omniture

Xinhua Silk Road: Majlis pelancaran melihat peony Festival Budaya Peony ke-40 Luoyang bermula di Henan, Tengah China

Xinhua Silk Road
2023-04-04 00:37 57

BEIJING, 4 April 2023 /PRNewswire/ -- Majlis pelancaran melihat bunga peony bagi Festival Budaya Peony ke-40 Luoyang, China, bermula pada 1 April di Luoyang, Wilayah Henan, tengah China, sebuah bandar dengan sejarah penanaman bunga peony selama 1,500 tahun lamanya.

Majlis tersebut merupakan sebuah perayaan besar-besaran yang ditampilkan oleh pertunjukan tayangan cahaya 3D dan pelbagai teknologi baru muncul, yang memberikan pengalaman imersif kepada khalayak. Dengan pentas utama dan empat sub-pentas, pelbagai jenis persembahan termasuk lagu dan tarian, opera Cina serta persembahan cerita rakyat warisan budaya tak ketara diintegrasikan ke dalam upacara tersebut untuk memaparkan ciri-ciri budaya, daya tarikan dan kemodenan Luoyang.

 

Dimaklumkan bahawa festival budaya bunga peony pada tahun ini akan diadakan mulai 8 hingga 23 April, manakala tempoh melihat bunga peony bermula pada 1 April dan berakhir pada 5 Mei.

Semasa berlangsungnya festival budaya bunga peony, aktiviti-aktiviti yang dirancang dengan baik yang membawakan pengalaman imersif, pelancongan dan teknologi baharu akan diadakan untuk meningkatkan populariti Luoyang dalam kalangan pelancong, menggalakkan penyepaduan mendalam antara industri budaya dan pelancongan serta meningkatkan penggunaan dari segi bentuk baharu dan juga senario baharu.

Bunga peony di Luoyang telahpun memulakan musim berbunga, baik di alam liar mahupun di taman peony. Selain itu, diketahui bahawa dengan teknologi penanaman yang canggih, orang ramai dapat menghargai bunga peony mekar sepanjang tahun.

Sebagai ciri yang penting untuk Luoyang, festival budaya bunga peony telahpun dianjurkan oleh bandar tersebut sejak tahun 1983.

Xinhua Silk Road: https://en.imsilkroad.com/p/333458.html

Foto diambil pada 1 April 2023 menunjukkan persembahan tarian di majlis pelancaran melihat bunga peony bagi Festival Budaya Peony ke-40 di Luoyang, China, diadakan di Luoyang, Wilayah Henan, bahagian tengah China.
Foto diambil pada 1 April 2023 menunjukkan persembahan tarian di majlis pelancaran melihat bunga peony bagi Festival Budaya Peony ke-40 di Luoyang, China, diadakan di Luoyang, Wilayah Henan, bahagian tengah China.

 

Source: Xinhua Silk Road
Keywords: Art Computer/Electronics Entertainment Publishing/Information Service Travel