omniture

Dunia Sambut Ulang Tahun ke-25 Web

World Wide Web Foundation and World Wide Web Consortium
2014-03-12 08:01 110

WASHINGTON, 12 Mac 2014 /PRNewswire/ --

Para pengguna Web seluruh dunia kongsi ucapan ulang tahun #web25 bagi menandakan hari Tim Berners-Lee mencipta Jaringan Sejagat

Pada hari ini, orang ramai mula menyertai pencipta Web Tim Berners-Lee bagi menyambut ulang tahun ke-25 Jaringan Sejagat. Setiap individu juga digalakkan untuk berkongsi ucapan ulang tahun menerusi media sosial menerusi #web25. Ucapan terpilih akan dipaparkan pada laman web ulang tahun rasmi di webat25.org.

(Logo: http://photos.prnewswire.com/prnh/20140312/674087-a)
(Foto: http://photos.prnewswire.com/prnh/20140312/674087-b)

Berners-Lee, Yayasan Jaringan Sejagat dan juga Konsortium Jaringan Sejagat meminta orang ramai untuk melindungi dan turut memperhebat Web terbuka pada tahun 2014. W3C akan mengumpulkan pakar di simposium berkaitan masa depan Web pada bulan Oktober (w3.org/20), manakala Yayasan Web pula akan mengetuai gerakan Web Pilihan Kami (webwewant.org), kempen global bagi memastikan perlindungan undang-undang terhadap hak pengguna Web di setiap negara.

Ketika beliau mengimbas kembali twit beliau pada Sukan Olimpik 2012, "Ini untuk Semua", Berners-Lee berkata:

"Berbilion pengguna Web ialah penyumbang penting kepada kejayaan ini. Saya berharap ramai individu akan menyertai saya pada hari ini bagi menyambut sambutan bersejarah ini. Saya juga berharap agar ulang tahun ini akan mencetuskan perbincangan global berkaitan keperluan kami untuk mempertahankan prinsip yang menjayakan Web ini serta mengenal potensi Web yang masih belum diterokai. Saya percaya kami dapat menghasilkan Web yang benar-benar sesuai untuk orang ramai: yang mampu diakses oleh semua daripada apa jua peranti dan boleh memperkasa setiap individu demi mencapai matlamat, hak dan juga potensi tersendiri. Kongsi impian anda terhadap Web ini menerusi #web25."

Web telah berjaya mengubah masyarakat dalam tempoh yang sangat singkat. Walau bagaimanapun, pelbagai cabaran turut menanti:

  • Bagaimanakah kita dapat menghubungkan tiga daripada lima individu dari seluruh dunia yang tidak berada dalam talian?
  • Apakah penyelesaian terkini dan menyeluruh yang mampu mengelakkan Web yang berpecah?
  • Keupayaan kami untuk menyuarakan dan turut menjaga kepentingan secara kolektif dalam talian diancam dengan masalah penapisan serta pengawasan, sementara setiap pengguna dalam talian terdedah kepada jenayah siber. Bagaimanakah kami dapat memenuhi keperluan terhadap kebebasan, privasi dan juga keselamatan dalam talian?
  • Pada peringkat global, kurang 10% set data kerajaan yang penting boleh digunakan semula secara bebas dalam talian dan ini menyekat inovasi yang diperkasa Web secara drastik. Bagaimanakah cara untuk memanfaatkan data terbuka?
  • Platform Web Terbuka mestilah mampu untuk berkembang agar dapat memenuhi permintaan industri bagi pelbagai peranti tersambung. Bagaimanakah kita dapat menangani cabaran yang timbul daripada kepelbagaian yang wujud itu?
  • Bagaimanakah kami dapat menggalakkan ekosistem inovasi beraneka dalam tempoh jangka panjang?

Sila:

  • Hantarkan ucapan ulang tahun menerusi #web25
  • Sertai Reddit AMA Tim Berners-Lee, 12 Mac, pukul 7 petang GMT (Waktu Min Greenwich)
  • Sertai Kempen Web Pilihan Kami (webwewant.org), yang dianjurkan bersama oleh Yayasan Web dan turut mengambil bahagian dalam acara serta aktiviti di negara atau komuniti anda untuk mempertahankan hak pengguna berkaitan Web
  • Hadiri atau tonton siaran langsung Simposium Ulang Tahun ke-20 W3C, pada 29 Oktober di Santa Clara, California, yang ditaja oleh Intel

Bagi maklumat lanjut, layari webat25.org, webfoundation.org atau w3.org.

SUMBER  Yayasan Jaringan Sejagat dan Konsortium Jaringan Sejagat

Source: World Wide Web Foundation and World Wide Web Consortium
Related Links:
Keywords: Internet Technology Multimedia/Online/Internet Web Site