omniture

Hesco Berjaya dalam Prosiding WIPO Terhadap Peniru Dari China

HESCO Bastion Ltd
2014-03-12 23:00 207

LEEDS, England, 12 Mac 2014 /PRNewswire/ --

Hesco Bastion Limited, peneraju daripada segi reka bentuk dan pengeluaran penghalang letak atur yang pesat, telah berjaya dalam aduan yang dibuat kepada Pusat Timbang tara dan Pengantaraan Organisasi Harta Intelektual Sedunia (WIPO) berkaitan dengan salah laku penggunaan nama domain yang menggunakan tanda dagangan HESCO®. Aduan tersebut telah dibuat terhadap pengeluar China, Qiao Shi daripada Shijiazhuant, wilayah Hebei.

(Logo: http://photos.prnewswire.com/prnh/20140211/668231-a )

Hesco mengatakan nama domain laman web hesco.org dan hescobastion.org, yang didaftarkan oleh Qiao Shi tanpa kebenaran Hesco telah mengelirukan para pelayar Internet berkaitan pengeluar produk yang dijual olehnya serta kesahihan perniagaannya.

Hesco telah menghabiskan bertahun-tahun lamanya untuk membina reputasi global yang tiada tandingan daripada segi tindakan perlindungan pertahanan manakala tanda dagangan HESCO® telah didaftarkan di seluruh dunia. Seperti kebanyakan peneraju pasaran lain, Hesco turut menghadapi masalah peniruan yang menjatuhkan reputasinya dengan penjualan produk yang tidak dibenarkan di bawah jenamanya yang telah mendapat pengiktirafan pada peringkat antarabangsa.

Sir Ian Barker QC, Hakim terkenal yang telah bersara dari New Zealand, memainkan peranan sebagai ahli panel WIPO dan turut memihak secara sepenuhnya kepada Hesco. Beliau turut mengemukakan penilaian terhadap tindakan Qiao Shi dengan menyifatkan kes tersebut sebagai contoh yang jelas menyalahi undang-undang oleh individu yang menggunakan Internet bagi tujuan mencetak rompak barangan serta mendapatkan "keuntungan" daripada reputasi antarabangsa Hesco ini. Keputusan tersebut merangkumi perintah untuk memindahkan nama domain berkenaan kepada Hesco.

Michael Hughes, Ketua Pegawai Eksekutif Hesco Bastion Limited, mengulas:

"Kami amat berbangga dengan jenama dan reputasi Hesco serta kedudukan kami sebagai peneraju pasaran inovatif. Kami akan mengambil tindakan serius terhadap pelanggaran hak harta intelek kami dan kami juga mempunyai sejarah dalam mengambil tindakan terhadap pelaku terbabit seperti yang dilakukan terhadap Qiao Shi. Kami akan terus berusaha dengan gigih untuk mempertahankan hak harta intelek kami terhadap sesiapa sahaja yang mahu "menjana keuntungan" (menggunakan ungkapan Sir Ian Barker) daripada reputasi yang telah berjaya dibina selama beberapa tahun yang lalu."

Peguam cara Tim Bamford London, Collyer Bristow, yang telah memfailkan aduan bagi pihak Hesco mengulas:

"Perdagangan di Internet benar-benar merupakan aktiviti antarabangsa manakala kemampuan untuk menyelesaikan isu hak penggunaan IP yang menyalahi undang-undang dengan pantas serta boleh diakses menerusi badan seperti WIPO adalah amat penting. Inilah keadaannya terutamanya bagi kes yang melibatkan subjek aduan yang berdasarkan bidang kuasa yang 'sukar' secara tradisi bagi meneruskan tindakan undang-undang untuk membanteras penyalahgunaan IP. Kami amat gembira kerana Hesco mampu menyekat tindakan tidak bertanggungjawab tersebut menerusi prosedur aduan WIPO."

LATAR BELAKANG HESCO

Hesco merupakan peneraju daripada segi reka bentuk dan pengeluaran sistem penghalang letak atur yang pesat. Setelah ditubuhkan pada tahun 1991, Hesco telah membangunkan dan turut mengeluarkan unit Concertainer[TM] yang inovatif bagi tujuan perlindungan ketenteraan, perlindungan aset kritikal serta kawalan banjir untuk kegunaan seluruh dunia.

Sumber: HESCO Bastion Ltd

 

 

Source: HESCO Bastion Ltd
Keywords: Electronic Commerce Internet Technology Machine Tools, Metalworking and metallurgy Multimedia/Online/Internet Legal issues