GENEVA, 11 Mac 2014 /PRNewswire/ -- Breva Genie 02 Air merupakan hasil gabungan kecanggihan mengagumkan milik jam tangan mekanikal yang direka indah bersama ciri praktikal yang didatangkan dengan altimeter berprestasi tinggi. Ini bermakna, jam tangan Genie 02 Air setia menemani anda untuk melakukan aktiviti luar kegemaran anda seperti paragliding, terbang di udara, terjun udara, mendaki gunung, meluncur mahupun menikmati kesegaran udara dan panorama yang indah di kawasan tinggi.
Bagi melihat Siaran Berita Multimedia, sila klik:
http://www.multivu.com/mnr/65030-breva-genie-02-air-spread-your-wings-and-soar
Mekanisme pergerakan proprietari dengan kemasan sempurna ini telah dihasilkan secara eksklusif untuk Breva oleh pembina mekanisme pergerakan yang memenangi anugerah, Jean-Francois Mojon (Chronode). Genie 02 Air adalah 100% buatan Switzerland, bermula daripada peringkat awal sehinggalah peringkat untuk merealisasikannya.
Bahagian dail jam tangan ini didominasi oleh subdail pada pukul 8 yang memaparkan jam dan minit serta subdail altimeter ketepatan pada pukul 2 yang memaparkan meter (atau kaki). Lengkungan pada bahagian atas dail tersebut merupakan penunjuk altitud berskala besar yang memaparkan sehingga 5,000 meter (atau 16,400 kaki) dengan saat kecil di bahagian bawah. Pada pukul 4 pula merupakan penunjuk simpanan kuasa selama 65 jam.
Hasil rekaan yang mengagumkan pada bahagian bawah dail pula ialah salah satu daripada dua kapsul aneroid yang mampu mengukur tekanan udara, dengan lengan berketepatan tinggi yang menggandakan pengembangan serta pengecutan kapsul tersebut sebanyak 200, di samping memungkinkan penggegantian tekanan udara untuk kedua-dua penunjuk altitud tersebut.
Tiga mahkota ukiran sevron yang memutarkan, menetapkan, menyesuaikan dan turut mengendalikan fungsi Genie 02:
Membalikkan Genie 02 Air membolehkan kerumitan mekanisme pergerakan komponen 415 ini dihargai dengan sepenuhnya. Mekanisme pergerakan ini juga dibingkaikan dengan nama kod bagi banyak lapangan terbang terkenal dunia, diukir di sekeliling perimeter bahagian bawah jam berserta altitud masing-masing di atas paras laut. GVA-430M-, HND-6M-; SYD-9M-; JFK/LHR-24M; SIN-7M; DXB-19M; HKG-9M; GYD-3M; CDG-119M; MIA-2M.
Jam tangan Genie 02 Air dengan titanium G5 ini ialah edisi terhad dengan 55 unit sahaja dan boleh didapati dengan kalibrasi meter atau kaki. Harga jualan bagi jam tangan ini bernilai 120,000 CHF.
Bagi maklumat lanjut, sila hubungi: info@breva-watch.com Tel.: +41-22-737-49-98
SUMBER Breva Watches