omniture

Deloitte memperluas hubungan dengan SAP bagi menyediakan penyelesaian dan perkhidmatan perniagaan menyeluruh

Deloitte Touche Tohmatsu Limited
2014-03-12 23:00 391

-- Persetujuan VAR global dengan SAP membolehkan Deloitte untuk memperbanyakkan rangkaian tawarannya

NEW YORK, 12 Mac 2014 /PRNewswire/ -- Deloitte Touche Tohmatsu Limited (Deloitte Global) telah mengumumkan pada hari ini yang ia telah memperluas hubungannya dengan SAP AG (NYSE: SAP). Deloitte Global telah menandatangani persetujuan penjual nilai tambahan (VAR) global dengan SAP yang akan membenarkan firma ahli Deloitte yang turut serta untuk menjual semula produk SAP® serta perkhidmatan sokongan penyelenggaraan produk di bawah kerangka global yang tunggal. Hasilnya, firma ahli Deloitte yang turut serta akan mampu menawarkan penyelesaian perniagaan yang lebih lengkap termasuklah perisian SAP dan penyelenggaraan SAP, serta penyelesaian prakonfigurasi khusus industri, perkhidmatan pelaksanaan, dan juga perkhidmatan sokongan penyelenggaraan aplikasi.

Persetujuan baharu ini membolehkan firma ahli Deloitte yang turut serta untuk melesenkan tawaran perisian SAP secara terus kepada pelanggan, lalu membenarkan pelanggan di negara yang turut serta untuk memanfaatkan kuasa penyelesaian SAP melalui pembekal tunggal dalam satu urus niaga pakej. Deloitte ialah salah satu daripada sebilangan kecil Rakan Kongsi SAP yang menyertai program VAR global, yang mempunyai syarat kemasukan tertentu, termasuklah liputan global, kemampuan jualan semula dan juga perkhidmatan SAP.

"Terdapat arah aliran dalam pasaran yang menunjukkan para pelanggan sedang mencari pendekatan kreatif untuk mengurangkan kos pemilikan, memecut faedah dan turut mengekalkan kualiti tinggi melalui pelaksanaan penyelesaian SAP," kata Jan Waals, ketua SAP Practice di Deloitte Consulting LLP. "Penyertaan dalam program VAR global akan menyediakan cara tambahan untuk kami memenuhi semua keperluan baharu ini."

"Hubungan yang diperluaskan antara SAP dan Deloitte ini akan membolehkan firma ahli Deloitte yang turut serta untuk menyediakan nilai kepada para pelanggan," kata Kevin Gilroy, naib presiden kanan, Global Indirect Channels, SAP. "Persetujuan VAR global Deloitte Global dengan SAP akan membolehkan para pelanggan memanfaatkan kepakaran firma ahli Deloitte dalam pelaksanaan, penyelenggaraan dan sokongan penyelesaian SAP dengan cepat dan mudah."

Persetujuan VAR global Deloitte Global dengan SAP hadir sebagai tambahan kepada komitmen jangka panjangnya dengan SAP serta program perikatan strategiknya. Firma ahli Deloitte seluruh dunia yang dikhususkan terhadap penyelesaian SAP kini berjumlah sebanyak lebih 11,000 pengamal di lebih 135 negara. Sebagai bukti kemahiran Deloitte dalam penyelesaian SAP, Deloitte telah mendapat pelbagai pengiktirafan daripada SAP, termasuk menerima dua Anugerah Kecemerlangan Rakan Kongsi Amerika Utara SAP pada tahun 2013 bagi kategori "Perkhidmatan Sokongan Terbaik – Kualiti Teknikal" dan "Rakan Kongsi Perkhidmatan Terbaik – Industri Strategik." Tambahan lagi, Deloitte telah diiktiraf untuk kualiti teknikal dan juga kecemerlangan inovasi melalui anugerah SAP Pinnacle.

Latar belakang Deloitte
Deloitte merujuk kepada satu atau lebih Deloitte Touche Tohmatsu Limited, syarikat swasta berhad UK dengan jaminan ("DTTL"), rangkaiannya yang terdiri daripada firma ahli, dan juga entiti berkaitan. DTTL dan setiap satu firma ahlinya berasingan daripada segi undang-undang dan turut merupakan entiti bebas. DTTL (juga dirujuk sebagai "Deloitte Global") tidak menyediakan perkhidmatan kepada para pelanggan. Sila lihat www.deloitte.com/about untuk gambaran terperinci tentang DTTL dan firma ahlinya.

Deloitte menyediakan perkhidmatan audit, percukaian, perundingan dan khidmat nasihat kewangan kepada pelanggan awam dan swasta, merentasi pelbagai industri. Dengan rangkaian firma ahli yang terhubung secara global di lebih 150 negara, Deloitte membawakan kemampuan bertaraf dunia dan perkhidmatan berkualiti tinggi kepada pelanggannya, lalu memberikan maklumat yang mereka perlukan bagi menangani cabaran perniagaan mereka yang paling rumit. Deloitte mempunyai kira-kira 200,000 profesional, semuanya komited untuk menjadi standard kecemerlangan.

SAP dan semua logo SAP ialah tanda niaga atau tanda niaga berdaftar SAP AG di Jerman dan di beberapa negara lain. Semua nama produk dan perkhidmatan lain yang disebut ialah tanda niaga syarikat masing-masing.

Kenyataan Pandang ke Hadapan SAP
Sebarang kenyataan yang terkandung dalam dokumen ini yang bukan merupakan fakta kejadian masa lalu ialah kenyataan pandang ke hadapan seperti yang ditakrifkan dalam Akta Pembaharuan Litigasi Sekuriti Swasta A.S. 1995. Perkataan seperti "jangka", "percaya", "anggar", "harap", "ramal", "ingin", "mungkin", "rancang", "unjur", "patut" dan "akan" serta istilah serupa yang dinyatakan dengan kaitan bersama SAP bertujuan untuk mengenal pasti kenyataan pandang ke hadapan seperti yang telah disebutkan. SAP tidak menanggung sebarang tanggungjawab untuk mengemas kini atau menyemak semula secara umum sebarang kenyataan pandang ke hadapan. Semua kenyataan pandang ke hadapan adalah tertakluk kepada pelbagai risiko dan juga ketidakpastian yang boleh menyebabkan hasil sebenar benar-benar berbeza daripada yang dijangkakan. Faktor yang boleh memberi kesan kepada hasil kewangan masa hadapan SAP dibincangkan dengan lebih terperinci dalam pemfailan SAP bersama Suruhanjaya Sekuriti dan Bursa A.S. ("SEC"), termasuk Laporan Tahunan SAP yang paling terkini dalam Borang 20-F yang difailkan dengan SEC. Para pembaca diminta berhati-hati agar tidak meletakkan kebergantungan tidak berasas ke atas semua kenyataan pandang ke hadapan ini, yang hanya betul setakat tarikh ia dikeluarkan.

Source: Deloitte Touche Tohmatsu Limited
Related Stocks:
NYSE:SAP
Related Links:
Keywords: Publishing/Information Service New products/services