BUSHMILLS VILLAGE, Ireland Utara, 11 Mac 2014 /PRNewswire/ --
Fon kepala tong wiski kayu oak terbesar dunia dicipta bagi melancarkan pesta muzik dan wiski buatan tangan di Old Bushmills Distillery
Kugiran British baharu terkenal The 1975, yang telah menikmati peningkatan populariti secara mendadak dalam masa 12 bulan lepas, bersedia untuk meluangkan masa daripada jelajah dunia besar-besaran mereka bagi menjadi tarikan utama pesta Bushmills Live di persisiran utara Ireland pada 12 Jun 2014.
(Foto: http://photos.prnewswire.com/prnh/20140311/674152-a)
(Foto: http://photos.prnewswire.com/prnh/20140311/674152-b)
(Foto: http://photos.prnewswire.com/prnh/20140311/674152-c)
Empat sekawan dari Manchester itu, yang pernah menjadi kugiran sokongan The Rolling Stones dan MUSE, sedang mengikuti jelajah dunia yang menyaksikan mereka membuat persembahan besar-besaran di Australia, Jepun dan juga Amerika, serta di pentas yang lebih mesra dan tertutup di Old Bushmills Distillery.
Pada tahun ini, pesta itu, yang pernah dihiburkan dengan persembahan oleh Snow Patrol, Jake Bugg serta Of Monsters and Men, bakal menyaksikan 700 peminat wiski dan muzik dijemput ke tempat asal jenama itu pada 11 dan 12 Jun bagi menonton artis baharu dan juga artis ikonik berkongsi pentas bagi siri persembahan mesra dan tertutup di dalam bangunan lama, tempat seni penghasilan wiski telah disempurnakan selama ratusan tahun.
Matthew Healy, penyanyi utama The 1975 berkata: "Memandangkan kami tidak pernah membuat persembahan di dalam kilang membuat wiski sebelum ini, inilah kali pertama untuk kami. Kami pernah membuat persembahan di merata tempat tetapi apabila bermain muzik dalam pesta dan suasana yang begitu tersendiri seperti ini, pengalaman ini akan menjadi sangat istimewa."
Bagi meraikan pelancaran Bushmills Live 2014, pembuat wiski penggemar muzik di Old Bushmills Distillery telah bekerjasama dengan dua artisan tempatan bagi mencipta fon kepala tong wiski kayu oak yang terbesar di dunia bagi membolehkan para sahabat berkongsi muzik dengan cara yang tersendiri.
Dibuat menggunakan hampir satu dozen tong wiski, fon kepala itu akan tersergam setinggi 10 kaki dan akan membentuk hiasan tengah interaktif dengan muzik daripada artis Bushmills Live dari dahulu hingga sekarang dimainkan melalui fon kepala buatan tangan yang tersendiri itu. Para pengunjung pesta itu boleh duduk di antara fon kepala itu bagi menikmati kombinasi muzik dan wiski buatan tangan yang benar-benar tersendiri.
Ini adalah berikutan kerjasama yang berjaya antara Elijah Wood, pelakon terkenal di Hollywood, dengan rakan DJ dan kawan balik beliau, Zach Cowie, bagi mereka bentuk rangkaian fon kepala Grado Labs yang diperbuat daripada kayu Wiski Irish Bushmills pada bulan Disember.
Tiket yang "tidak ternilai harganya dalam wang ringgit" ini tidak akan dijual kepada khalayak umum. Sebaliknya, peminat wiski dan muzik boleh memenangi peluang untuk menyertai pesta ini dengan memasuki cabutan bertuah di http://www.facebook.com/bushmills. Kemasukan untuk cabutan bertuah ini akan dibuka pada hari Isnin, 17 Mac (Hari St. Patrick) pada pukul 4:08 petang waktu min Greenwich (GMT).
Ketua Penyuling Bushmills Irish Whiskey Colum Egan berkata: "Kami tidak sabar-sabar lagi mahu membuka pintu kilang wiski ini dengan seluas-luasnya dan mengalu-alukan rakan baharu dan lama untuk datang serta menikmati muzik dan juga wiski buatan tangan yang bakal dipersembahkan di Bushmills Live 2014.
"Inilah tarikan kemuncak bagi tahun kami. Muzik hebat serta wiski lazat, dinikmati secara berhemah antara rakan, melengkapi sesama sendiri dengan begitu indah sekali. Kami akan mengumumkan senarai persembahan penuh tidak lama lagi dan saya boleh janjikan kepada anda beberapa kejutan menggemparkan serta beberapa rakan lama yang turut kembali membuat persembahan."
Nota kepada Editor
Bushmills Live ialah pesta muzik tahunan yang menganjurkan persembahan artis ikonik serta artis baharu bagi siri persembahan mesra dan tertutup di dalam bangunan ratusan tahun lamanya di Old Bushmills Distillery yang penuh sejarah, tempat seni penghasilan wiski telah disempurnakan selama beberapa generasi yang lalu.
Pertandingan:
Pertandingan Facebook dibuka kepada orang ramai di:
Portugal, Jerman, Rusia, AS, Latvia, Estonia, Poland, United Kingdom, Republik Ireland.
Dari setiap negara, satu pemenang akan memenangi sepasang tiket bagi menghadiri Bushmills Live.
Ikuti perkembangan Bushmills di:
Facebook: http://www.facebook.com/bushmills
Twitter: @BushmillsGlobal
Latar belakang The 1975
The 1975 ialah kugiran muzik Inggeris genre rock alternatif/indie yang berasal dari Manchester. Kumpulan itu terdiri daripada Matthew Healy (vokal/gitar), Adam Hann (gitar), George Daniel (dram) serta Ross MacDonald (gitar bass).
Album sulung mereka yang bertajuk nama kumpulan mereka sendiri telah dilancarkan pada 2 September 2013 dan turut menduduki tangga teratas dalam Carta Album UK.
Latar belakang Bushmills Irish Whiskey
Bushmills Irish Whiskey dihasilkan dengan tangan dalam kumpulan kecil bagi rasa yang lembut nikmat di kilang wiski Ireland yang paling lama beroperasi di Co. Antrim, Ireland Utara. Portfolio Old Bushmills Distillery termasuklah tujuh varian yang memenangi anugerah: Bushmills, Bushmills Black Bush™, Single Malt 10 Tahun Bushmills, Single Malt 16 Tahun Bushmills, Single Malt 21 Tahun Bushmills, edisi ulang tahun kami, Bushmills 1608 dan juga Minuman Beralkohol Bushmills Irish Honey.
Latar belakang Diageo
Diageo ialah perniagaan minuman keras unggul yang menerajui di dunia dengan koleksi jenama minuman beralkohol yang luar biasa merentasi kategori minuman keras, wain dan juga bir. Jenama ini termasuklah Johnnie Walker, Crown Royal, J&B, Buchanan's, wiski Windsor dan Bushmills, Smirnoff, vodka CIroc dan Ketel One, Baileys, Captain Morgan, Tanqueray serta Guinness.
Diageo ialah syarikat global, dengan produknya terjual di lebih 180 negara di seluruh dunia. Syarikat itu tersenarai dalam kedua-dua Bursa Saham New York (DEO) serta Bursa Saham London (DGE). Bagi maklumat lanjut tentang Diageo, para kakitangannya dan jenamanya, lawati http://www.diageo.com. Bagi mendapatkan sumber global Diageo yang menggalakkan amalan minum secara berhemah melalui perkongsian alatan amalan terbaik, maklumat dan juga inisiatif, lawati http://www.DRINKiQ.com.
SUMBER Bushmills Irish Whiskey