dan mengkhusus dalam projek kompleks di rantau Timur Tengah dan Afrika Utara, hari ini mengumumkan yang ia telah menandatangani memorandum persefahaman (MoU) dengan Kementerian Pertahanan dan Pengeluaran Ketenteraan bagi pihak kerajaan Republik Arab Mesir bagi memajukan dan turut membina satu juta unit perumahan kos pertengahan di pelbagai lokasi merentasi Mesir.
(Foto: http://photos.prnewswire.com/prnh/20140309/674059-a )
(Foto: http://photos.prnewswire.com/prnh/20140309/674059-b )
(Foto: http://photos.prnewswire.com/prnh/20140309/674059-c )
(Foto: http://photos.prnewswire.com/prnh/20140309/674059-d )
(Foto: http://photos.prnewswire.com/prnh/20140309/674059-e )
(Foto: http://photos.prnewswire.com/prnh/20140309/674059-f )
(Foto: http://photos.prnewswire.com/prnh/20140309/674059-g )
(Foto: http://photos.prnewswire.com/prnh/20140309/674059-h )
Persetujuan itu dimuktamadkan pada hari ini dalam acara yang dihadiri oleh Marsyal Lapangan Abdel Fattah Al-Sisi, Timbalan Perdana Menteri, Menteri Pertahanan dan Panglima Besar Angkatan Bersenjata, serta beberapa pegawai kanan, dan juga Hasan Abdullah Ismaik, Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Arabtec Holding serta beberapa eksekutif kanan Arabtec.
Ismaik memuji usaha berterusan UAE, di bawah kepimpinan Yang Amat Mulia Tuanku Sheikh Khalifa bin Zayed Al Nahyan, presiden Emiriah Arab Bersatu dalam menyokong saudara mereka di Mesir. "Projek semasa ini," titah baginda, "banyak terhutang budi kepada Yang Amat Mulia Jeneral Sheikh Mohamed bin Zayed Al Nahyan, Putera Mahkota Abu Dhabi dan Timbalan Pemerintah Tertinggi Angkatan Bersenjata UAE, yang telah berbesar hati mengerahkan semua usaha dalam merangsang sokongan untuk saudara kami di Mesir melalui pelbagai inisiatif kemanusiaan, ekonomi serta sosial."
Sebagai sebahagian daripada memorandum itu, syarikat subsidiari Arabtec Holding akan memajukan dan turut membina satu juta unit perumahan di tiga belas lokasi merentasi Mesir. Ini adalah sejajar dengan usaha oleh pihak berkuasa Mesir bagi menyediakan perumahan mampu milik untuk orang Mesir, sebagai sebahagian daripada usaha untuk mengurangkan defisit perumahan hasil daripada pertumbuhan populasi negara itu.
Projek inilah yang terbesar seumpamanya di Rantau itu, dengan nilai pembangunan keseluruhan sebanyak EGP280 bilion (USD 40 bilion). Melalui pemajuan ini, jutaan rakyat Mesir akan mempunyai akses kepada komuniti yang serba lengkap, dengan kemudahan awam seperti sekolah, hospital, taman dan juga tempat beribadat.
Arabtec Real Estate, syarikat subsidiari yang baru dibentuk oleh Arabtec Holding, bakal melaksanakan pembangunan projek ini, yang akan dimajukan secara berfasa sepanjang tempoh lima tahun. Projek inilah yang pertama dalam siri projek yang Arabtec Holding rancang untuk laksanakan sebagai sebahagian daripada usahanya bagi memperluas kehadirannya di Mesir. Arabtec Egypt for Construction, syarikat subsidiari Arabtec Holding, bakal melaksanakan kerja pembinaan untuk projek ini yang dijangka akan mencipta lebih satu juta peluang perniagaan untuk rakyat Mesir.
Pembangunan ini sebahagian besarnya akan dibiayai oleh sebilangan bank Mesir dan asing. Semua bank ini sudah menyatakan minat bagi menyediakan pelbagai penyelesaian pembiayaan mampu milik yang akan menarik minat keratan rentas yang luas daripada populasi Mesir dan termasuklah pembayaran semula jangka panjang sehingga 20 tahun.
Komuniti perumahan yang akan dibangunkan di dalam 13 lokasi di beberapa kawasan naungan kerajaan dengan jumlah keluasan tanah keseluruhan melebihi 160 juta meter persegi, dengan 149 juta meter persegi daripada keluasan ini berada di kawasan naungan kerajaan Kaherah (Al-Obour, ke-10 daripada Ramadan, Badr, dan juga Al Ikhlas). Selainnya dibahagikan antara kawasan naungan kerajaan Alexandria (Bandar Burj Al Arab - 964,000 meter persegi); Maanoufiyah (Bandar Sadat - 2,880,000 meter persegi); Fayyoum (Bandar Baharu Fayyoum - 2,200,000 meter persegi); Bani Suwaif (Bandar Baharu Bani Suwaif - 864,000 meter persegi); Al Menyah (Bandar Baharu Al Menya - 1,640,000 meter persegi); Asyout (Bandar Baharu Asyout - 900,000 meter persegi); Souhag (Bandar Baharu Souhag - 1,160,000 meter persegi) Qana (Bandar Baharu Qana - 264,000 meter persegi); serta Luxur (Bandar Baharu Taybeh - 328,000 meter persegi). Kawasan terbina keseluruhan untuk semua komuniti ini akan melebihi 5 juta meter persegi.
Hasan Abdullah Ismaik, Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Arabtec Holding memberi komen: "Mesir dipandang tinggi oleh para pemimpin dan juga warga UAE. Kedua-dua negara ini dihubungkan bersama dengan ikatan persaudaraan dan persahabatan yang kaya dengan sejarah. Kami di Arabtec sangat berbesar hati dapat menyertai usaha kerajaan UAE yang disasarkan untuk mengukuhkan lagi ikatan dua hala ini. Projek bersejarah ini, yang terbesar seumpamanya di Rantau ini, akan menjadi perangsang yang besar untuk ekonomi Mesir yang akan membantu memperbaiki standard kehidupan warga Mesir."
"Kami percaya ekonomi Mesir bersedia untuk pemulihan yang signifikan, terutamanya dengan dasar kerajaan semasa yang bermatlamat untuk menggalakkan pelaburan dalam sektor pembangunan harta tanah. Pasaran Mesir mempunyai potensi yang tinggi, terutamanya dalam sektor perumahan mampu milik, maka kami bertekad untuk mengambil kesempatan ke atas semua peluang ini dengan melancarkan beberapa projek yang akan membantu memenuhi permintaan yang semakin meningkat untuk unit perumahan di Mesir," kata Ismaik lagi.
"Projek yang besar ini merupakan usaha sulung besar-besaran oleh Arabtec Real Estate di Mesir dan Rantau ini. Ini mewakili titik persimpangan bersejarah dalam usaha kami bagi memajukan syarikat ini agar menjadi salah satu kumpulan pegangan yang menerajui di rantau ini, yang sudah tentunya akan memberi manfaat yang mampan untuk para pemegang saham kami. Kami sangat yakin dengan kebolehan rakyat Mesir untuk membina negara yang moden dan kami akan berusaha sedaya-upaya bagi menyokong ekonomi Mesir, lalu mencipta peluang pekerjaan tambahan untuk belia Mesir dalam projek kami di Mesir dan di luar negara," simpul Ismaik.
Kerja pembinaan dijadualkan akan bermula pada suku ketiga tahun ini. Kumpulan unit yang pertama bakal disiapkan pada awal tahun 2017 sementara penyiapan terakhir semua unit akan dicapai sebelum tahun 2020. Arabtec dan pihak berkuasa Mesir berada dalam peringkat terakhir untuk menandatangani persetujuan muktamad, termasuk mekanisme untuk pelaksanaan semua projek itu.
Nota untuk editor
Latar belakang Arabtec Holding
Kumpulan kejuruteraan dan pembinaan yang menerajui dan mengkhusus dalam projek kompleks di rantau Timur Tengah dan Afrika Utara, termasuk pembangunan komersil dan perumahan bertingkat, infrastruktur serta minyak dan gas.
Senarai projek yang berjaya disiapkan oleh kumpulan yang berpusat di UAE itu termasuklah bangunan ikonik seperti bangunan tertinggi di dunia, Burj Khalifa di Dubai dan juga mercu tanda Abu Dhabi, Hotel Emirates Palace, serta usaha lain yang mencabar daripada segi teknikal untuk lapangan terbang dan infrastruktur berkaitan.
Arabtec merupakan firma pembinaan swasta pertama yang disenarai awam apabila ia disenaraikan dalam Pasaran Kewangan Dubai pada tahun 2005. Hari ini, Arabtec Holding terdiri daripada banyak subsidiari, dengan pengkhususan yang merentasi semua segmen kitaran pembinaan. Kumpulan ini kini sedang mengusahakan beberapa projek yang paling berprestij di Timur Tengah, seperti Muzium Louvre di Abu Dhabi, dan sedang memperluas ke rantau lain. Kumpulan itu juga sedang meluaskan kehadiran dalam sektor minyak dan gas, kuasa serta infrastruktur berkaitan lain.
Komitmen serta rekod prestasi Arabtec yang mantap untuk penyiapan projek yang menepati masa dan berkesan kos telah menyumbang kepada pertumbuhan pantasnya dalam tahun-tahun kebelakangan ini dan reputasi untuk kualiti yang sering membawa kepada penetapan harga unggul yang dipacu pasaran untuk projek yang telah siap.
Bagi maklumat lanjut, sila lawati http://www.arabtecholding.com