omniture

Comarch Diiktiraf Sebagai Antara Penyedia Penyelesaian Teknologi Kesetiaan Terbaik

Comarch
2023-04-04 20:30 0

KRAKÓW, Poland, 4 April 2023 /PRNewswire/ -- Comarch, sebuah syarikat perisian global dengan lebih 20 tahun pengalaman berada di pasaran, telah disenaraikan sebagai salah satu daripada 12 penyedia penyelesaian teknologi kesetiaan yang paling penting. Pengiktirafan ini diperoleh daripada laporan Forrester Wave: Loyalty Technology Solutions, S1 2023 – sebuah panduan komprehensif untuk para profesional pemasaran B2C (Perniagaan kepada Pengguna) yang mencari vendor program kesetiaan terbaik untuk memenuhi keperluan mereka.

Penilaian ke atas 12 rakan kongsi kesetiaan yang paling penting ini menyebut tentang Comarch sebagai syarikat dengan prestasi yang kukuh, mengiktiraf bahawa syarikat ini mengglobalisasikan program kesetiaan, di mana salah satu bidang tumpuan utamanya ialah penglibatan komuniti dan peningkatannya yang dirancang adalah sejajar dengan visi yang berfokuskan pengalaman. Menurut laporan Forrester, kekuatan Platform Pemasaran Kesetiaan Comarch merangkumi pengurusan profil ahli dan keupayaan pencegahan penipuan yang canggih. Laporan tersebut menyatakan bahawa syarikat perisian ini mempamerkan kepakaran platformnya dengan pelbagai perkhidmatan teknikal yang kukuh, telah membuat pelaburan yang signifikan dalam peningkatan platform dan strategi pasaran bersasarnya serta mempunyai pengukuran KPI program yang kukuh.

Comarch percaya bahawa pengiktirafan oleh Forrester Wave: Loyalty Technology Solutions, S1 2023 merupakan bukti kepada etika kerja yang kukuh serta keberkesanan Comarch dalam kedua-dua usaha kesetiaan teknikal dan strategik. Pada pendapat Comarch, apabila dinyatakan dalam gambaran keseluruhan industri yang komprehensif sedemikian, ia menunjukkan bahawa Comarch merupakan pilihan yang kukuh untuk jenama global yang mencari bantuan dalam menguruskan aktiviti yang berfokuskan kesetiaan pada skala besar. Dengan platform pemasaran berasaskan AI, Comarch merupakan rakan kongsi kesetiaan yang mana inisiatifnya membawa hasil yang boleh diukur.

"Saya teruja dengan pengiktirafan terhadap Comarch dalam laporan Forrester Wave. Kesetiaan kini menjadi arus perdana dan berkembang dengan pantas. Kami memerlukan model perniagaan baharu dan penyampaian/penyepaduan yang dipermudah dalam ekosistem teknologi pemasaran. Dalam waktu yang sukar dengan ketidakstabilan kewangan ini, adalah penting untuk memberi tumpuan kepada kesetiaan pelanggan melalui pengalaman yang hebat, pemperibadian dan memberikan nilai yang signifikan kepada pengguna yang setia. Platform pemasaran berasaskan AI dan perkhidmatan perniagaan kami yang pelbagai menjadikan ia lebih mudah untuk para pemasar. Kami berada di sini untuk menyokong anda pada setiap langkah perjalanan, daripada pembinaan strategi hinggalah operasi hari ke hari" kata Janusz Jeremiasz Filipiak, Ketua Pegawai Eksekutif Comarch Inc.

HUBUNGAN: Francesca Ricotta, francesca.ricotta@comarch.com

Source: Comarch
Keywords: Advertising Computer Software Computer/Electronics Multimedia/Online/Internet Contracts Survey, Polls & Research