omniture

Kebangkitan Semula 60-an: Kembar MonaLisa Lancar Album Baharu "MonaLisa Twins Play Beatles & more" pada 28 Mac 2014

Woolgoose Records
2014-03-13 14:50 183

VIENNA dan LIVERPOOL, England, 13 Mac 2014 /PRNewswire/ -- Antara isu utama apabila menyanyikan semula sebarang lagu Beatles adalah untuk kekal setia pada lagu tersebut atau tidak. Jika ya, pastinya tidak akan menyamai lagu asal dan jika tidak, risiko untuk mengubah lagu asal tersebut adalah tinggi. MonaLisa Twins, berusia 19 tahun yang menerima pengaruh besar daripada lagu Beatles dan lagu ahli muzik lain pada tahun 60-an telah menyahut cabaran ini dan berjaya menghasilkan sesuatu yang amat mengagumkan.

Menerusi YouTube, nyanyian semula lagu tersebut oleh mereka telah berjaya berada pada kedudukan tinggi bagi pencarian yang melibatkan "nyanyian semula tajuk lagu" dan juga "nyanyian semula Beatles", dengan versi "While My Guitar Gently Weeps" mereka menjadi pilihan nombor satu di banyak negara. Lagu lain daripada album baharu ini juga merupakan antara 20 video pertama.

Walaupun album ini bukanlah bertujuan untuk menghasilkan album nyanyian semula studio terbaik, album "MonaLisa Twins play Beatles & more" merupakan album kompilasi hasil permintaan peminat bagi lagu yang telah dinyanyikan secara langsung atau di dalam studio oleh kembar tersebut bagi tempoh empat tahun lalu.

Sejak pelancaran album sulungnya pada tahun 2012, "When We're Together" yang telah mendapat pelbagai maklum balas hebat daripada blog/majalah muzik terkenal, kembar ini telah melakukan pelbagai persembahan secara langsung serta menghasilkan video muzik yang mendapat hampir 2.5 juta tontonan di YouTube dan juga ribuan pelanggan Facebook dan YouTube.

Stesen radio di seluruh dunia turut memainkan lagu mereka. Kembar tersebut pula berada di Ireland/UK bagi melakukan persembahan sementara CD baharu mereka dilancarkan. Kembar ini turut merancang untuk membuat kemunculan semula dengan persembahan yang lebih besar bersama seluruh ahli kumpulan mereka tidak lama lagi.

Album baharu ini dapat dipesan menerusi:
http://www.ots.at/redirect/monalisabeatles

Bagi mendengar dan mendapatkan maklumat lanjut, sila layari laman web tersebut:

Laman Web Rasmi: http://www.monalisa-twins.com
YouTube: http://www.youtube.com/user/MonaLisaTwins/videos
Facebook: https://www.facebook.com/MonaLisaTwins
Twitter: https://www.twitter.com/MonaLisa_Twins

Source: Woolgoose Records
Keywords: Art Entertainment Music New products/services