Tiens memfokuskan kepada pasaran global dengan berinteraksi bersama rakan-rakan sehaluan dari empat pelosok dunia
BOAO, China, 4 April 2023 /PRNewswire/ -- Persidangan Tahunan Forum Boao untuk Asia (BFA) 2023 yang amat dinanti-nantikan dan bertema "Dunia yang Tidak Pasti: Solidariti dan Kerjasama untuk Pembangunan di tengah-tengah Cabaran," dimulakan di Boao, China pada 28-31 Mac. Sebagai ahli platinum kanan BFA, Li Jinyuan, Pengerusi Lembaga Pengarah Tiens Group, penjual langsung produk penjagaan kesihatan, dijemput untuk berucap di forum berkenaan oleh jawatankuasa penganjur.
Persidangan pada tahun ini memfokuskan kepada kerjasama serantau di Asia, keneutralan karbon, tenaga hijau, perubahan iklim dan ekonomi digital. Menonjolkan peranan Forum Boao sebagai platform untuk pertukaran dan kerjasama antarabangsa, Tiens Group mengambil bahagian dalam perbincangan, berkongsi kisah firma sambil mendengar idea dan pandangan terkini dan berinteraksi bersama rakan-rakan industri.
"Sebagai penyedia multinasional bagi produk penjagaan kesihatan berpangkalan di China dengan rekod prestasi selama 28 tahun dalam pembangunan antarabangsa, Tiens Group telah memimpin dalam menyokong inisiatif 'Jalur dan Jalan' China, sebagai sarana untuk memahami dan merebut peluang dalam pasaran global," kata En. Li. "Tiens Group yakin dalam mengumpul sumber bersama rakan-rakan kongsi agar semua peserta menjadi pemenang biarpun dengan cabaran yang harus ditangani secara bersama semasa proses tersebut."
Semasa acara selama empat hari itu, En. Li terlibat dalam perbualan yang bermakna bersama ramai jemputan, termasuk pengerusi BFA Ban Ki-moon serta naib pengerusi BFA dan ketua perwakilan untuk China Zhou Xiaochuan, bertukar-tukar idea dan berkongsi pengalaman kejayaan Tiens bersama mereka.
Semasa berlangsungnya forum tersebut, En. Li ditemu bual oleh wartawan daripada Hainan Daily, Qiongdao TV dan beberapa organisasi media yang lain. Pesanan utama yang disampaikan oleh beliau semasa temu bual tersebut: "Tiens bersedia memanfaatkan sepenuhnya kelebihannya sendiri. Syarikat ini sentiasa berpegang kepada misi untuk memastikan orang ramai sihat dan berkhidmat untuk masyarakat dengan mantra 'menjadikan hidup lebih sihat, lebih bahagia, lebih kaya dan lebih baik'. Tiens sedang dalam proses untuk menaik taraf setiap tahap dalam proses aliran kerjanya untuk beradaptasi kepada industri global serta rantaian bekalan yang semakin berkembang dan dengan berbuat demikian, menyumbang kepada pewujudan dan pertumbuhan aliran dagangan baharu baik di seluruh Asia mahupun di dunia.'"
Tiens Group telah membuka pejabat di 110 negara, dengan kehadiran di 224 negara dan wilayah, menawarkan perkhidmatan kepada hampir 50 juta isi rumah, mencipta berpuluh-puluh juta peluang pekerjaan dan keusahawanan di seluruh dunia. Syarikat ini telah memberi sumbangan penting untuk meningkatkan kualiti hidup serta kesihatan fizikal dan mental beratus-ratus juta orang.
Memandang ke hadapan, Tiens Group merancang untuk terus memanfaatkan platform dan saluran globalisasinya yang kukuh serta pengaruh jenamanya yang luas, dengan tumpuan untuk meningkatkan pelaburan dan kehadiran di negara-negara yang disasarkan oleh Inisiatif Jalur dan Jalan kerajaan China dan membina rantaian bekalan, perindustrian, data dan bakat global, dengan matlamat akhir untuk mencapai pertumbuhan yang seimbang dan dipercepatkan.