-- Mesin palsu mengalih tumpuan kepada Wine to Water, badan amal yang menangani krisis air dan sanitasi global
NEW YORK, 13 Mac 2014 /PRNewswire/ -- Sensasi Internet, "Miracle Machine", peranti membuat wain berpatutan yang pertama untuk kediaman, bukanlah peranti sebenar, tetapi hanyalah sekeping kayu. Keajaiban rekaan ini, hasil kerjasama usahawan wain, Kevin Boyer dan Philip James daripada CustomVine, telah mendapat liputan media yang luas dari seluruh dunia sejak dilancarkan hampir dua minggu lalu. Konsep program yang menimbulkan gangguan ini telah dimulakan sebagai kempen pro-bono bagi menyokong 'Wine to Water' bukan untung, organisasi yang menyediakan akses kepada air bersih, yang merupakan salah satu keperluan asas kehidupan kepada setiap individu di seluruh dunia.
Foto - http://photos.prnewswire.com/prnh/20140312/MM82020-a
Foto - http://photos.prnewswire.com/prnh/20140312/MM82020-b
Video - http://origin-qps.onstreammedia.com/origin/multivu_archive/PRNA/ENR/FX-MM82020-20140312-1.mp4
Hanya dalam tempoh dua minggu, Miracle Machine mula tersebar dengan pesat sehingga mendapat perhatian lebih 500 juta media dengan lebih 200,000 individu menonton video Miracle Machine, hampir 600 cawangan media seluruh dunia membuat liputan terhadap isu ini, 6,000 individu twit tentang perkara tersebut manakala 7,000 orang mula mendaftar bagi platform pembiayaan khalayak yang berpotensi untuk membuat pelaburan dalam mesin palsu itu.
Krisis air dan masalah sanitasi memberi kesan kepada lebih 2.5 bilion penduduk di serata dunia, terutamanya kepada wanita dan kanak-kanak. Apa yang memeranjatkan, terdapat seorang kanak-kanak yang maut setiap 22 saat. Sehingga ke saat ini, Wine to Water telah menyediakan akses minuman air bersih kepada lebih 250,000 penduduk di 17 negara.
"Hampir dua juta kanak-kanak maut setiap tahun berikutan daripada air yang tercemar serta masalah kebersihan," ujar James. "Keajaiban untuk mengubah air kepada wain mungkin adalah mustahil, namun Wine to Water telah menunjukkan keajaiban sebenar menyediakan akses kepada air bersih adalah sangat mudah untuk dilakukan," beliau berkata lagi. "Keputusan untuk menggunakan kelayakan wain kami dan seterusnya untuk turut serta dalam kempen ini adalah tidak sukar," kata Boyer. "Ketika ramai dalam kalangan kita yang sedang menikmati segelas wain, terlalu ramai penduduk dari serata dunia tidak dapat menikmati walaupun segelas air bersih. Ini merupakan sesuatu yang tidak dapat diterima," kata beliau.
Dengan hanya satu dolar, Wine to Water mampu menyediakan air bersih untuk seorang individu sepanjang tahun. Dengan menggunakan pelbagai alat penapis air dan juga telaga, Wine to Water mampu mengubah kehidupan dengan hanya sebahagian daripada tag harga $499 mesin palsu yang sanggup dibeli atau dilabur oleh ramai individu. "Dengan kos sebotol wain terbaik, kami dapat mewujudkan kaedah untuk menyediakan 99.9% air minuman bersih kepada sesuatu keluarga sehingga lima tahun lamanya dan INILAH keajaiban sebenar. Kehidupan tidak akan wujud tanpa air," kata Doc Hendley, pengasas Wine to Water.
"Komuniti Wine telah menjadi penyokong kuat Wine to Water sejak sekian lama dengan menaja pelbagai acara merasa wain dengan hasil yang diperoleh akan disumbangkan kepada insan yang memerlukan," kata Boyer. "Kami amat berterima kasih atas perhatian yang diberikan oleh industri kami terhadap The Miracle Machine. Walau bagaimanapun, apa yang perlu dilakukan sekarang ialah mengalih perhatian daripada Miracle Machine kepada sokongan terhadap sanitasi dan air bersih serta menyokong Doc dan juga ahli pasukan beliau yang amat berdedikasi."
Sempena sambutan Bulan Air Sedunia dan Hari Air Sedunia pada hari Sabtu, 22 Mac ini, Wine to Water menggalakkan para peminat Miracle Machine untuk mengubah wain kepada air dan turut menyelamatkan nyawa dengan membeli sebotol Wain 'Miracle Machine' peringatan yang telah direka khas oleh CustomVine untuk Winetowater.org. Para penyokong juga boleh mengambil tindakan serta-merta dengan membuat sumbangan yang pantas dan mudah dengan menghantar teks "MIRACLE" ke 27722 (Bagi penduduk Amerika Syarikat sahaja).
Sila layari www.themiraclemachine.net atau www.WinetoWater.org untuk membeli Wine to Water Miracle Wine anda sendiri, memberikan sumbangan atau menjadi sebahagian daripada usaha ini.
Pautan Berkaitan:
Bagi Foto Tambahan Di Sebalik Tabir