![]() |
MONACO, 1 April 2023 /PRNewswire/ -- Dalam tempoh tiga tahun, Monegasque Venturi Group akan melakar kejayaan paling mengagumkan dalam sejarahnya: pada tahun 2026, perayau FLEX (singkatan bagi 'Flexible Logistics and Exploration') yang dihasilkan melalui kerjasama antarabangsa (lihat di bawah), akan dihantar ke Bulan. SpaceX, sebuah syarikat dari Amerika, bertanggungjawab untuk mengangkut perayau tersebut yang merupakan perayau terbesar dan paling berkebolehan dalam sejarah kenderaan bulan. SpaceX akan menggunakan sistem pelancaran dan pendaratan Starship miliknya untuk mengangkut FLEX ke permukaan bulan.
SEJARAH DAN PROGRAM
Pada tahun 2019, atas dorongan Presiden Venturi Group, Gildo Pastor, program perayau bulan elektrik telah mula dirancang dan kemudiannya direalisasikan. Sebuah entiti dari Switzerland, Venturi Lab S.A., telah ditubuhkan. Pada masa yang sama, kerjasama strategik turut dijalinkan dengan sebuah syarikat milik Amerika yang berpangkalan di Hawthorne, Los Angeles iaitu Venturi Astrolab, Inc (Astrolab).
Astrolab dan Venturi Lab bekerjasama dengan pangkalan terkemuka Venturi Group di Monaco. Ketiga-tiga syarikat ini bersama-sama mereka bentuk, membangunkan dan membina perayau FLEX.
Seawal tahun 2026, FLEX - yang dilepaskan oleh sistem pelancaran dan pendaratan Starship ke permukaan bulan - akan mula beroperasi. Ia akan menunjukkan kecekapan, keupayaan dan kapasiti untuk menjalankan eksperimen saintifik dan aktiviti komersial.
STRUKTUR DAN KEPAKARAN
Pasukan kolektif yang terlibat merangkumi para jurutera dan saintis daripada bidang mobiliti angkasa lepas, robotik darat dan planet, industri, pembangunan, penyelidikan teknologi canggih, mobiliti elektronik, sel bahan api dan bateri, simpanan hidrogen, bahan komposit dan proses pembuatan.
Setiap syarikat menyediakan kepakaran berikut:
Maklumat faktor manusia dan reka bentuk estetik perayau ini telah disumbang dan diilhamkan oleh pereka, Sacha Lakic. Lakic mempunyai sejarah kerjasama yang panjang dalam mereka bentuk kenderaan inovatif Venturi Group.
Hubungan Media:
Fabrice Brouwers
fbrouwers@venturi.com
Logo - https://mma.prnasia.com/media2/2045348/Venturi_avec_V_Logo.jpg?p=medium600