omniture

AMPLIFY HEALTH ASIA PTE LIMITED LANTIK DAVID FRANKENFIELD SEBAGAI KETUA PEGAWAI DATA

Amplify Health Asia Pte Limited
2023-04-06 10:15 64

SINGAPURA, 6 April 2023 /PRNewswire/ -- Amplify Health Asia Pte Limited (Amplify Health), usaha sama penyelesaian teknologi kesihatan bersepadu pan-Asia antara AIA Group Limited dan Discovery Limited, hari ini mengumumkan pelantikan David Frankenfield untuk jawatan Ketua Pegawai Data dan Analitis. David akan ditempatkan di Singapura dan akan menyertai Jawatankuasa Eksekutif Amplify Health, melapor kepada Ketua Pegawai Eksekutif, Dr Axel Baur.

Sebagai seorang pemimpin yang berjaya, David menyertai Amplify Health daripada Optum, sebahagian daripada UnitedHealth Group, yang mana baru-baru ini beliau merupakan Naib Presiden, Data dan Analitis Perusahaan, membina dan memimpin 3,300 ahli profesional data, teknologi, Kecerdasan Buatan (AI) dan Pembelajaran Mesin (ML) serta menghimpunkan salah sebuah pasukan analitis yang terbesar dalam bidang penjagaan kesihatan. David membawa pengalaman selama 20 tahun dalam menambah baik penyampaian penjagaan kesihatan melalui inovasi, membina organisasi dan teknologi merentas pelbagai geografi termasuk AS, Eropah dan juga Asia. David berkelulusan Sarjana dalam Kejuruteraan Industri daripada Purdue University dan Sarjana Muda Sains dalam Kejuruteraan Industri dan Sistem daripada SUNY Buffalo di AS.

David akan memanfaatkan pengalaman beliau untuk mengawasi penskalaan penyelesaian data dan analitis bersepadu Amplify Health di seluruh Asia ketika syarikat ini mempercepatkan pelancaran strateginya untuk menjadi peneraju dalam penyediaan penyelesaian teknologi kesihatan bersepadu. David akan memimpin pasukan profesional data dan AI berkemahiran tinggi Amplify Health yang semakin berkembang serta pembangunan proposisi 'Data dan Analitis sebagai satu Perkhidmatan' yang canggih bagi menyampaikan hasil pengguna individu dan pesakit yang lebih baik.

"Kami amat berbesar hati mengalu-alukan David ke Amplify Health. Beliau memegang rekod prestasi yang kukuh sebagai pemimpin dalam organisasi-organisasi yang berkembang pesat yang telah membangunkan dan mengkomersialkan penyelesaian penjagaan kesihatan berasaskan nilai yang menyampaikan nilai yang hebat buat pelanggan. Kami tidak sabar-sabar menantikan sumbangan beliau tatkala kami memberi tumpuan kepada pembangunan penyelesaian kesihatan bersepadu kami melalui kerjasama erat bersama AIA dan penyedia-penyedia penjagaan kesihatan yang lain di wilayah ini," kata Axel Baur, Ketua Pegawai Eksekutif Amplify Health. "Semangat keusahawanan beliau akan membolehkan beliau memberi sumbangan berharga tatkala kami memberi tumpuan untuk merealisasikan peluang besar yang dibawa oleh Asia kepada kami."

"Inilah detik yang paling menggembirakan untuk menyertai sebuah organisasi seperti Amplify Health, dengan cita-citanya yang berani untuk mentransformasikan penyampaian perkhidmatan penjagaan kesihatan di sebuah wilayah yang boleh mendapat manfaat besar daripada penyelesaian baharu," kata David Frankenfield, Ketua Pegawai Data dan Analitis Amplify Health. "Pernah membina pasukan di Asia sebelum ini, saya berharap dapat mengaplikasikan ilmu pengetahuan, pengalaman dan kreativiti saya untuk menyelesaikan cabaran rumit yang dihadapi oleh pesakit, pembayar dan penyedia di wilayah ini, melalui sebuah organisasi yang benar-benar inovatif dan diterajui oleh penyelesaian. Saya tidak sabar-sabar untuk bekerjasama dengan sebuah pasukan cemerlang bagi mencipta impak yang positif buat semua."

Latar Belakang Amplify Health Asia Pte Limited 

Amplify Health Asia Pte Limited ialah perniagaan penyelesaian teknologi kesihatan bersepadu pan-Asia yang mencipta nilai untuk semua pihak berkepentingan dalam sistem penjagaan kesihatan. Penyelesaian teknologi kesihatan bersepadu kami memperkasa pelanggan kami untuk meningkatkan pembiayaan, akses dan penyampaian penjagaan kesihatan pada setiap titik dalam rantaian nilai demi meningkatkan tahap kesihatan dan kesejahteraan orang ramai dan masyarakat di seluruh Asia. Amplify Health Asia Pte Limited ialah usaha sama antara AIA Group Limited dan Discovery Limited, beribu pejabat di Singapura.

Untuk maklumat lanjut kunjungi: www.amplifyhealth.com 

 

 

Source: Amplify Health Asia Pte Limited
Keywords: Health Care/Hospital Medical/Pharmaceuticals Personnel announcements