omniture

Microsoft menyatakan pendirian tentang privasi pelajar dengan penyelesaian pendidikan terbaik dalam kategorinya

Microsoft Corp.
2014-03-12 23:39 221

-- Forum Global Tahunan Microsoft dalam Pendidikan di Barcelona dimulakan dengan momentum mantap untuk Windows 8 dan Office 365 dengan rakan kongsi kandungan penting.

BARCELONA, Sepanyol, 12 Mac 2014 /PRNewswire/ -- Microsoft Corp. pada hari Rabu telah merasmikan Forum Global Tahunan Microsoft dalam Pendidikan dengan memberi penekanan terhadap kepentingan privasi pelajar dan turut menegaskan semula komitmennya bagi membantu memastikan data pelajar tidak sesekali akan digunakan untuk tujuan pengiklanan dan pemasaran. Ucapan dasar pembukaan, yang disampaikan di hadapan para penonton sejumlah 1,100 orang, termasuk pendidik inovatif, pemimpin sekolah dan juga pegawai kerajaan dari hampir 100 negara, turut menyaksikan Microsoft mengetengahkan penyelesaian hujung ke hujung yang terbaik dalam kategorinya yang mementingkan kejayaan pelajar serta kesediaan untuk memasuki universiti dan dunia kerjaya.

Logo - http://photos.prnewswire.com/prnh/20000822/MSFTLOGO

"Kerisauan privasi sedang mengekang para pendidik daripada memanfaatkan sepenuhnya teknologi moden dan turut menyediakan para pelajar untuk berjaya di tempat kerja masa kini. Pada masa yang sama, banyak penyelesaian yang sedang digunakan di dalam bilik darjah merisikokan data pelajar secara tidak sengaja," kata Anthony Salcito, naib presiden, Worldwide Education, Microsoft. "Sektor swasta mempunyai tanggungjawab untuk memberi alat dan sumber kepada para pendidik, yang dapat mengilhamkan pembelajaran sebenar dan turut mempunyai impak sebenar, sambil memastikan privasi tidak menjadi penghalang bagi membawakan teknologi baharu serta inovatif ke dalam bilik darjah. Ini sebabnya Microsoft komited untuk mengambil setiap langkah yang mungkin bagi memastikan maklumat pelajar kekal selamat di seluruh dunia. Kami tidak akan, dalam apa-apa keadaan sekali pun, mengambil kesempatan ke atas data pelajar."

Teknologi Microsoft digunakan dalam 98 peratus sekolah seluruh dunia. Penyelesaian pendidikan hujung ke hujung syarikat itu menghapuskan risiko daripada pengaturan penggunaan teknologi terkini dan turut menyelesaikan cabaran para pendidik yang paling sukar merentasi bidang penting seperti yang berikut:

  • Produktiviti dan kreativiti. Microsoft Office 365 Education, alat komunikasi dan kolaborasi berkualiti syarikat yang boleh didapati dalam awan, kini digunakan oleh 110 juta pelajar, fakulti dan juga kakitangan. Perkhidmatan yang sentiasa dalam awan ini menjamin data pelajar tidak akan sesekali digunakan untuk pengiklanan. Student Advantage, yang boleh didapati secara percuma melalui institusi berkelayakan, termasuklah keseluruhan suite Office dan lebih 4 juta pelajar sudah pun mendapat Office 365 Professional Plus daripada sekolah mereka sejak ia dilancarkan pada bulan Disember 2013. Microsoft Office juga telah terbukti bernilai untuk para pelajar: kaji selidik IDC baru-baru ini mendapati kecekapan penggunaan Microsoft Office ialah antara 20 kemahiran terutama yang diperlukan bagi pekerjaan dengan gaji tinggi/peluang pertumbuhan tinggi.
  • Pencarian yang lebih selamat dan peribadi. Bing for Schools memastikan para pelajar tidak akan melihat paparan iklan apabila menggunakan Bing dan turut menambah baik privasi mereka dengan mengelakkan penggunaan data bagi mencipta profil iklan – semuanya tanpa menggugat pengalaman pencarian luar biasa yang diberikan. Tiada enjin gelintar utama lain yang boleh menjanjikan perkara yang sama.
  • Pengurusan. Windows Intune ialah perkhidmatan awan yang membenarkan para pentadbir IT sekolah menguruskan peranti Windows, Windows Phone, Android serta iOS yang terhubung dengan rangkaian mereka di Web, lalu menyingkirkan keperluan untuk memiliki setiap peranti atau untuk menggunakan pelayan yang ada di tempat itu.
  • Pembangunan profesional. Microsoft menawarkan sumber untuk melatih para guru tentang teknologi baharu, termasuk Rangkaian Partners in Learning yang boleh didapati hampir 1 juta pendidik seluruh dunia dan termasuklah pembangunan profesional dalam talian, tutorial kaedah, serta aktiviti pembelajaran yang dicipta oleh guru untuk guru.
  • Latihan teknologi. Akademi IT Microsoft menyediakan kemahiran teknologi peneraju industri kepada lebih 8.5 juta guru dan pelajar di 130 negara bagi membantu menghubungkan jurang antara kemahiran teknologi. Tambahan lagi, Microsoft telah membantu para pendidik seluruh dunia untuk berjaya menyepadukan teknologi ke dalam bilik darjah bagi menambah baik pengalaman pembelajaran untuk para pelajar mereka melalui program seperti Teaching With Technology.
  • Pilihan peranti. Microsoft bekerjasama dengan rakan kongsi pengeluar peralatan aslinya (OEM) untuk membawakan pilihan dan kualiti yang lebih baik serta peranti lebih mampu milik yang diperkasa perisian dan perkhidmatan Microsoft bagi dipasarkan kepada para pendidik dan juga pelajar seluruh dunia.
  • Inisiatif YouthSpark. Tumpuan Microsoft terhadap privasi dalam pendidikan adalah sebahagian daripada komitmen keseluruhannya bagi memperkasa belia melalui peluang untuk pendidikan, pengambilan kerja dan juga keusahawanan.

"Kami telah memilih Microsoft kerana syarikat itu menyediakan penyelesaian hujung ke hujung yang memenuhi semua keperluan kami – peranti inovatif dan selamat, produktiviti yang terbaik dalam kategorinya, dan juga app kolaborasi serta kemampuan pengurusan menyeluruh. Tambahan lagi, syarikat itu menyediakan latihan dan sumber yang diperlukan para pendidik kami bagi memastikan pelaburan teknologi kami membuahkan hasil," kata Clayton Carnes, ketua sekolah, Sekolah Kebangsaan Hermit Park di Australia. "Komitmen Microsoft yang tidak berbelah bahagi terhadap privasi pelajar juga adalah sangat penting untuk kami kerana kami boleh tetap yakin data pelajar kami bukan dipergunakan untuk tujuan pengiklanan dan pemasaran. Komitmen ini benar-benar meletakkan Microsoft pada kedudukan yang lebih tinggi dalam pasaran."

Berita lain yang turut diumumkan pada hari ini termasuklah yang berikut:

  • Pearson dan Microsoft bergabung tenaga bagi mencipta aplikasi baharu dan turut memajukan model pendidikan digital yang menyediakan para pelajar agar dapat berjaya dalam persekitaran pembelajaran yang semakin tersuai khusus. Salah satu daripada kolaborasi di AS yang pertama antara dua syarikat global akan menggabungkan sistem kursus Common Core Pearson dengan kemampuan pemecah kebiasaan bagi persekitaran skrin sentuh Windows 8.
  • Syarikat teknologi pendidikan interaktif Promethean World plc komited bagi membangunkan app Windows 8 inovatif dan juga penyepaduan Office 365 untuk platformnya ClassFlow, alat bilik darjah berasaskan awan yang membolehkan para guru menghasilkan pelan pengajaran, menghubungkan dan turut menyampaikan kandungan interaktif merentasi pelbagai peranti, serta menilai kefahaman pelajar.
  • BrainPOP telah mengeluarkan app Windows 8 mereka yang ketiga, BrainPOP ESL. BrainPOP ESL ialah program pembelajaran bahasa Inggeris menyeluruh yang menggunakan filem beranimasi yang menarik bagi melakonkan gaya perbualan bahasa Inggeris.
  • Bagi menyokong matlamat jangka panjangnya untuk membuatkan semua pengetahuan sistematik boleh dihitung dan juga diakses serta-merta oleh semua orang, Wolfram|Alpha bakal menyediakan 22 app Windows 8 untuk tablet, termasuk App Wolfram|Alpha,16 App Bantuan Kursus serta 5 App Rujukan.
  • Knewton Inc. dan Microsoft mengumumkan perikatan global bagi menggalakkan pembelajaran mudah suai dan turut menyokong ekosistem rakan kongsi dan penerbit Microsoft bagi menyuai khusus kandungan untuk para pelajar.
  • Perkongsian global dengan Yayasan CK-12 menyokong pembangunan app Windows 8 yang inovatif bagi menyediakan akses untuk para pelajar dan guru kepada pustaka kandungan K-12 STEM yang beraneka tanpa membayar satu sen pun.

Kini dalam tahunnya yang ke-10, Forum Global Microsoft dalam Pendidikan membawakan bersama lebih 1,100 pendidik, ketua sekolah dan juga pegawai kerajaan yang paling inovatif dan komited dari seluruh dunia – termasuk lebih 250 Pakar Pendidik serta 75 ketua Sekolah Mentor. Setiap tahun, Forum Global ini menyediakan peluang bagi orang yang terbaik dan paling bijak dalam bidang pendidikan untuk belajar daripada rakan setara mereka, berkongsi kejayaan dan cabaran dalam bilik darjah, dan turut bekerjasama bagi membantu menukarkan pendidikan bagi kurun ke-21.

Tumpuan Microsoft terhadap privasi dalam pendidikan adalah sebahagian daripada inisiatif YouthSpark, komitmen global kami bagi memperkasa belia melalui peluang dalam pendidikan, pengambilan kerja serta keusahawanan. Dalam tahun pertamanya sahaja, YouthSpark telah mencipta peluang baharu bagi lebih 103 juta anak muda di lebih 100 negara seluruh dunia.

Forum Global Microsoft dalam Pendidikan disokong oleh penaja tahap Platinum dan Emas Pearson, Promethean, Dell Inc., Intel Corporation, Acer serta School Improvement Network.

Setelah ditubuhkan pada tahun 1975, Microsoft (Nasdaq: MSFT) ialah peneraju seluruh dunia daripada segi perisian, perkhidmatan dan juga penyelesaian yang membantu orang ramai serta perniagaan merealisasikan potensi penuh mereka.

Source: Microsoft Corp.
Related Stocks:
NASDAQ:MSFT
Related Links:
Keywords: Computer Networks Computer Software Computer/Electronics Education Higher Education Internet Technology Multimedia/Online/Internet Licensing/marketing agreements New products/services Trade show news