omniture

Yayasan Altran untuk Inovasi Memberi Anugerah kepada Peranti Pintar untuk Mengangkut Organ Derma

Altran
2014-03-12 09:00 124

PARIS, 12 Mac 2014 /PRNewswire/ -- OrganOx™ metraTM  telah memenangi anugerah antarabangsa Yayasan Altran untuk Inovasi 2013. Sistem OrganOx metra, yang dibawakan oleh Altran UK[1], ialah peranti revolusioner yang telah dicipta bagi menyimpan hati dalam keadaan fisiologi bersesuaian selama hingga 24 jam. Inilah kemajuan besar jika dibandingkan dengan proses pendinginan konvensional yang kini digunakan untuk menyimpan organ. Peranti ini mendapat faedah daripada sokongan pasukan pakar Altran, yang akan menyediakan bantuan selama setahun untuk meningkatkan lagi prestasinya berkaitan dengan penyimpanan aktif serta pengangkutan organ untuk pembedahan pemindahan organ.

(Logo: http://photos.prnewswire.com/prnh/20130408/607421)
(Photo: http://photos.prnewswire.com/prnh/20140311/671676-INFO-UK)

metra menawarkan penyelesaian yang memastikan hati yang didermakan kekal hidup dengan mencipta semula fungsi penting tubuh badan manusia. Ini termasuklah mengawal atur aliran darah dan juga komposisi biokimia organ itu, sambil mengawal parameter lain seperti suhu, tekanan, pH serta kepekatan oksigen. Peranti ini turut mengekalkan peredaran cecair secara tetap dan memantau penghasilan hempedu, yang dianggap sebagai petunjuk penting bagi fungsi hati yang baik.

Sistem ini juga direka bagi mengambil kira kekangan pengangkutan, daripada segi kepantasan tindak balas terhadap perubahan dalam keadaan persekitaran serta pergerakan semasa pengangkutan, sambil memastikan semua keperluan keandalan yang ketat itu dipenuhi.

OrganOx ialah syarikat sampingan Universiti Oxford, dan baru-baru ini telah melengkapkan pengambilan untuk siri pertama pemindahan hati klinikal mereka sebagai sebahagian daripada kajian klinikal terkawal dan akan melancarkan produk ini secara komersil pada tahun 2014.

Sewaktu fasa pengkomersilan ini, Altran akan menyediakan kepakarannya dalam bidang penjagaan kesihatan dan juga sistem pintar bagi melanjutkan autonomi tenaga dan turut meningkatkan kebolehangkutan peranti ini. Lebih mengejutkan lagi, aktiviti Kumpulan ini dalam sektor aeronautik mungkin boleh membantu projek ini mendapatkan pensijilan syarat penerbangan yang diperlukan dan seterusnya mengusulkan pembangunan bagi menjamin keselamatan sistem ini.

Dalam segmen pemindahan hati sahaja, hampir 1,300 organ dibuang setiap tahun di Eropah dan AS. Kemajuan teknologi OrganOx metra, yang memungkinkan penyimpanan organ derma dalam keadaan fisiologi yang hampir sempurna, bakal membuka jalan untuk aplikasi lain, seperti pemindahan organ jenis lain serta jenis intervensi terapeutik yang baharu.

--------------------------------------------------

1. Lima peserta akhir serantau: Belgium, Sepanyol, Itali, Portugal, UK.

http://www.altran.com

Source: Altran
Related Links:
Keywords: Health Care/Hospital Medical Equipment Awards