GUANGZHOU, China, 13 Mac 2014 /PRNewswire/ -- Sebagai pameran perdagangan paling berprestij di negara ini, Pesta Canton telah sekian lama memainkan peranan penting dalam memacu pembangunan ekonomi China. Menerusi laporan Kongres Kebangsaan yang dikeluarkan oleh Parti Komunis China baru-baru ini yang menggesa pembaharuan perdagangan lanjut pada tahun 2014, acara ini menyediakan peluang terbaik bagi menggalakkan dasar ekonomi China yang progresif. Acara tiga fasa ke-115 ini dijangka akan berlangsung pada 15 April di Guangzhou, manakala penambahbaikan keadaan ekonomi global memberikan petanda baik bagi perolehan Pesta Canton.
Berdasarkan statistik daripada Kastam China, nilai perdagangan asing China berjumlah RMB 25.83 trilion (USD $4.16 trilion) pada tahun lalu, yang merupakan peningkatan tahun demi tahun sebanyak 7.6 peratus. Eksport dan import pula meningkat melebihi 7 peratus. Perdagangan bersama blok Kesatuan Eropah, Amerika Syarikat dan juga ASEAN turut meningkat secara keseluruhannya.
Bagi mengekalkan pertumbuhan ini, menggalakkan pembaharuan umum dan turut mengambil peluang daripada situasi ekonomi yang membangun, China perlu meneruskan agendanya yang baharu secara dalaman dan luaran. Ia juga perlu memperhebat pelaburan dalaman dan juga luaran, menyeimbangkan serta menggalakkan perdagangan domestik dan asing, serta memupuk inovasi dan juga kelebihan kompetitif antarabangsa baharu.
Strategi penjenamaan China adalah amat penting kepada usaha negara ini untuk menaiki rantaian nilai ekonomi, menggalakkan persaingan antarabangsa yang lebih kuat serta memperkukuh nilai reputasi "Buatan China" negara ini. Kementerian Perdagangan dan Majlis Negeri juga telah bekerjasama selama beberapa tahun yang lalu bagi memperkenalkan pelbagai dasar bagi membantu syarikat China untuk menghasilkan dan turut meningkatkan nilai jenama mereka sendiri.
Pesta Canton sentiasa berusaha untuk menggalakkan pengukuhan sesebuah jenama. Pada sesi ke-113 Pesta Canton pada tahun lalu, jenama terkenal telah mengeksport barangan yang bernilai USD $12.92 bilion, dengan jumlah nilai kontrak melibatkan jenama terkenal tersebut mencapai sehingga enam kali jumlah nilai kontrak jenama yang tidak terkenal. Pesta Canton ke-115 itu juga akan meneruskan arah aliran ini dengan menilai semula peruntukan dan juga reka bentuk gerai pameran, memilih syarikat yang terlibat dengan lebih berhati-hati serta menyediakan lebih banyak peluang kepada syarikat perdagangan asing untuk mengiklankan produk mereka yang semakin berharga.
Dengan menawarkan kesemua perkhidmatan dan kemudahan tertinggi yang biasa, Pesta Canton ke-115 akan diadakan di Pesta Import dan Eksport China bermula pada 15 April hingga 5 Mei 2014. Para penganjur amat mengalu-alukan kedatangan para pengunjung dan turut mengharapkan tahun 2014 yang makmur dan progresif.
Bagi mendapatkan maklumat lanjut, sila layari: http://www.cantonfair.org.cn/en/index.asp