omniture

CGTN: China, Singapura tingkatkan hubungan untuk kerjasama berkualiti lebih tinggi

CGTN
2023-04-03 19:30 220

BEIJING, 3 April 2023 /PRNewswire/ -- Perdana Menteri Singapura Lee Hsien Loong menyifatkan hubungan dua hala sebagai "sangat baik" dalam satu wawancara bersama China Media Group dua minggu lalu, sebelum memulakan lawatan rasmi beliau ke China.

Kemudian, sehari sebelum beliau menamatkan perjalanan selama seminggu beliau, kedua-dua negara ini meningkatkan hubungan mereka menjadi perkongsian "komprehensif, berkualiti tinggi dan berpandangan jauh", tatkala Presiden Cina Xi Jinping bertemu Lee di Dewan Besar Rakyat pada hari Jumaat.

Daripada negara-negara Asia Tenggara, Singapura terlibat secara paling mendalam menerusi pembaharuan dan keterbukaan China serta berkongsi integrasi kepentingan yang paling erat dengannya, kata Xi.

Beliau menambah bahawa China bersedia untuk mengukuhkan komunikasi strategik dan mencapai sinergi yang lebih besar antara strategi-strategi dengan pihak Singapura untuk menjadikan "kualiti tinggi" sebagai ciri khusus dalam kerjasama antara kedua-dua negara ini.

Hubungan sebagai model rantau

China dan Singapura menikmati hubungan ekonomi yang semakin meluas dan mendalam. Dari tahun 2013 hingga 2021, China telah menjadi rakan dagangan terbesar Singapura selama sembilan tahun berturut-turut. Singapura terus mengekalkan kedudukannya sebagai sumber modal asing terbesar di China untuk tahun ke-10 berturut-turut pada tahun 2022.

Dari Januari hingga Februari 2023, jumlah volum import dan eksport China serta Singapura mencecah $19.5 bilion, meningkat 37.6 peratus berbanding tahun sebelumnya, menurut data daripada Kementerian Perdagangan China.

Di samping itu, Singapura merupakan negara pertama seumpamanya antara sepuluh anggota Persatuan Negara-negara Asia Tengara (ASEAN) yang menyokong secara terbuka Inisiatif Jalur dan Jalan (BRI) yang dicadangkan oleh China dan ia juga merupakan ahli kumpulan Rakan Inisiatif Pembangunan Global (GDI).

Sebuah projek mercu tanda kerjasama BRI yang berkualiti tinggi antara China dan Singapura, Koridor Perdagangan Darat-Laut Antarabangsa Baharu menyaksikan 107,000 kontena TEU diangkut oleh kereta api pengangkut antara mod rel-laut setakat 23 Februari tahun ini, meningkat 9.25 peratus berbanding tahun sebelumnya.

Semasa rundingan pada hari Jumaat, Xi memuji China dan Singapura sebagai rakan-rakan kongsi yang penting, menyifatkan hubungan berkenaan sebagai "berpandangan ke hadapan, strategik dan boleh diteladani."

Itu bukan sahaja membantu memajukan penggiatan semula pembangunan setiap negara, tetapi turut berperanan sebagai model untuk negara-negara di rantau ini, kata presiden Cina.

China bersedia untuk mengukuhkan pembinaan koridor bersama Singapura, janji Xi. Usaha harus dilakukan untuk memperdalam pendigitalan, transformasi hijau dan kerjasama pihak ketiga serta menggalakkan pertukaran sesama rakyat antara kedua-dua negara ini, tambah beliau.

Bagi pihak beliau, Lee menyatakan keyakinan terhadap kevitalan dan kebingkasan ekonomi China, mengulangi pesanan yang diketengahkan oleh beliau semasa berucap di persidangan tahunan Forum Boao untuk Asia (BFA) pada hari Khamis.

Singapura dan negara-negara jiran yang lain berharap dapat mempereratkan lagi hubungan ekonomi bersama China, kata beliau.

Dividen kedamaian

Asia telah dipuji sebagai "titik terang dalam landskap ekonomi global yang suram" sementara tadbir urus ekonomi global telah memasuki "detik Asia," menurut laporan terkini yang dikeluarkan oleh BFA.

Kadar pertumbuhan KDNK sebenar berwajaran Asia pada tahun 2023 dianggarkan mencapai 4.5 peratus, satu peningkatan daripada 4.2 peratus pada tahun 2022, menurut laporan berkenaan, menambah bahawa rantau ini dijangka mempercepatkan kadar pertumbuhan ekonomi keseluruhan.

Semasa perbincangan bersama pemimpin Singapura, Xi mengaitkan momentum yang begitu baik di rantau ini kepada laluan pembangunan dengan ciri-ciri Asia yang menampilkan nilai kemerdekaan, saling hormat-menghormati, kesaksamaan dan faedah bersama, keterbukaan dan keterangkuman serta kerjasama yang saling menguntungkan.

Dengan latar belakang untuk mempercepatkan perubahan dunia yang tidak dapat dilihat dalam seabad, negara-negara serantau harus menghargai momentum pembangunan yang sukar dicapai untuk menjaga secara bersama dividen kedamaian di rantau ini, kata beliau.

Xi menggesa usaha untuk mengekalkan hala tuju integrasi ekonomi dan serantau yang tepat dan menolak percubaan untuk mendesak "penyahgandingan dan pemutusan rantaian bekalan."

"Tiada negara yang harus dibenarkan merampas hak rakyat Asia untuk mengejar kehidupan yang lebih baik dan lebih bahagia," kata presiden Cina.

Singapura percaya bahawa negara-negara harus saling menghormati, wujud bersama dengan aman, bekerjasama demi manfaat bersama, mengelakkan konflik serta saling bekerjasama untuk menangani risiko dan cabaran, kata Lee.

Walaupun terdapat persaingan antara negara-negara, ia haruslah berasaskan kepada rasa hormat serta percaya dan tidak seharusnya ada yang memilih untuk berpihak-pihak, kata beliau.

Apabila melibatkan persoalan Taiwan, Lee menegaskan bahawa hampir semua negara di dunia mengakui bahawa hanya terdapat satu China di dunia dan membina hubungan kerjasama yang mesra dengan China atas dasar satu-China.

Persoalan Taiwan ialah hal ehwal dalaman China dan gembar-gembur "Ukraine hari ini, Taiwan hari esok" akan membawa akibat yang tidak dapat diramal dan teruk, seperti yang diberi amaran oleh perdana menteri Singapura.

https://news.cgtn.com/news/2023-03-31/Xi-Jinping-meets-Singaporean-prime-minister-1iCPhk5YmVG/index.html

Source: CGTN
Keywords: Computer/Electronics Multimedia/Online/Internet Publishing/Information Service Advocacy Group Opinion